Sunday 24 July 2016

Sedekah Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Padang Melha, Kulim, Kedah

Mohon Sumbangan Dana Pembinaan Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Padang Meiha, Kulim;

YBhg Tan Sri / Puan Sri
YBhg Datuk Seri / Datin Seri
YBhg Dato' / Datin
YBhg Tuan / Puan,

Assalamualaikum w.b.t  !

Untuk makluman semua, Kariah Padang Meiha yang merangkumi Taman Desa aman, Taman Desa Ku, Kg. Paya Jemerli, Kg. Pdg Meiha, Ladang Padang Meiha dan Kg. Bukit Selarong di Kulim Kedah, kini sedang dalam proses untuk menyiapkan sebuah Masjid bagi kemudahan umat Islam sekitar Qaryah Padang Meiha ini untuk mendirikan solat Jumaat dan solat solat waktu yang lain.

Kos Pembinaan untuk mendirikan Masjid ini dianggarkan sebanyak RM2.8 juta di mana jumlah Jemaah yang boleh ditampung mencecah 2,000 Jemaah.

Oleh yang demikian Jawatankuasa pembinaan Masjid memohon jasabaik semua yang di atas, agar dapat menghulur seikhlas hati sumbangan kepada Tabung Pembinaan Masjid ini bagi membolehkan kerja kerja pembinaan dapat dijalankan dalam KADAR SEGERA.

Sumbangan ikhlas anda semua dianggap sebagai SAHAM AKHIRAT di mana ganjarannya akan dibalas oleh Allah s.w.t.

Sumbangan boleh dilakukan seperti berikut :

Nama Akaun :
MASJID SAIDINA UMAR AL-KHATTAB QARYAH PADANG MEIHA.

Nama Bank :
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

No. Akaun :
02-057-01-003316-5

PENGERUSI/TN IMAM : Ust Ahmad Syuhaimi B. Hj Abd. Hamid.
No. Tel : 019-4702520.
SETIUSAHA : En. Mohd Helmi B. Ismail.
No. Tel : 012-5671671.
BENDAHARI : Dr Talib Ria b.  Jaafar
No. Tel : 0194735046

Sumbangan anda semua amat dihargai.

Terima kasih.

P/S : MOHON VIRALKAN KEPADA SAHABAT SAHABAT ISLAM. JIKA PERKARA LAIN BOLEH DIVIRAL, MENGAPA HASRAT MURNI SEBEGINI TIDAK BOLEH.

INGATLAH ! SETIAP MEREKA YANG MENYUMBANG MELALUI VIRAL ANDA, PASTI MENDAPAT PAHALA DARIPADA ALLAH,
IN SHAA ALLAH

No comments:

Post a Comment