Saturday, 2 July 2016

Solat Sunat Tasbih dari FB Dr Azizan Osman

Untuk sesiapa yang ingin buat Solat Tasbih. Amatlah besar fadhilatnya apatah lagi di malam-malam terakhir Ramadan dan malam ini 27 Ramadan.

Ada beberapa kaedah untuk melakukan Solat Sunat Tasbih dan kaedah yang saya kongsikan ini berdasarkan kaedah yang saya ikut/ belajar dari Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid:-

Solat Tasbih

1/ Ia adalah 4 rakaat 2 kali salam. Maknanya buat 2 rakaat salam then bangun buat lagi 2 rakaat dan salam

2/ Niat mudah: Sahaja aku solat sunat tasbih 2 rakaat kerana Allah Taala. Lps salam naik buat lagi 2 rakaat

3/ Apa yang uniknya Solat sunat tasbih ini adalah kita akan membaca tasbih dengan bacaan Subhanallah, Walhamdulillah wa La Ila Ha Ilallah Wa Allahu Akbar. Jumlahnya 300 kali. Setiap 2 rakaat adalah 150x.

4/ Niat, angkat takbir dan baca Tasbih tersebut 15x, then baca Al-Fatihah dan Surah lazim seperti kulya (Rakaat pertama) lps tu baca tasbih 10x

5/ then bila rukuk, selepas baca bacaan biasa terus baca 10x tasbih di atas. Then bangkit iktidal, selepas bacaan biasa terus baca 10x tasbih, then sujud baca lagi 10x, then duduk antara dua sujud baca 10x tasbih then sujud baca 10x tasbih then terus berdiri untuk rakaat ke-2 baca 15x then baca Al-fatihah dan surah lazim (kulhu) then baca 10x tasbih. Lps tu rukuk baca 10x tasbih, then iktidal baca 10x tasbih then sujud baca 10x tasbih, then duduk antara dua sujud baca tasbih 10x then sujud baca 10x then tahiyat akhir terus baca tahiyat dan habiskan dengan salam.

6/ then bangun untuk solat tasbih lagi 2 rakaat seperti di atas.

Jumlah 300x tasbih. Jika mahu dibuat disiang hari, anda boleh buat 4 rakaat terus dan 1 salam.

Boleh dibuat berjemaah. Laki bini serta keluarga...

Jika buat dengan fokus In sha Allah sekejap sahaja habis. Cubalah. Ia bagus dibuat jika tidak boleh setiap malam, buat seminggu sekali, sebulan sekali, setahun sekali atau sekurang-kurangnya seumur hidup sekali. Jika tak mampu buat seumur hidup sekali, cubalah usahakan tiap-tiap hari In sha Allah.... 😁😁

Semoga diberkati dan mendapat pengampunan serta redhaNya.

Diizinkan Share. So tak perlu tanya k.

P/S Jangan lupa wuduk lak... 🙀

*Saya ulang lagi sekali, ada kaedah lain untuk melengkapkan 300 tasbih dalam Solat Sunat Tasbih ini. Ikut guru & ilmu masing-masing. Saya guna kaedah di atas.

#AzizanOsman

Dari fb: Dr Azizan Osman

No comments:

Post a Comment