Sunday 8 September 2013

Kuih Bulan Aiskrim?

Kuih bulan aiskrim? Pelik kan, anda pernah dengar kuih bulan aiskrim?


Kuih bulan aiskrim telah dicipta kerana terdapat anak-anak muda zaman ini tidak berapa suka kuih bulan tradisional. Bagi memenuhi selera mereka, banyak syarikat-syarikat makanan yang mencipta jenis baru kuih bulan, seperti kuih bulan aiskrim yang dicipta oleh Haagen-Dazs.

Kuih bulan adalah sejenis makanan bermusim yang biasa dibuat sempena Perayaan Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh yang biasa diraikan oleh kaum Cina. Jadi kebiasaannya anda hanya akan mendapatkannya pada masa tertentu sahaja dalam setahun.

Pada tahun ini Haagen-Dazs baru saja melancarkan promosi kuih bulan aiskrim. Menarik kan? Hmm... tentu sedap ni. Boleh lah cuba jika teringin makan kuih bulan aiskrim,

2 comments:

  1. Pandai menghasilkan produk yang kreatif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akubiomed: Ya, sangat kreatif & inovatif, aiskrim pun boleh jadi kuih bulan ;)

      Delete