Saturday, 18 February 2017

Anak Kecil Main Api - Oh Tanahair ku

Anak Kecil Main Apii...

Tanahair Yang Tergadai.....

Perjanjian Bangkok 1909...108 tahun dulu banyak Tanah Melayu terlepas kepada Siam.
Kelantan hilang Tak Bai.
Kedah hilang Satun, Pulau Tarutao dan Wilayah Sadao.
Perlis hilang Wilayah Pujo.

1965.....kita kehilangan Singapura.
2008.....kita kehilangan Pulau Batu Puteh
2011.....kita kehilangan Stesen KTM Tanjong Pagar

Dan sekarang kita tidak hilang tanah kerana politik ataupun kerana perang...tapi kita jual.
Jual tanah sendiri ibaratkan kita menjual maruah bangsa kita.
Kita jual tanah TUDM Sg.Besi....
Kita jual tanah atas alasan pembangunan di Forest City..hak kekal.
Kita jual syarikat dan aset strategik negara kepada negara asing.

Kali ini kita dipaksa untuk menjual syarikat automotif nasional yang kita bangunkan daripada keringat dan darah anak bangsa kita...jual kepada bangsa asing....mungkin China.
Katanya kepentingan Proton di Tanjung Malim.
Dan untuk makluman Proton Tanjung Malim ada 1,500 ekar tanah di Proton City milik Proton.

Betullah kata orang...kita menumpang di tanah sendiri.
Teringat kisah saudara Palestin kita....walaupun ditawarkan cek kosong....untuk diisikan sendiri jumlah yang mereka mahu, tidak sekali tanah sekangkang kera mereka lepaskan kepada Israel.

Tapi kita...??

🗣Tahukah..?

Pemimpin muslim terakhir di Andalusia (Sepanyol), Abdillah Muhammad  Al Ahmar, keluar dari istana kerajaan dgn hina.  Pada malam itu, Andalusia telah jatuh ke tangan kerajaan Katolik setelah berada di bawah kekuasaan Islam selama lebih dari 800 tahun.  Dia tinggalkan istana dgn hati yg pilu. Dadanya sesak.

Sebaik sampai di sebuah bukit yg cukup tinggi, dari sana ia memandang Istana Al Hambra.  Dia  menangis tersedu-sedu hingga janggutnya basah kuyup dgn air mata. 😪😪

Melihat hal itu, ibunya berkata, "Menangislah!  Menangislah seperti perempuan! Kerana kau tidak mampu menjaga kerajaanmu seperti laki-laki perkasa! "

Kekuasaan Islam berakhir di Andalusia.  Sejak itu, belum pernah bangkit lagi kecemerlangan itu. Umat Islam di sana diberi pilihan ; Masuk Kristian, dibunuh atau diusir.

Tahu apa penyebab jatuhnya Andalusia ?

1⃣ Cinta dunia
2⃣ Meninggalkan dakwah dan jihad
3⃣ Bergelumang dengan perkara-perkara dosa
4⃣ Menyerahkan urusan bukan pada ahlinya
5⃣ Jahil agama

Bayangkan jika negara kita nanti telah jatuh total ke tangan orang kafir, ketika itu barulah  pemuda-pemuda Islam akan menangis ... dan ibu2 mereka berkata, "Menangislah seperti perempuan!   engkau tidak  menjaga negara ini sebagaimana seorang laki2 perkasa!

Maka bersiaplah wahai pemuda Islam.
Pelajari baik-baik 5 faktor di atas. Ambillah iktibar. Jangan lagi leka dengan seronok dunia;  game, lepak, fb yang sia-sia, suka buang masa tanpa aktiviti yang berguna, selesa dengan bantuan orang lain dan sebagainya...  Faktor  kejatuhan itu akan berulang &  selalu sama.

Wahai ibu & ayah bendunglah anak-anak mudamu, bentuklah mereka, bantulah mereka menjadi muslim mukmin yang berguna

🗣 Wahai ibu, wahai ayah, wahai anak-anak muda,

Jika kamu tidak dapat menjadi garam yg dapat menjaga daging, jangan pula menjadi ulat yg merosakkannya.  Kalau kamu tidak dapat menjadi pejuang, jangan pula menjadi pengkhianat (penipu, pencuri, perasuah, pemecah amanah, penagih dan sebagainya)

Wallahul musta'an

No comments:

Post a Comment