Barang elektronik terpakai masih lagi digemari walaupun ada masalahnya yang tersendiri kerana harganya jauh lebih murah berbanding dengan barang elektronik yang baru. Ia dapat menjimatkan wang dengan agak banyak.
Untuk kemudahan anda membeli barang elektronik terpakai ikutlah tip-tip berikut.
5 Tip Membeli Barang Elektronik Terpakai:
- Kenal pasti barang elektronik terpakai yang anda ingin beli. Dapatkan seberapa banyak yang mungkin maklumat tentang produk dan bandingkan dengan nombor model dan ciri-ciri yang lain dalam katalog online atau database inventori.
- Lakukan carian online. Contohnya dengan menaip carian "refurbished plasma tv" boleh membawa anda ke beberapa vendor elektronik yang akan menunjukkan kepada anda tawaran dan butir-butir tertentu model tv.
- Gunakan visual e-catalog untuk mendapatkan produk yang anda cari. Ambil perhatian terhadap ciri-ciri khas dan spesifikasi dan rancang pembelian anda.
- Teliti laman web penjual dalam talian untuk polisi pengembalian, dasar penghantaran, jaminan (warranty) dan maklumat penting yang lain. Kebanyakan laman ini mempunyai nombor telefon untuk anda membuat panggilan tentang barang elektroni terpakai tersebut.
- Cari outlet dari pengilang (manufacturer direct outlets). Selalunya pembeli boleh mendapatkan barangan kilang telah diperbaharui langsung dari kilang pengeluar elektronik cawangan kedai-kedai langsung dari pengilang.
Semoga ia dapat membantu anda. Gunakan tip dan panduan di atas setiap kali anda ingin membeli barang elektronik terpakai.
Saya mempunyai latar belakang berpendidikan Elektronik. Biasa beli barangan terpakai dan tidak menjadi masalah untuk mengenal pasti barang yang dijual masih didalam keadaan elok atau tidak.
ReplyDeleteakubiomed: Wah! Ini sangat bagus. Bagaimana cara akubiomed memilih yang elok? TQ ;)
Delete