Saturday, 7 September 2013

3 Buah Sungai di Selangor Diwartakan Sebagai Zon Perlindungan

Sungai adalah sumber air minuman yang penting untuk sesebuah negara selain dari kegunaan untuk pengangkutan, pengairan dan sebagainya. Jadi kita semua perlulah menjaga kebersihan sungai.



Sungai-sungai di negara kita sudah banyak yang tercemar termasuklah 3 buah sungai ini yang amat penting sebagai sumber air untuk penduduk di sekitarnya. 3 buah sungai iaitu Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Damansara telah diwartakan sebagai zon perlindungan bermula hujung bulan September 2013.

Setelah diwartakan keluasannya, kerajaan negeri mempunyai kuasa bagi menilai aktiviti di sungai dan di kawasan tebing sungai. Selain itu,  kerajaan merancang untuk mengaktifkan semula loji air di Sungai Damansara, bagi meningkatkan kapasiti sumber air mentah bagi kegunaan penduduk.

Untuk kepentingan bersama walau di mana anda berada, jaga lah kebersihan sungai.

2 comments:

  1. Pemantuan dan penguatkuasaan perlu disusun supaya lebih efektif mengesan pencemaran ditahap awal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akubiomed: Ya, betul tu. Tapi peranan individu/orang awam amat penting untuk tidak menyebabkan pencemaran. Betul ke? ;)

      Delete