*Jhor Haji SP 14/7*
*Targhib Haji*
- Tanda haji mabrur- zuhud dunia, cinta akhirat.
- Dlm haji banyakkan bagi makan dan cakap lemah lembut.
- Ibadat haji - Perbanyak tasbih, tahlil, tahmid. Tak bercakap banyak.
- Banyak berzikir dalam semua keadaan akan membesarkan darjat pahala.
- Sabar senjata utama. Jangan tengok aib dan cari aib. Jangan cakap besar.
- Nak dapat ganjaran kena buat haji bersyarat - tak jimak, tak fasiq.
- Doa waktu Arafah sangat mustajab. Doa minta ampun. Allah akan ampun dosa dengan Allah dan dosa dengan manusia. Paling kurang fokus Asar-Maghrib. Jangan lupa doa untuk hidayat. Angkat tangan sampai nampak ketiak.
- Di Madinah kena ada rasa malu dengan Nabi. Seolah-olah ditanya apa yang kita dah buat untuk agama.
- Dam - Janggut bagi perhatian. Sehelai secupak. 3 helai seekor kambing.
- Selipar jangan lagi besar dari kaki. Takut kena pijak orang.
- Di Mina peluang buat dakwah sebanyak-banyaknya.
- Ibadat haji - ibadat sekeluarga Nabi Ibrahim.
*Program Dakwah Haji*
_Lelaki_
- Solat Subuh
- Bayan Subuh 6 points
- Mesyuarat harian
- Taklim 2 jam + taklimi ghast
- Pergi masjid 2 jam sebelum Zohor
- Cari kawasan ramai orang senegara, sebahasa, semuka, orang yang kita boleh berbahasa, orang yang kita pernah pergi ke negaranya (jangan cakap dengan orang Arab terutama serban merah)
- Cakap dengan orang sebelah menyebelah (jangan sampai berdiri)
- Point percakapan - Taaruf, doakan haji mabrur, targhib jaga amal, targhib ajak orang lain jaga amal, tasykil taklim.
- Paling kurang 5 orang sebelum solat, 5 orang selepas solat kena dakwah.
- Siang buat kerja, malam menangis dengan Allah.
- Lepas Zohor balik qailulah.
- Asar-Maghrib usaha di maktab.
- Sejam sebelum Maghrib pergi masjid.
- Maghrib-Isyak di masjid sempurnakan amal infradi seharian.
- Lepas Isyak balik terus tidur.
- Bangun awal tahajud.
_Masturat_
- Buat taklim
- Orang lelaki iklan taklim
- Pergi masjid buat dakwah
*Manasik Haji*
- Dapat surat
- Buat ulangkaji akhir
- Persediaan safar, sunnah safar
- Lapor diri di TH
- Ambil maklum waktu solat dan sedia berwudhu'. Rancang waktu solat.
_Madinah (8 hari)_
- Arrival
- Taklimat program ziarah
- Taklimat ziarah Masjid Nabawi
- Kali pertama, ikut panduan TH. Kemudian boleh infradi.
- Ziarah Baqi'
- Ziarah luar
- 6 hari terakhir infradi
_Mekah_
- Berihram dan niat jenis haji.
- Niat di hotel (Madinah) atau miqat.
- Arrival. Masuk hotel, rehat dan tunggu waktu tawaf.
- Simpan kasut sendiri dalam beg/uncang.
- Tawaf dengan fokus dan yakin. Pelihara wudhu'.
- Saie. Hadap kiblat untuk doa.
- Jarak average 1 km dari penginapan ke pintu masjid.
- Selesai umrah, infradi. Tengok jadual program dll di maktab.
- Banyak sebar salam dan banyak bagi taam. Banyakkan khidmat.
- Di masjid, taaruf dan ikhtilat orang sebahasa.
- Tak ada taklim di masjid.
- Mungkin ada orang tempatan atur program.
- Kalau nak berjalan kaki ke Mina, inform TH.
- Mina, atur sendiri penginapan, makanan.
- Esoknya bergerak ke Arafah 15 km pergi ke khemah.
- Manfaatkan masa di Arafah.
- Lepas Arafah, naik shuttle ke Muzdalifah untuk mabit.
- Lepak di tanah lapang Muzdalifah.
- Lepas 12 tengah malam, bergerak ke Mina (2km)
- Pergi ke khemah di Mina.
- Isi air dalam bekas/botol untuk berwudhuk supaya tak berebut.
- 2-3 hari di Mina, buat amalan Nabi banyakkan dakwah.
- Hari raya, banyakkan jamu makan, dakwah umumi.
- Di Mina, syarat bermalam lebih separuh malam pada hari tasyrik.
- Masuk Mekah, sempurnakan tawaf dan saie haji.
*Tazkiyah Haji*
- Pergi haji untuk maksud nisbat yang khusus kepada kerja agama.
- Nabi-nabi terdahulu buat tawaf di Mekah.
- Pergi Mekah, usaha tertinggi dalam usaha agama.
- Pergi sana, adab Nabi-Nabi adalah beri karkuzari kepada Allah tentang usaha agama yang dibuat di tempat kita, mengadu kelemahan, tak pandai berhikmah dll.
- Karkuzari kepada Allah segala amalan ijtimaie dan infradi.
- Azam dan doa di depan Kaabah usaha yang akan dilakukan selepas ini/balik haji.
- Musim haji adalah medan yang sangat luas untuk usaha dakwah.
- Di Mekah, banyakkan tawaf.
- Banyakkan dakwah untuk tunaikan solat di masjid.
- Kena ada ihtisab di masjid ada bekas tapak-tapak kaki para Anbia. Mudah-mudahan sifat dan roh dakwah masuk ke dalam diri kita.
- Haji mabrur, haji yang sempurna. Yang tidak ada rafats, fusuq, jidal.
- Bahaya fasiq (handphone) tak perlu karkuzari amalan kita kepada orang lain/satu dunia. Merosakkan amalan.
- Di masjid, tengok kaabah itu ibadat. Jangan tengok handphone. Haji jadi hambar.
- Usahakan diri dan orang lain untuk betulkan sifat mazmumah dalam diri.
- Makna fasiq - buat dosa besar, terus-terusan buat dosa kecil.
- Bekalan paling baik - taqwa.
- Haji adalah ujian kepada hamba yang paling besar, rukun Islam kelima.
- Ihram wanita di muka, ihram lelaki di kepala.
- Ujian jaga mata. Ujian terbesar (nafsu, diri, harta, perasaan)
- Kalau tengok perempuan, kena malu dengan Allah sebab buat dosa di depan Allah dalam rumah Allah.
_Madinah_
- Cinta pada orang Ansar (orang Madinah), tanda iman. Kena sayangi mereka. Terima kebaikan mereka dan maafkan kesalahan mereka. Banyak sabar, sangka baik yang mereka adalah salah satu anak cucu orang Ansar.
- Waktu ziarah Nabi, pergi hujung sikit kawasan yang tak sibuk dan karkuzari perlahan-lahan usaha agama yang kita buat pada Nabi dan nyatakan azam kita.
- Lepas penat buat dakwah, banyakkan ziarah Nabi dan bermuraqabah.
- Kena korban tidur rehat. Ingat balik queue panjang nak dapat haji, bukan senang. Banyakkan ziarah, dakwah, ibadah.
- Kerja dakwah harian pun karkuzari dengan Nabi.
- Tertib setempat kena ikut.
- Ikut mesyuarat orang tempatan.
- Jaga akhlak, jaga adab, jaga mulut.
- Di Mekah sibukkan dengan tawaf. Di Madinah sibuk dengan ziarah dan selawat.
tq share kak.
ReplyDelete