Tuesday, 22 March 2011

Kurangkan Berat Badan dengan Handfon Blackberry


Seorang wanita, Shelli Henderson telah memuat turun aplikasi untuk menghitung kalori yang berharga £1.99 ke handfon beliau dan bercadang untuk menggunakannya selama seminggu sahaja.

Beliau yang kini berusia 22 tahun telah mengalami masalah berat badan sejak berumur 16 tahun lagi.

Shelli menggunakan aplikasi tersebut untuk mengira pengambilan kalori beliau dengan memasukkan makanan yang dimakannya setiap hari.

Dia menggunakan maklumat tersebut untuk mengawal pengambilan makanan dan melakukan senaman, berat badannya semakin menurun.

Dari saiz 22 kini dia telah turun ke saiz 12, beratnya turun sebanyak 48kg. Dia telah menggalakkan kawan-kawannya untuk melakukan cara yang sama dan mereka pun mengalami pengurangan berat badan yang sungguh baik.



From: www.thesun.co.uk

1 comment: