INILAH NEGARA KITA BERBANDING SINGAPURA & KOREA.
Sekadar Renungan, moga bermanafaat. Juga untuk mereka yang membuat polisi dan yang mentadbir negara mahupun organisasi.
Juga untuk perhatian yang berkuasa (rakyat / pengundi) yang akan memberi kuasa kepada yang akan berkuasa nanti..
Utusan anak2 muda yang melihat petanda Malaysia sedang dan akan melalui krisis ekonomi yang teruk dan pihak yang akan terjejas dengan teruk ialah rakyat jelata.
Bagaimana agaknya Malaysia tanpa minyak, hutan dan air?
Adakah pemimpin hampir 60 tahun memerintah boleh bawa Malaysia lebih maju?
Banyak pemimpin dalam BN dan PR masih sandar income minyak dalam bajet. Masih mencari pemimpin yang boleh unjurkan ekonomi tanpa semua itu.
Sedikit untuk difikir2:
Antara Malaysia, Singapura dan Korea.
"KAMU MELIHAT KEBENARAN, KAMU TAHU KEBENARAN TAPI KAMU TETAP MEMILIH KEMUNGKARAN"
Mengapa Malaysia semakin lama semakin tertinggal dari segi ekonomi, politik & pendidikan,
DI ANTARA MALAYSIA & SINGAPURA & KOREA SELATAN ??
Bismillahirahmanirahim.
Saya menulis analisis ini bukan atas kepentingan peribadi. Sebab saya bukanlah orang politik, Ketua Cawangan atau JKKKK.
Saya juga bukan ahli mana2 parti sama ada yang berhaluan kanan atau kiri. Saya menulis untuk orang2 susah. Untuk diri saya, Alhamdulillah cukuplah sekadar kehidupan sementara di dunia ini.
Oleh itu, sudi kiranya sahabat membacanya tanpa mengira fahaman politik kalian.
Bacalah dengan hati terbuka. Mengkritik kerajaan yang ada bukan bermakna benci tetapi mahukan kerajaan kembalikan peranan asalnya untuk rakyat terabai ini. Terima kasih.
Berdasarkan kenyataan bapak2 Menteri itu, sakit hati tak bila baca kenyataan mereka yang bergelar Menteri apabila ditanya oleh rakyat. Pastinya tergurisnya hati mereka yang telah memberi undi atau kepercayaan untuk mereka.
Selepas diberi kepercayaan mudah sahaja jawab mereka, "Kalau tak suka...". Jadi eloklah kita panggil mereka ini "Menteri kalau tak suka".
Saya ingin bertanya kepada anda, jika mereka ini menjadi ketua negara Singapura pada tahun 1965 selepas dipisahkan dari Malaysia, apakah yg akan berlaku?
Tidak mustahil akan berulang kembali seperti sejarah Sultan Sulu, jual sahaja kepada Inggeris.
Kerana apa saya kata demikian, kerana mereka tidak berwibawa untuk mmbela nasib rakyat.
Jadi, di sini mari kita buat perbandingan antara Malaysia dan Singapura dalam pelbagai sudut.
Singapura selepas berpisah dengan Malaysia dalam sengketa politik hanyalah sebuah pulau.
Singapura bernasib baik kerana mempunyai seorang Ketua Negara yang diiktiraf dunia sebagai antara insan 'genius' di dunia.
Saya bukan pemuja Lee Kuan Yew tetapi jujur ada perasaan kagum kewibawaannya.
Bayangkan dinyahkan dari Malaysia menjadi sebuah negara yang kecil tanpa minyak dan yang terpenting tanpa air.
Nak buat apa??? Kuan Yew bertindak pantas.
Pertama apa yang dilakukan olehnya ialah menghapuskan rasuah menteri2 dalam agensi2 kerajaan.
Beliau tahu dengan rasuah, ekonomi sesbuah negara akan hancur. Kemudian dia memulakan ekonomi pasaran bebas.
Anda bayangkan 'genius' atau tidak manusia yang bernama Kuan Yew ini, negaranya tiada air. Tapi dengan air yang dibelinya dari Johor, dengan air itu juga dia membuat duit utk negaranya berjuta juta ringgit setahun.
Johor pula kaya dengan air, dijualnya air tapi dibeli dengan harga lebih mahal daripada Singapura. Lucukan..
Bukan pada air sahaja Kuan Yew lakukan tapi kepada minyak.
Negara ini tiada minyak tapi dia mengimport minyak untuk ditapis dan dieksportnya kembali minyak dengan keuntungan.
Singapura juga menerusi dasar pendidikannya melahirkan pekerja yg mahir untuk ekonomi negaranya tidak seperti Malaysia yang berminat mengimport tenaga mahir.
Negara ini hampir sifar rasuah, Singapura berjaya menyakinkan pelabur apabila lebih 3 ribu syarikat melabur ke sana. Tidak cukup dengan itu, bagi menambah pendapatan negara, Singapura telah menjadikan negara sebagai sebuah pusat kewangan dan teknologi tinggi wilayah.
Kini jutawan2 dunia terutama di rantau ini tidak perlu ke Switzerland lagi untuk menyimpan wang mereka.
Berbanding dengan Malaysia, kita sepatutnya mampu mengatasi ekonomi Singapura. Kita mempunyai minyak, gas, kelapa sawit, kayu jati, air (dijual kepada Singapura) dan pelbagai lagi.
Mengapa kita tidak mampu menggunakan untuk menjana ekonomi rakyat?
Kepimpinan negara yang baik, pemimpin kena sentiasa memikirkan bagaimana untuk meningkatkan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat. Contohnya dengan sumber alam semujadi yang begitu banyak Tuhan berikan, kerajaan terpaksa mengambil subsidi rakyat malah duit rakyat untuk dikenakan dengan pelbagai cukai.
Persoalannya ke manakah duit negara yang banyak itu dibelanjakan???
Apa?...'Hidden hand'... Ada teori mengatakan Singapura ketika dipisahkan dari Malaysia mereka telah meminta nasihat daripada Israel untuk mmbangunkan ekonomi Singapura.
Dlm erti kata lain Lee Kuan Yew bukan bertindak seorang diri.
Kenapa kata begitu, antara Lee Kuan Yew banyak mengikut atau mengkaji apa yang dilakukan oleh Israel (Yahudi). Contohnya, Israel adalah pengeluar rokok terbesar di dunia tetapi 99% rakyat Israel tak merokok. Ini kerana hasil kajian, rokok akan menghasilkan rakyat yg 'dungu' dan berpenyakit.
Sebab itu Singapura melayani rakyatnya yang merokok seperti rakyat kelas kedua.
Langkah itu berjaya mengurangkan perokok di kalangan rakyat Singapura. Sebab itu saya tidak menghalang kerajaan Malaysia menaikkan harga rokok kerana ia bagus untuk rakyat memikirkan kembali untuk berhenti merokok.
Ok tak mengapa...Jangan gaduh2. Jews bergabung dengan bangsa China terkenal juga dengan jolokan East Jews kerana kepintaran mereke.
Kita terbang ke Korea... Kenapa saya pilih Korea? Korea adalah negara yang jauh lebih mundur dari Malaysia dan pada tahun 1980 ekonomi negaranya sama dengan kita.
KOREA SELATAN DAN MALAYSIA...
Pada tahun 1950, Korea adalah antara negara termiskin di dunia. Ia adalah akibat perang dengan Jepun di mana ketika itu Korea hanya bergantung kepada pertanian sahaja.
Menurut ceritanya sekitar tahun 70-an, KL jauh lebih maju dari Korea. Tapi kini Korea sudah menjadi negara maju dengan penguasaan teknologinya tinggi.
Kita lihat pendapatan perkapita Korea & Malaysia
a)Korea (1980) -RM 1845.66
b)Malaysia (1980)-RM 1804.12
Maksudnya di sini, pendapatan Malaysia dan Korea lebih kurang sama pada tahun 1980..
Kemudian lihat apa yg berlaku 26 tahun selepas itu.
Pendapatan majoriti rakyatnya:
a)Korea (2006) - RM 18,674.44
b)Malaysia(2006)- RM 5,781.00
Kita ketinggalan hampir 323% dengan Korea.
Sebenarnya sejak tahun 1985 lagi Malaysia ketinggalan hampir 200% dengan Korea.
Kita berangan nak mencapai negara maju menjelang 2020, sedangkan kriteria utama nak jadi negara maju kena pendapatan perkapita $15K ke atas.
Ketika ini pendapatan perkapita kita hanya $5K sahaja. Hanya keajaiban sahaja yang mampu untuk Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju yang hanya tinggal 5 tahun sahaja lagi. Agak2 boleh ke kawan2?
Lihat di kala kegawatan ekonomi 1997. Korea lebih teruk dilanda kegawatan. Malah mereka terpaksa meminjam berbillion dari IMF. Tapi mereka bergerak pantas untuk menjadi negara maju selepas itu. Sedangkan Malaysia yang kononnya hebat sangat tidak meminjam IMF, masih termengah-mengah untuk memulihkan ekonominya.
Pelaburan asing semakin mengecil, pelaburan swasta dalam negeri semakin menurun. Tentu ada yang tak kena dengan polisi yang ada di negara kita sekarang?
Dari sebuah negara antara yang paling miskin, mereka kini menjadi negara paling kaya dengan nilai ekonomi trillion. Malah mereka menggunakan NIC atau teknologi nuklear mereka dengan baik. Tapi sayangnya bukannya teknologi Korea ini yg dipelajari atau diminati tetapi Gagnam Style dan K Pop yang sampai dulu walaupun 99% rakyat Malaysia tak faham apa yang dinyanyikan. Malah siri drama Korea menjadi kegilaan rakyat Malaysia... khasnya orang Melayu yang bab hiburan nombor satu....
Kebangkitan Korea dalam bidang automobil awal sedikit daripada Proton. Tapi kini kereta Korea (Hyundai & Kia) menguasai 70% kenderaan di Brunei, terjual 1 juta unit di Amerika dan berjuta di seluruh dunia.
Proton masih mencari identiti dan pengaruh di negara sendiri. Malah lebih memalukan rakyat sendiri pun tak percaya kepada kereta Proton termasuk saya.
Selepas sengsara 5 kali tukar gear box kereta Perdana V6 dulu, taubat saya nak menggunakan kereta buatan Malaysia.
Bukan sebab kita tak patriotik atau tak sokong kereta buatan Malaysia tetapi bagi saya Proton sendiri mengkhianati penggunanya sendiri. Bayangkan 5 kali tukar gearbox RM 15K.
Selain itu, antara membuatkan pelik dengan Proton kerana tidak mementingkan bab keselamatan pengguna.
Kenapa perlu bezakan kalau beli yang basic, ABS dan airbag tak ada. Kalau beli high-line, semua benda tu ada. Seolah-olah yang kaya kamu mendapat lebih keselamatan jika berlaku kecemasan daripada orang miskin. Macam kes kapal Titanic la pulak.
Berbalik kepada negara Korea...mereka sudah jauh pergi dalam peciptaan produk elektronik. Malah mereka menguasai dunia seperti Samsung dan LG. Samsung seperti saya tulis sebelum ini adalah jenama HP yang paling digemari di seluruh dunia..
Pelaburan berbillion ringgit kerajaan Korea kepada generasi pelajar2 untuk menguasai Sains Teknologi membuahkan hasilnya kini.
Ekonomi Korea Selatan maju sebab rakyat dia berani bersuara. Di sana mereka yang berjawatan pemimpin tak berani nak buat benda2 mengarut macam di Malaysia.
Mentaliti & pendidikan rakyat kita masih lagi rendah berbanding negara2 jiran walaupun pada hakikatnya dah 59 tahun merdeka.
Senang je kena tabur janji bagai, bagi BRIM balik pilih benda yang sama . Perlu diingat sampai bila kita nak macam ni.
Bagi saya, parti politik hanyalah satu wadah. Pembangkang perlu wujud sebagai check n balance.
Saya tak kata kita patut bangkang je apa yang kerajaan buat. Kalau idea bagus, kaedah efisyen, kita pun boleh setuju. Begitu juga kalau ada idea pembangkang yang bagus, kerajaan memerintah patut bersetuju dan laksanakan. Itulah guna pembangkang dalam setiap negara.Contoh, banyak ketirisan yang berlaku dalam pentadbiran negara kita.
Korea dan Singapura masalah inilah dulu dibasminya (rasuah). Tapi kita cakap bab rasuah mcm halal pula jadinya. Malah rasuah boleh disebut sebagai komisen untuk menghalalkannya.
Itu sebab Malaysia still tak boleh compete dengan mereka.
Cukup-cukuplah kata Ringgit Malaysia semakin mengukuh sedangkan pada hakikat, mata wang kita yang lemah. Kalau kukuh, mesti ada beza dalam kuasa beli. Cuba bandingkan dengan nilai dolar Singapura. Kita semakin lama semakin jauh tertinggal.
Suruh rakyat berjimat, tapi kenapa ambil subsidi rakyat tetapi dalam masa yang sama sibuk nak buat Menara Warisan sedangkan kadar occupied ruang pejabat kat Malaysia ni pun masih lagi dalam kadar 60-70%. Tambah lagi bangunan pejabat kosong, buat apa?
Lepas tu kita tengok tahap kecerdasan pemimpin kita.
Apabila rakyat tanya, sakitnya hati bila kita membacanya, sebab apa mereka begitu. Sebab bukan bidang mereka atau ada agenda tersembunyi & tak rasa bersalah langsung.
Kita patut letakkanlah seseorang Menteri itu mengikut kebolehan Menteri terbabit.
Yang dulunya belajar ekonomi, PM letak dia dekat Menteri Kebudayaan sebagai contoh. Apa yang dia boleh sumbangkan. Cuba letak di tempat kemahirannya, baru la ia berfungsi dengan baik di kementerian terbabit. Sebagai Menteri, tak tahu nak buat kerja, macam mana?.
KENAPA MALAYSIA TAK MAJU2...
Ok, persoalannya kenapa kita tertinggal dengan Singapura dan Korea?
Malaysia tak maju sebab kekayaan hanya berlegar pada kroni2 terutama untuk parti politik sahaja.
Rasuah tak pernah menurun.
Hasil negara hilang antara 20-30 billion tiap2 tahun. Tak tahu sapa yang lesapkan?.
Korea minyak tiada, kayu balak tiada, kelapa sawit tak ada, petroleum tak ada, gas tak ada tapi mereka jauh meninggalkan kita. Malah terpaksa berperang dengan Korea Utara lagi. Nak jimatkan kos mereka bawa masuk tentera US .
Korea tak buat projek mega, tak buat istana, tak buat rumah PM sampai RM 250 juta tetapi mereka buat jalan raya yang baik, empangan, budget pendidikan dan sukan yang tinggi untuk rakyat mereka.
Selain itu, masalah terbesar negara, Malaysia hanya berbangga sebagai bangsa pengguna. Manakala Korea Selatan itu bangsa pencipta.
Dalam isu yang lalu, saya katakan Pakistan pun dah mampu bina kapal selam sendiri. Sebab itulah mereka boleh pergi jauh, yang kita semakin lama semakin jauh ketinggalan.
UK, US dan Jepun (3 negara maju di dunia) ...mereka ni boleh tukar kerajaan setiap penggal kalau mereka tak puas hati dengan dasar pemerintah. Kita tak boleh kerana jika UMNO tidak memerintah maka muncullah hari kiamat.
Rakyat akan mati kebuluran. Jalan raya tidak ada lagi. Orang yang mampu membinanya dan sekolah terpaksa ditutup.
Buat sahabatku sekalian. Sebenarnya ia bukan soal UMNO, PAS ,AMANAH atau PKR dan terkini BERSATU . Ini soal maruah dan hak duit rakyat ( rasuah ) tetapi digunakan atau diambil berbillion ringgit untuk perut individu tertentu. Sedangkan jika ketirisan itu mampu disifarkan, nescaya kita mampu memberikan pendidikan percuma.
Kerajaan yang baik sepatutnya memikirkan bagaimana untuk membantu rakyat. Bukannya membebankan rakyat. Kegagalan mereka menguruskan dana negara dengan baik atau dilimpahkan kepada kroni masing2, rakyat yang terpaksa menanggung beban tersebut. Umpama anak yang pinjam wang pada Along, habis satu keluarganya diganggu atau diperas ugut. Terpulanglah kepada kalian.
Ada satu peribahasa Inggeris berbunyi, "Anda melihat kebenaran, anda tahu kebenaran itu tetapi anda tetap memilih kemungkaran".
Maaf bukan motivasi tetapi untuk semak diri.

No comments:
Post a Comment