Saturday, 2 July 2016

Pesanan Nabi Ibrahim Untuk Isteri

PESANAN NABI IBRAHIM BUAT WANITA

Peristiwa Nabi Ibrahim dan anak menantunya perlu dijadikan teladan.
Nabi Ibrahim pergi menziarahi menantunya ketika puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah. Isteri Nabi Ismail belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim: Siapakah kamu?
Menantu: Aku isteri Ismail.
Nabi Ibrahim: Di manakah suami mu, Ismail?
Menantu: Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim: Bagaimanakah keadaan hidup mu sekeluarga?
Menantu: Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim: Baiklah! Jika suami mu balik, sampaikan salam ku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya..
Menantu: Ya, baiklah.
Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.
Nabi Ismail: Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail: Apa jawapan mu?
Isteri: Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri: Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepada mu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumah mu.
Nabi Ismail: Sebenarnya dia itu ayah ku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluarga mu.

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar.

Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim: Di mana suami mu?
Menantu: Dia tiada di rumah. Dia sedang memburu.
Nabi Ibrahim: Bagaimana keadaan hidup mu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu: Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim: Baguslah kalau begitu.
Menantu: Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.
Nabi Ibrahim: Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu: Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.

Nabi Ibrahim: (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhan ku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).
Nabi Ibrahim: Baiklah, nanti apabila suami mu pulang, sampaikan salam ku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya..

Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang mencarinya.
Nabi Ismail: Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
Isteri: Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya seperti mu.
Nabi Ismail: Apa katanya?
Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail: Apa jawapan mu?
Isteri: Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.
Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri: Ada, dia berkirim salam buat mu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumah mu.
Nabi Ismail: Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayah ku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah diri mu yang dimintanya untuk aku kekalkan.
Isteri: Alhamdulillah, syukur.
Kesimpulannya:-
1- Menjadi kewajipan isteri tidak menceritakan keaiban rumahtangga kpd org luar walaupun kpd keluarganya sendiri (bapa mertuanya).
2- Isteri hendaklah bersyukur dan menerima kemampuan suami seadanya.
3- Mulut adalah kelemahan wanita. Wanita mestilah berhati-hati & menjaganya dengan baik.
**Wallahua'lam**

No comments:

Post a Comment