Thursday, 8 December 2016

Pengalaman Pertama ke Lapangan Terbang Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu

Airport adalah salah satu tempat yang paling saya minati. Malah saya ingin mempunyai sebuah rumah berhampiran airport. Adakah orang lain yang mau rumahnya berharmpiran airport seperti saya?

Lapangan Terbang Sultan Zainal Abidin itulah nama yang diberi kepada sebuah airport yang terletak dalam kawasan Kuala Terengganu, Terengganu. Tak sangka itu nama yang diberi sebab selama ni saya cuma panggil airport ni dengan nama lapangan terbang Kuala Terengganu.

Bila bercakap dengan kawan-kawan pun ini lah nama yang diberi termasuk kawan dari Terengganu. Pada 4 Julai 2016 buat pertama kalinya saya tiba di sini pada hari yang cerah dan indah.

Dah sampai ke Lapangan Terbang Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Tapi mana pintu masuknya? Nak kena pusing dulu ni.

Wah tu dia Lapangan Terbang Sultan Zainal Abidin,  Kuala Terengganu. Cantik dan berkerawang bangunannya. Belum masuk dalam ni. Tentu kat dalam dia lagi cantik ni. Jom pi... (Gambar dari tempat parking).

Tu dia bangunan Lapangan Terbang Sultan Zainal Abidin  Kuala Terengganu, panas-panas lagi kami baru sampai. Luas jugak parkir dia.

Gambar sebahagian dari parking dia dari depan bangunan Lapangan Terbang Sultan Zainal Abidin  Kuala Terengganu. Luas jugak parkingnya ni.

Bahagian depan Lapangan Terbang Sultan Zainal Abidin  Kuala Terengganu dari dekat.

Laluan pejalan kaki dari parkir ke bangunan Lapangan Terbang Sultan Zainal Abidin  Kuala Terengganu

Wah, ada sesuatu di kiri kanan pintu masuk Lapangan Terbang Sultan Zainal Abidin  Kuala Terengganu. Macam perahu je. Apakah itu?

Oh ini rupanya yang macam perahu tadi. air pancut. Cantik.

Air pancut ada kolat yang cetek di bawahnya di penuhi dengan ikan kap yang berwarna-warni. Awesome..

Ikan-ikan kap yang dibela dalam bangunan pula di balai ketibaan. Kelihatan cantik dan indah-indah belaka..

Bergambar di depan kolam. Belakang ni la ikan-ikan kap di balai ketibaan Lapangan Terbang Sultan Zainal Abidin  Kuala Terengganu tu.

Good bye Lapangan Terbang Sultan Zainal Abidin  Kuala Terengganu kami akan datang lagi. Insyaallah.. Sampai ketemu lagi keep up the good job and take care.




No comments:

Post a Comment