Saturday 10 December 2016

Free Market Shah Alam 24 Dis 2016

PERHATIAN 📢📢📢

#freemarket Seksyen 6, Shah Alam
Back to School Giveaway @ Souq As Salam.

Assalamuallaikum & Selamat Sejahtera

Kami peniaga-peniaga di Souq As Salam (atas Pasar Moden Seksyen 6 Shah Alam) akan mengadakan Program Pasar Percuma (#freemarket) pada hari Sabtu 24/12/2016 bertempat di Souq As Salam, atas Pasar Basah Seksyen 6, Shah Alam.

Oleh itu, kami amat mengalu-alukan kehadiran seluruh warga di sekitar Shah Alam dan yang berhampiran untuk sama-sama hadir bagi memeriahkan lagi program ini ❣

Tarikh : 24/12/2016
Hari : Sabtu
Masa : 10 pagi - 12 tengahari

Sesiapa  yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah datang ke pusat pengumpulan barangan di Souq As Salam bagi memberikan sumbangan anda. Boleh hubungi nombor telefon di bawah untuk sebarang bantuan.

Masa meletakkan barangan pada hari acara adalah pada jam 8 pagi ke 9.45 pagi ❕

🎉🎉🎉🎉

Anda juga boleh memberikan sumbangan tersebut mulai sabtu dan ahad(10-11/12/16) ini dan weekend seterusnya hingga pagi 24/12/16 ini mulai jam 10.00 pagi hingga 2.00 pm di booth kami C(2-3-4) Rosnah collection dan MHC Boutique(Souq Assalam)

👚👕👖👗👠👡👞👟👝🎒🌂

Antara barang-barang (masih elok digunakan) yang boleh disumbangkan adalah seperti ;

- Buku-buku latihan atau tulis 📚
- Alatan tulis  ✒✏📏📐✂
- Beg 🎒💼🎒👝👜
- Kasut 👟👠👡👟👞
- Makanan 🌭🍪🍰🍬🍫🍭🍗🍖🍕🍞🍎🍌
- Peralatan elektrik 📟📠📢🎹
- Khidmat potong rambut (kalau ada)
- dan lain-lain barangan  💄👒🎩⌚👓💊🔋🔦🎁🎂🎉🎪🎠🎡🎷🎺🎻

Kami juga mengharapkan orangramai untuk menghebahkan acara pasar percuma ini kepada orang2 yang kurang bernasib baik, kurang berkemampuan, amat memerlukan dan sesiapa sahaja yang sudi menerima sumbangan khususnya pelajar2 sekolah rendah dan menengah.

Cadangan dan penambahbaikan boleh berhubung talian di bawah.

Bagi sebarang pertanyaan, anda bolehlah berhubung dengan nombor-nombor berikut ;
Pn. Nora  ( 012 206 1420 )
Pn .Rosnah (017 3086924)8
Pn. Sarimah  (016 288 0852)
Shahril ( 013 6353 700)

Sumbangan dan kerjasama anda amatlah kami hargai 💞

Terima kasih 😊

No comments:

Post a Comment