Saturday 17 December 2016

Berhati-hati Bila Plet No Kereta Anda Diumumkan

Tolong sebarkan pada group2 yg lain....
Peringatan supaya sentiasa berwaspada!!!
Cerita benar tentang bagaimana perompak bersenjata melakukan rompakan terhadap mangsa2 yg tdk menjangkakan bahawa ianya adalah rompakan, sekarang ini.
Di dalam sesebuah majlis kenduri ataupun majlis2 keramaian, perompak2 ini akn bertemu dgn juruacara supaya membuat pengumuman bahawa terdapat kenderaan dgn nombor pendaftaran tertentu, menghalang laluan mereka.
Apabila anda keluar untuk mengalihkan kenderaan anda,  rakan2 nya yg lain sedang menunggu anda di luar, lengkap bersenjata. Mereka tahu anda mempunyai kunci kenderaan anda.
Anda kemudian akan diarahkan supaya memandu kenderaan anda bersama mereka di dalam, keluar dari perkarangan majlis tersebut berlangsung.

Sila ambil langkah2 berikut apabila number pendaftaran kenderaan anda diumumkan dlm sesuatu majlis keramaian:
1) Ambil sedikit masa   sebelum keluar.
2) jgn keluar bersaorangan, sekurang-kurangnya dgn bertemankan dua atau lebih ramai rkn bersama.
3) Jgn terus menuju ke kereta anda, sekurang-kurangnya perhatikan dari jauh dahulu apakah benar kenderaan anda sedang menghalang kenderaan yg lain dan pastikan pemandu yg anda halang kenderaannya telah berada berhampiran kenderaannya.
4) Perhatikan persekitaran terlebih dahulu sebelum menghampiri kenderaan anda.
Tolong "copy & share" walaupun anda tidak mempunyai kenderaan kerana ini blh menyelamatkan ramai orng.

No comments:

Post a Comment