Peringatan kepada yang beri peringatan :
Salam Jumaat
sahabat sahabat ku yang di cintai kerana Allah swt, marilah kita sama sama renungkan .....
Bila sahabat kita melakukan sesuatu yang tidak ada bukti kesalahannya, maka bersangka baiklah dengannya.
Bila sahabat kita melakukan sesuatu yang terbukti dia bersalah maka berlapang dadalah dengannya.
Bila sahabat kita berbuat keputusan bertentang dengan kehendak kita maka berdoa dan berkata baik di depan dan di belakangnya.
Bila sahabat kita berjanji dan tidak dapat di kotai janganlah di spekulasi untuk dijadikan sensasi..walau apapun sebabnya yang nyata itu adalah ketentuan sang pencipta iaitu zat yang membolak balikkan hati dan yang maha mengetahui.
Kita hanyalah hamba dan sedarkah yang kita tidak tahu pengakhiran hidup kita dan juga kita tidak tahu pengakhiran hidup sahabat kita..maka sentiasalah kita bersangka dan berkata yang baik baik untuk kita sama berakhir dengan baik. Tiada satu manusia,walau sejahat mana pun dia yang mahu kematian yang buruk..semoga kita semua dijauhkan darinya...
Semua kita di pertemukan dalam qada dan qadarnya dan dia yang maha kuasa sentiasa merahsiakan masa depan agar kita berprasangka baik, berencana yang baik dan berusaha yang baik serta bersyukur dan bersabar untuk segala ujian dan sentiasa mengharapkan balasan yang terbaik.
JANGANLAH guna kelemahan sahabat kita untuk menunjukkan kebaikan kita, hebohkan kelemahan sahabat kita untuk yang lain tertarik pada kita, aibkan dia untuk kebanggaan diri kita, hina dia untuk kepuasan hati kita dan sindir dia untuk menampakkan kehebatan kita.
Sedarlah kita semua ada aib dan kita nampak hebat kerana Allah swt sentiasa menutup aib kita.
Ceritakan yang baik baik, dengar yang baik baik, doa yang baik baik dan sebarkan yang baik baik untuk sama sama kita menjadi sahabat yang terbaik kerana Allah swt.
Sahabatku, sedarkah kita semua akan mati bila bila masa tetapi apa yang kita tulis akan kekal selama lamanya dan jari jemari kita akan menjadi saksinya...
Jangan di tokok tambah cerita untuk menyedapkan perisa kerana dusta akan mengakibatkan luka di hati sahabat kita.....
Maka, tulislah dan katalah perkara perkara yang baik baik untuk kita mendapat balasan yang terbaik.
Sahabat yang sejati akan sentiasa bersama kita bila kita dalam kesusahan dan kesenangan...
apabila kita sakit akan diziarahi, bila kita susah di bantui dan bila kita mati di solati dan sentiasa mendoakan untuk kita samada hidup atau mati didalam solatnya setiap waktu dan hari.
Sahabatku ukhuwah yang sebenarnya adalah di dalam hati kita semua yang mana ia kekal selama lamanya sehingga ke akhirat.
Sekadar perkongsian dan mohon maaf jika ada kesilapan atau kekurangan.
Jazakallah khairan kathira.

No comments:
Post a Comment