Thursday, 15 December 2016

Penukaran Baru Kad Debit Bank

Perhatian Pemegang Kad Debit Bank!!!

1.Maybank sebelum 18/12/2016 (Maybank yg apply online jer tarikh akhir 18 dec kaunter sampai hujung bulan tapi ada kiosk mesin kat branch yg terpilih).
2.Cimb sebelum 20/12/2016
3.RHB sebelum 31/12/2016
4.BSN dan sebagainya sebelum 31/12/2016

KAD LAMA ANDA TIDAK AKAN BERFUNGSI SELEPAS TARIKH TERSEBUT.
DENDA RM12.70 bagi penukaran kad baru selepas tarikh tersebut.
Sebarkan mesej ini kepada yang lain.
Tak perlu tukar jika pada kad anda sudah tertulis perkataan pay wave.

Berikut lokasi mesin Penukaran Baru Kad Debit Bank Maybank

Untuk alamat penuh lokasi mesin Penukaran Baru Kad Debit Bank Maybank klik di sini. 


Untuk tatapan kengkawan yg x tukar kad bank lagi..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bank Negara Malaysia mengarahkan semua bank upgrade chip ATM card_ kepada chip Debit Card untuk fungsi pembelian runcit dan online sahaja. Kecuali Agro, Affinbank dan Bank Rakyat sahaja yang tidak terlibat dalam urusan ini.

Mulai 01.01.2017 transaksi pembelian runcit dan online akan di blok jika chip card TIDAK DI TUKAR kepada chip Debit Card.

 Transaksi di mesin ATM boleh berjalan seperti biasa walaupun kad ATM itu tidak di tukar.

Kad ATM adalah kad yang belum _upgrade_kepada status Debit Card.

Debit Card ada di cetak pada kad yang di tulis MY DEBIT atau PAYWAVE atau VISA atau MASTER dan ada tarikh luput 5 tahun.

Denda yang dikenakan RM 12.70 tu bukan denda tapi caj semasa mengikut kadar bank masing-masing.

BNM arah suruh tukar sebab bank-bank buat promosi FREE untuk menggalakkan orang ramai menggunakan Kad Debit bermula September 2016. Pada Januari 2017 ini akan kembali kepada caj asal iaitu RM12.70 untuk pertukaran Kad ATM kepada Kad Debit. Hanya BIMB mengenakan caj RM12.72.

HARAP MAKLUM SEMUA TENTANG HAL INI.

Jadi kalau makcik pakcik yang uzur yang memang sekadar guna ATM sahaja, jangan la dipaksa datang ke bank untuk tukar kad.

Kadang-kadang orang ramai lebih mudah percaya pada viral dan tiada sikap nak bertanya bank tentang kesahihan viral itu. Penuh dalam bank dengan orang tua yang kelihatan uzur.

TERIMA KASIH

Rabu 14.12.2016
10.30 am
Info face to face : From MAYBANK


Sejak dua menjak ni boleh dikatakan semalaya bercerita pasal debit card.

New world oder sikit-sikit dah mula tunjukan kekuasaannya melalui bank.

Ini berkaitan dengan permainan dunia,saya tak mahu ulas lebih.

Cuma Nak share apa yang saya nampak depan mata & saya faham.

1) bank berjaya triger situasi panik pd rakyat malaysia terutamanya warga tua

2) orang beratur punya ramai nak tukar kad dan nombor giliran habis jam 10am

3) makcik-makcik datang dari jauh sewa teksi bayar mahal-mahal beratur kat bank untuk dapatkan nombor tukar kad tapi hampa sebab nombor habis

4) tak putus asa esok datang lagi,bayar lagi kos minyak kereta,beratur lagi kali ni dapat nombor, alhamdulillah dapat nombor "1097" sekarang nombor baru "1042"

5) yang tua dengan yang muda sama beratur,tak ada spacial lane untuk warga emas.makcik cakap kalau tak tukar kad nanti tak boleh nak ambil duit gaji felda sebab masuk bank

6) mak saya cakap kalau tak tukar kad nanti tak dapat " BR1M " 2017

- Perlu ke tukar kad baru sebenarnya?
- Warga emas buat belian online yang guna debit kad ke?
- Call HQ beri tahu kalau tak buat penukaran pun masih boleh keluarkan duit cuma tak boleh guna fungsi DEBIT KAD & PAY WAVE sahaja
- Kenapa nak momokan penukaran kad baru tahun 2017 akan di cas RM12++ bukan ke selama ni setiap kali penukaran kad akan didebit dalam akaun?
- Kenapa tak ada siapa terangkan?
- Kenapa pekerja bank tak berusaha semaksima mungkin untuk terangkan?
- Kenapa tak keluar dari pintu bank terangkan pada orang ramai?buang rasa malu. Ini kerja mulia
- Kenapa tiap staff bank tak nak gunakan personal FB masing-masing buat pencerahan?
- Kenapa tak kesian pada orang yang kurang bijak dalam hal ni?

Kalau yang baca ni perihatin sampaikanlah pada orang sekeliling supaya reda situasi panik.

Kesian sunguh pada makcik-makcik,depa bukan orang senang cuma depa sangat takut kalau hilang duit,percayalah seringgit pun depa tak mahu hilang kena tipu.

Ye faham trend ni kita dah tak boleh nak ubah,tapi bolehkan kalau kita mudahkan.

Tuan-tuan undang-undang wujud sebagai guide line dan batasan sahaja.tak boleh ubah sedikit pun apa yang menjadi pegangan kita.

Boleh je share post ini kalau rasa tempat anda pun ada situasi panik macam ni.

Kira dah jadi fardu kifayah untuk kita membantu.

No comments:

Post a Comment