Friday, 6 September 2013

4 Perkara Yang Anda Akan Alami Sebelum Serangan Jantung

Serangan jantung biaanya dianggap kebanyakan kita sebagai sakit di bahagian dada. Sebenarnya mungkin berlainan bila seseorang itu mendapat serangan jantung.



Serangan jantung boleh berlaku bila terdapat 4 tanda-tanda penting berikut: Ini adalah kisah benar yang telah berlaku kepada seorang pakar jantung Dr Crandall yang mungkin boleh menyelamatkan nyawa anda. Berikut adalah kisah beliau.

Pada musim luruh pada tahun 2002, seorang lelaki dalam lingkungan umur pertengahan abad dalam perjalanan pulang dari urusan perniagaan. Ketika mengeluarkan begnya dari kereta dia berasa sakit yang amat sangat pada bahagian bahu kirinya (tanda 1). Dia tidak mengendahkannya kerana memikirkan ini hanyalah sakit otot bukannya tanda serangan jantung.

Bila dia menaiki penerbangannya, sakit itu mula hilang. Bila penerbangan yang dinaikinya mendarat, dia mendapatkan begnya dan sakit tadi berulang kembali (tanda 2). Bila dia tiba di rumah dia berasa sihat seperti biasa.

Pada sebelah petangnya dia begitu gembira kerana dapat bertemu keluarganya semula dan tidak begitu peduli ketika sakit bahunya menyerang kembali (tanda 3). Dia yang membawa anak-anaknya keluar, berehat sebentar dan kembali bersama dengan anak-anak, tetapi sakit bahunya kembali semula dengan mendadak (tanda 4).

Lelaki ini teragak, mungkin sakit ini berpunca dari jantungnya tetapi mungkin tidak sebab dia baru berumur 48 tahun, tidak merokok, tidak mempunyai sejarah keluarga yang mengalami masalah serangan jantung dan dia tidak mempunyai diabetes.

Pada keesokan paginya, dia berasa sihat dan berpendapat sakitnya semalam hanyalah biasa (fluke) atau mungkin disebabkan oleh tekanan dari kariernya yang mencabar. Lagipun beliau adalah seorang yang rajin bersukan, sakit sedikit di sana-sini adalah perkara biasa yang dialami ketika bersenam seperti tenis, berenang dan lain-lain.

Jadi ketika isterinya keluar untuk berjoging, beliau ikut serta dibelakang isterinya tetapi dia tidak dapat meneruskannya kerana dia mendapat sakit dada yang amat teruk. Kali ini dia tahu dia perlu ke hospital dengan segera kerana telah mengalami serangan jantung.

Ketika pasukan perubatan meletakan beliau di atas meja dalam bilik kecemasan, dia meraung kesakitan. Dia sedang mengalami apa yang dipanggil "widow maker". Ia adalah sekatan (blockage) yang telah berlaku di salah satu salur darah (arteri) ke jantungnya yang menyalurkan darah kepada otot-otot jantung. Sekatan ini biasanya membawa maut.

Doktor dengan segera membawa beliau ke pembedahan jantung kecemasan. Dia bertuah kerana telah terselamat dan masih hidup sihat.

Ikuti kisah beliau dalam video berikut dan ikuti langkah yang perlu diambil:


Jadi berhati-hatilah, ambil peduli kesakitan otot yang anda alami dan pergi ke hospital untuk mendapat rawatan dan dapatkan nasihat doktor adakah ianya masalah jantung anda. Sakit yang anda alami mungkin amaran dari badan anda untuk memberitahu yang anda akan mengalami serangan jantung.

2 comments:

  1. Waktu serangan jantung lelaki dan wanita tidak sama. Secara amnya lelaki biasanya berlaku diawal pagi.

    ReplyDelete