Friday 1 March 2013

Susu Rendah Lemak Tidak Akan Mengurangkan Berat Badan


Susu rendah/tanpa lemak/skim dipromosi dan dipasarkan sebagai makanan/minuman yang sihat untuk mengurangkan berat badan. Tapi tahukah anda sebenarnya susu tanpa lemak ini sebenarnya menggemukkan anda bila anda minum susu?

Susu skim secara tradisinya digunakan untuk memberi makan kepada babi untuk membantu menggemukkannya sebelum disembelih. Ini akan menjimatkan belanja kerana bahagian krim yang baik telah dipisahkan untuk kegunaan manusia.

Kini kanak-kanak sekolah dan juga orang dewasa mengikut nasihat pemakanan yang salah ini dengan mengambil susu rendah/tanpa lemak dan bukannya susu penuh (full cream milk).

Penyelidik di sekolah perubatan Harvard mendapati bahawa, nasihat tersebut tidak benar, "skim dan susu 1% dikaitkan dengan penambahan berat badan, tetapi tidak lemak tenusu," kajian dijalankan ke atas tabiat minum susu pada beribu-ribu kanak-kanak.

Orang dewasa tidak mendapat manafaat yang lebih baik apabila bertukar kepada susu tanpa lemak. Kajian telah berkali-kali menunjukkan mengambil susu rendah lemak samalah dengan mengambil diet berkalori rendah membawa hanya memberikan penurunan berat badan "sementara" yang akan kembali ke berat badan asal selepas itu.

Ini adalah kerana lemak yang sihat sebenarnya membendung selera anda dan mencetuskan pengeluaran hormon yang memberitahu otak bila anda kenyang. Jika anda tidak makan lemak, anda sentiasa lapar, dan cenderung untuk makan makanan yang tidak sihat. Susu tanpa lemak pada dasarnya memberi isyarat kepada badan bahawa ada sesuatu yang tidak cukup, yang membawa kepada makan berlebihan dan pertambahan berat badan.

Jadi terpulanglah kepada anda untuk memilih susu.



2 comments:

  1. macam tu pulak ke?
    wah makin keliru ni
    susu memang dibekalkan ke sekolah2 seluruh negara

    ReplyDelete
  2. tehr: Ya, tapi kan ni, hanya untuk susu rendah lemak bukan full cream milk atau fresh milk ;)

    ReplyDelete