Thursday, 8 September 2016

Agenda Milk Company

Assalamualaikum & selamat pagi sahabat & kenalan.
Saya ingin memberi sedikit teguran ttg hidden agenda by milk company. Tak kisahlah ia susu apa jenis pun (cows, goat or soy), mereka sentiasa mengambil kesempatan utk mempromosi susu mereka. Jika code of marketing of infant formula & related substitute control Infant formula & follow up formula, mereka promote pulak Growing Up formula...macam gambar kat atas ni. Mereka ambil kesempatan sbb growing up formula @ Toddler milk ni tak di kawal oleh code. So melalui promosi grow up formula inilah mereka indirectly promote their controlled formula (use as a platform to promote their any milk).
Artikel ini hanya untuk Para sahabat penyokong penyusuan ibu, please, permintaan saya ialah TOLONG ELAKKAN DIRI DARI SHARE @ SIGN UP apa jua bentuk promosi yg mereka lakukan. Saya tau mereka sangat baik hati nak bg sample...tapi banyak kesan buruk nya bila ibu2 tidak faham bahawa susu formula tidak wajib diambil oleh anak yg berumur setahun atau 2 tahun ke atas wlpn sudah berhenti penyusuan ibu (ada masanya ia diperlukan utk kes kes tertentu)
Keburukannya ialah, ibu akan sangat bergantung kpd growing up milk yg kononnya bagus utk tumbesaran otak & tubuh, malah ibu percaya kpd susu yg ditambah fiber sayuran jika anak tidak mahu makan natural sayuran...
Kesannya anak hanya nak minum susu tanpa makan makanan yg seimbang dari sumber yang yg asli (sayur, buah, daging, ikan & bijirin)...Sedang apa jenis susu formula ni tetap punya risiko tinggi kepada obesity, diabetes & hypertension dan tidak mencukupi keperluan zat mikronutrient & minerals yg diperlukan utk imun sistem (walaupun diiklankan begitu gah sekali). Saya mohon kpd kalian, jika anak sudah makan, sudah stop penyusuan ibu, berikan anak2 makanan yg seimbang dari sumber yg asalnya, dan dapatkan sumber kalsium dr yogurt, cheese & lain2...please...ini penting utk kesihatan anak2. Jangan terlalu bergantung kpd susu formula. Semalam saya jumpa lagi satu kes young diabetes type 1 perlu insulin (nutritional history ; mak kata anak picky eater & banyak minum susu sahaja dr kecil & tak makan banyak benda, malah jarang minum air gas / kordial)...She has no history of young diabetes in family...Memang telah pun dikaitkan (penyakit metabolik : diabetes mellitus, obesity & lain2) dgn susu formula secara saintifik tapi kita semua perlu tahu, utk tukar cecair susu kpd bentuk tepung, mereka perlukan bahan kimia lain & tambahan gula juga...Wallahualam. Fikir fikirkanlah...
Tapi kalau anak nak minum susu boleh juga berikan susu fresh milk/full cream bentuk cecair...lebih selamat. Zat makanan lain dapatkan dari makanannya, gunakan teknik psikologi utk pujuk anak makan...MAKANAN SEIMBANG UTK KESIHATAN ANAK2...bukan susu growing up milk...Maaf jika ada yg terasa, wlpn artikel ini mengundang kebencian kpd saya, saya terima sebab saya hanya memberitahu kebenaran wlpn pahit. Ini bacaan hanya untuk penyokong penyusuan ibu. Jika kalian bukan dari kalangan penyokong penyusuan ibu atau dari milk company...you can ignore this article...Sekian terima kasih.
FB : Pakar Kanak Kanak Adda

No comments:

Post a Comment