Saturday, 15 January 2011

Masa Makan Tergganggu Menggemukan Anda

Adakah anda makan sambil melihat email atau menonton tv?

Penyelidik telah mengambil 22 orang sukarelawan untuk bermain solitaire sambil makan dan 22 orang lagi makan tanpa diganggu. Mereka diberitahu ini adalah ujian makanan ke atas memori tapi sebenarnya mereka diuji tentang tahap kenyang, berapa banyak mereka makan dan apa yang mereka makan 30 minit kemudian.

Hasilnya muncul online di American Journal of Clinical Nutrition. Tidak hanya lupa apa yang mereka makan, tetapi merasa kurang kenyang selepas makan tengahari.

Dan pada sesi uji rasa 1/2 jam kemudian, mereka makan dua kali lebih banyak biskut berbanding mereka yang makan tengahari tanpa bermain game.

"Jika anda boleh mengelakkan makan di depan skrin komputer atau kegiatan lain yang mengalihkan perhatian anda, ianya boleh mengelakkan anda untuk makan snek selepas itu." kata Jeffrey M. Brunstrom, penulis senior.

Dr
Brunstrom, seorang penyelidik dalam tabiat pemakanan di University of Bristol, England, mengatakan bahawa masalah terletak pada mengingati apa yang telah dimakan. "Memori memainkan peranan penting dalam kekerapan pengambilan makanan," katanya, "dan gangguan masa makan mengganggunya."

No comments:

Post a Comment