Saturday, 18 February 2017

Ikhlaskah kita dalam beribadat selama ini?

                        Kisah seorang alim di sebuah negara... sedang membeli-belah di sebuah pasar. Disaat hendak membayar di kaunter, orang alim tadi telah menghulurkan sehelai wang kertas kepada pengurup wang.

Pengurup wang tersebut telah membelek wang kertas tersebut dan terus bertanya pada orang alim tadi.

"Wahai Haji, duit yang Haji bagi ni PALSU..."

Disaat Haji tadi terdengar perkataan pengurup wang tersebut, terus jatuh terduduk ke lantai pasar tersebut dengan riak wajah yang sangat resah.

Pengurup wang tadi terus pergi kepada Haji tersebut dengan keadaan serba salah.

"Haji, saya tak marah pun. Saya hanya berkata wang kertas ni PALSU..." kata pengurup wang tersebut.

Dengan keadaan yang sungguh lemah, Haji tersebut berkata
"Sesungguhnya, aku jatuh terduduk bukan kerana wang itu PALSU, tapi aku terfikir, BAGAIMANA amalan kita sekarang ni, disaat kita membuat amalan yang bersungguh-sungguh tetapi diakhir nanti, ketika kita kembali di hadapan Allah swt,...
Allah kata amalan kita selama ini PALSU,
SOLAT kita PALSU,
ZIKIR kita PALSU,
PUASA kita PALSU,
SEDEKAH kita PALSU,
IMAN kita PALSU...
Sesungguhnya aku takutkan NERAKA Allah taala..."

اﻹخوة واﻷخوات.. 
BAGAIMANA dengan KITA?

KATA KUNCI:
Ikhlaskah kita dalam beribadat selama ini?

Kita Mengaku BERIMAN....rupa2nya ternyata ianya PALSU.

No comments:

Post a Comment