Sunday, 8 September 2013

Kuih Bulan Aiskrim?

Kuih bulan aiskrim? Pelik kan, anda pernah dengar kuih bulan aiskrim?


Kuih bulan aiskrim telah dicipta kerana terdapat anak-anak muda zaman ini tidak berapa suka kuih bulan tradisional. Bagi memenuhi selera mereka, banyak syarikat-syarikat makanan yang mencipta jenis baru kuih bulan, seperti kuih bulan aiskrim yang dicipta oleh Haagen-Dazs.

Kuih bulan adalah sejenis makanan bermusim yang biasa dibuat sempena Perayaan Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh yang biasa diraikan oleh kaum Cina. Jadi kebiasaannya anda hanya akan mendapatkannya pada masa tertentu sahaja dalam setahun.

Pada tahun ini Haagen-Dazs baru saja melancarkan promosi kuih bulan aiskrim. Menarik kan? Hmm... tentu sedap ni. Boleh lah cuba jika teringin makan kuih bulan aiskrim,

Saturday, 7 September 2013

3 Buah Sungai di Selangor Diwartakan Sebagai Zon Perlindungan

Sungai adalah sumber air minuman yang penting untuk sesebuah negara selain dari kegunaan untuk pengangkutan, pengairan dan sebagainya. Jadi kita semua perlulah menjaga kebersihan sungai.



Sungai-sungai di negara kita sudah banyak yang tercemar termasuklah 3 buah sungai ini yang amat penting sebagai sumber air untuk penduduk di sekitarnya. 3 buah sungai iaitu Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Damansara telah diwartakan sebagai zon perlindungan bermula hujung bulan September 2013.

Setelah diwartakan keluasannya, kerajaan negeri mempunyai kuasa bagi menilai aktiviti di sungai dan di kawasan tebing sungai. Selain itu,  kerajaan merancang untuk mengaktifkan semula loji air di Sungai Damansara, bagi meningkatkan kapasiti sumber air mentah bagi kegunaan penduduk.

Untuk kepentingan bersama walau di mana anda berada, jaga lah kebersihan sungai.

Friday, 6 September 2013

4 Perkara Yang Anda Akan Alami Sebelum Serangan Jantung

Serangan jantung biaanya dianggap kebanyakan kita sebagai sakit di bahagian dada. Sebenarnya mungkin berlainan bila seseorang itu mendapat serangan jantung.



Serangan jantung boleh berlaku bila terdapat 4 tanda-tanda penting berikut: Ini adalah kisah benar yang telah berlaku kepada seorang pakar jantung Dr Crandall yang mungkin boleh menyelamatkan nyawa anda. Berikut adalah kisah beliau.

Pada musim luruh pada tahun 2002, seorang lelaki dalam lingkungan umur pertengahan abad dalam perjalanan pulang dari urusan perniagaan. Ketika mengeluarkan begnya dari kereta dia berasa sakit yang amat sangat pada bahagian bahu kirinya (tanda 1). Dia tidak mengendahkannya kerana memikirkan ini hanyalah sakit otot bukannya tanda serangan jantung.

Bila dia menaiki penerbangannya, sakit itu mula hilang. Bila penerbangan yang dinaikinya mendarat, dia mendapatkan begnya dan sakit tadi berulang kembali (tanda 2). Bila dia tiba di rumah dia berasa sihat seperti biasa.

Pada sebelah petangnya dia begitu gembira kerana dapat bertemu keluarganya semula dan tidak begitu peduli ketika sakit bahunya menyerang kembali (tanda 3). Dia yang membawa anak-anaknya keluar, berehat sebentar dan kembali bersama dengan anak-anak, tetapi sakit bahunya kembali semula dengan mendadak (tanda 4).

Lelaki ini teragak, mungkin sakit ini berpunca dari jantungnya tetapi mungkin tidak sebab dia baru berumur 48 tahun, tidak merokok, tidak mempunyai sejarah keluarga yang mengalami masalah serangan jantung dan dia tidak mempunyai diabetes.

Pada keesokan paginya, dia berasa sihat dan berpendapat sakitnya semalam hanyalah biasa (fluke) atau mungkin disebabkan oleh tekanan dari kariernya yang mencabar. Lagipun beliau adalah seorang yang rajin bersukan, sakit sedikit di sana-sini adalah perkara biasa yang dialami ketika bersenam seperti tenis, berenang dan lain-lain.

Jadi ketika isterinya keluar untuk berjoging, beliau ikut serta dibelakang isterinya tetapi dia tidak dapat meneruskannya kerana dia mendapat sakit dada yang amat teruk. Kali ini dia tahu dia perlu ke hospital dengan segera kerana telah mengalami serangan jantung.

Ketika pasukan perubatan meletakan beliau di atas meja dalam bilik kecemasan, dia meraung kesakitan. Dia sedang mengalami apa yang dipanggil "widow maker". Ia adalah sekatan (blockage) yang telah berlaku di salah satu salur darah (arteri) ke jantungnya yang menyalurkan darah kepada otot-otot jantung. Sekatan ini biasanya membawa maut.

Doktor dengan segera membawa beliau ke pembedahan jantung kecemasan. Dia bertuah kerana telah terselamat dan masih hidup sihat.

Ikuti kisah beliau dalam video berikut dan ikuti langkah yang perlu diambil:


Jadi berhati-hatilah, ambil peduli kesakitan otot yang anda alami dan pergi ke hospital untuk mendapat rawatan dan dapatkan nasihat doktor adakah ianya masalah jantung anda. Sakit yang anda alami mungkin amaran dari badan anda untuk memberitahu yang anda akan mengalami serangan jantung.

Thursday, 5 September 2013

5 Tip dan Panduan Membeli Barang Elektronik Terpakai

Barang elektronik terpakai ada kalanya lebih tidak menyenangkan berbanding barang elektronik yang baru jika dibeli. Mungkin juga ia rosak bila anda ingin menggunakan barang elektronik terpakai.



Barang elektronik terpakai masih lagi digemari walaupun ada masalahnya yang tersendiri kerana harganya jauh lebih murah berbanding dengan barang elektronik yang baru. Ia dapat menjimatkan wang dengan agak banyak.

Untuk kemudahan anda membeli barang elektronik terpakai ikutlah tip-tip berikut.

5 Tip Membeli Barang Elektronik Terpakai:

  1. Kenal pasti barang elektronik terpakai yang anda ingin beli. Dapatkan seberapa banyak yang mungkin maklumat tentang produk dan bandingkan dengan nombor model dan ciri-ciri yang lain dalam katalog online atau database inventori.
  2. Lakukan carian online. Contohnya dengan menaip carian "refurbished plasma tv"  boleh membawa anda ke beberapa vendor elektronik yang akan menunjukkan kepada anda tawaran dan butir-butir tertentu model tv.
  3. Gunakan visual e-catalog untuk mendapatkan produk yang anda cari. Ambil perhatian terhadap ciri-ciri khas dan spesifikasi dan rancang pembelian anda.
  4. Teliti laman web penjual dalam talian untuk polisi pengembalian, dasar penghantaran, jaminan (warranty) dan maklumat penting yang lain. Kebanyakan laman ini mempunyai nombor telefon untuk anda membuat panggilan tentang barang elektroni terpakai tersebut.
  5. Cari outlet dari pengilang (manufacturer direct outlets). Selalunya pembeli boleh mendapatkan barangan kilang telah diperbaharui langsung dari kilang pengeluar elektronik cawangan kedai-kedai langsung dari pengilang.
Semoga ia dapat membantu anda. Gunakan tip dan panduan di atas setiap kali anda ingin membeli barang elektronik terpakai.

Monday, 2 September 2013

Video Perarakan Hari Merdeka 2013 dari LMKL

Gambar ni saya ambil dari LMKL. Kelihatan kenderaan tentera sedang menunggu dari pukul 7pagi lagi hinggalah kira-kira pukul 9pagi. Lama diorang menunggu...

Selamat Hari Merdeka Malaysia ku, Tanah Tumpahnya Darah ku!