*Slot 1 - Ahli Sunnah wal Jama'ah dan Cabarannya Merentasi Abad (Al-Firqah An-Najiah) - Ustaz Mohd Hazri*
✏Merujuk Hadis Rasulullah berkaitan Perpecahan Umat - 73 golongan ke Neraka, 1 golongan berjaya (firqah najiyah) golongan yang mengikuti jalanku dan jalan sahabatku.
✏Dasar Ahli Sunnah wal Jamaah:
1. *ILMU / MA'RIFAH* - melalui Akal, Pancaindera dan Naqal.
2. *BAHARUNYA ALAM* - ASWJ bersepakat tentang fananya seluruh alam ini dan kekalnya syurga dan neraka, syurga dengan nikmatnya dan neraka dengan azabnya.
3. *SEMUA YANG BERLAKU ADA YANG MENJADIKANNYA* - semua peristiwa yang berlaku mesti ada pelakunya - ASWJ mengajarkan mustahil Allah ada ada rupa, benruk dan anggota - Allah menjadikan 'Arasy bagi menzahirkan qudrahnya bukan tempat untuk ZatNya.
4. *SIFAT2 ALLAH AZALI DAN KEKAL* - ASWJ sepakat bahawa sifat Allah, ilmunya, qudrahnya, hayatnya, iradatnya, sama'nya, basarnya dan kalamnya yang semuanya sifat azali dan kekal - ilmu Allah satu. Dengan ilmu itulah Allah tahu semua maklumat secara terperinci.
5. *NAMA2 ALLAH* - merupakan perkara tauqifi termuat dalam al-Quran, Sunnah sahih, Ijmak dan tidak boleh diqias tentangnya.
6. *KEADILAN ILAHI DAN HIKMAH KEBIJAKSANAAN*- sesiapa yang mati itu adalah ajalnya dan Allah Maha Kuasa untuk memanjangkan umurnya - cth: Anak kecil yang dimatikan itu adalah hak dan miliknya, sebagai manusia cari hikmah.
7. *KENABIAN DAN KERASULAN*- setiap Nabi dikurniakan umat masing2 bagi memperbetulkan ibadah dan amalannya.
8. *MU'JIZAT DAN KARAMAH*- mu'jizat perkara zahir menyalahi adat yang dikurniakan kepada para Nabi - karamah apa yang dikurniakan kepada para Aulia'.
9. *SYARIAT ISLAM DAN RUKUN-RUKUNNYA*- sesiapa yang gugurkan rukun Islam yang lima dan mentakwilkan maka kafir.
10. *SURUH DAN TEGAS DALAM SYARA'* - perbuatan mukallaf terbahagi kepada lima iaitu; wajib, haram, sunat, makruh dan harus.
11. *BINASA PARA HAMBA DAN HUKIM MEREKA DI AKHIRAT* - Allah kuasa binasakan seluruh alam, binasakan setengah jisim dan kekalkan yang lain - nikmat syurga kekal dan azab neraka kekal atas ahlinya - yang kekal di Neraka orangvyang tidak bawa iman.
12. *KHILAFAH DAN IMAMAH* - wajib atas umat islam bagi proses jalan hukum dan amanah, kuatkan kubu pertahanan, selesaikan masalah penzaliman, membenarkan jihad yang benar.
13. *IMAN DAN ISLAM* - asal iman ialah ma'rifah, tasdiq dengan hati.
14. *PARA WALI DAN IMAM2* - ASWJ ajar para nabi melebihi para wali.
15. *HUKUM TENTANG PARA MUSUH ISLAM*- ASWJ ajar orang yang menunjukkan amalan ASWJ ialah mereka yang bebas daripada golongan yang terkeluar daripada Islam seperti Syiah, Murjiah, Qadariah, Jahmiah, Mujassimah dll.
✏Golongan yang sesat menafikan semua dasar yang dinyatakan diatas dan mereka mempunyai dasar masing2 yang dianggap benar menurut fahaman mereka.
✏8 KELOMPOK yang diiktiraf sebagai ASWJ :
1. Mutakallimin
2. Fuqaha
3. Muhaddithin
4. Ahlul Lughah
5. Mufassirin
6. Mutasawwifin
7. Mujahidin
8. Semua orang dalam negara yang dikuasai oleh syi'ar ASWJ dan yang mengikuti 7 kelompok di atas.
✏Rumusan ;
Berpegang kepada Ahli Sunnah wal Jamaah yang sebenar adalah jalan Nabi dan para sahabat seperti yang termaktub dalam hadis diatas yang disebut sebagai Firqah Najiyah.
11.59am | ILIM
No comments:
Post a Comment