Tuesday, 29 July 2014

Hari Raya 2014/1 Syawal 1435H

Bila hari raya pun tiba
Suasana menjadi riang
Dunia jadi terang.


Bermacam kuih lazat
Rendang serta ketupat
Hidangan hari raya
Hari Mulia


Di pagi raya masing-masing membawa juadah untuk dimakan bersama pada hari raya 2014 ini, stail potluck.



Hari raya 2014 di Kuala Lumpur, hari raya pertama diselubungi jerebu dari pagi hingga ke malam dan berterusan hingga beberapa hari selepas raya. Terpaksalah beraya dalam kepulan asap yang dilakukan oleh pihak yang membuat pembakaran terbuka di Sumatera dan Borneo.



Tiba di rumah Cik Siti, beraya lagi kali kedua. Jom makan sama-sama.



Video pertama yang diambil pada hari raya 2014 oleh Cik Siti/Kak Ti. Ok ke?

Selamat hari raya kepada semua, maaf zahir dan batin.
Hari Raya 2014/1435H

Saturday, 26 July 2014

Pantun Hari Raya 2014

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin jika ada salah dan silap saya selama ini.
Terima lah pantun dari seluruh negeri di Malaysia yang di share dari fb ceruk kampung.


Jom baca semoga ianya memeriahkan lagi hari raya anda.

Kelantan
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor
Cegitu cegini awak suke ek
Awak suke kite tak suke ek
Esok luse hari raye ek
Sama-sama bersuke rie ek

Melaka
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

Negeri Sembilan
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

Selangor & K.Lumpur
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak
Gulei tempoyak ikan mayong
Doroyan busok tebok dek tupei
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampei

Kedah
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Sabah
Gunong kinabalu tinggi bah,
Org sabah bawah bayu..
Hari raya jgn lupa bah,
Ok bah kalau kau...

Sarawak
Bulan posa sik boleh bebulak,
Makan megi betapok tapok,
Iboh takut asuk menyalak
rilek lah pok.....

Jawa
Nyimpan jenong nang jero tin
Ngesok arek digowo mareng suro
Keluputan kulo lahir batin
Salah silap njlok dingopuro.

Hatyai
ดังนั้นที่นี่คุณชอบไม้โอ๊ค 
ฉันรักคุณชอบว่าวโอ๊ค 
วันหลังจากวันพรุ่งนี้ raye
โอ๊ค โอ๊คพอ ๆ กันความสุข

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014M/1435H

Friday, 25 July 2014

Gadis Ukraine Guna Maskara dari Pesawat MH17 Yang Terhempas

Seorang gadis dari Ukraine telah memuat naik gambar maskara yang diambil dari kawasan nahas MH17. Beliau berkata maskara ini telah dihadiahkan oleh seseorang kepadanya. Maskara ini datang dari Amsterdam atau Padang.

Gadis Ukraine Dengan Maskara Milik Mangsa Nahas MH17

Selain maskara ini terdapat pelbagai barangan lagi yang diambil dari kawasan kemalangan seperti pakaian, wang ringgit, handfon dan sebagainya. Menurut akhbar Daily Mail ada kredit kad kepunyaan mangsa telah digunakan sejak hari kejadian lagi.

Setelah kejadian kecurian maskara ini menjadi viral di sosial media gadis ini Zolotasya, dikecam ramai rakyat Ukraine. Beliau mengaku dia berpihak kepada puak pro-Rusia yang dipercayai bertanggung-jawab menembak jatuh MH17.

SPNB Hari Raya 2014/1435H

Tuesday, 22 July 2014

Mutiara Ramadhan:

Mutiara Ramadhan:

org buat baik kita balas baik - itu fitrah manusia namanya,
org buat jahat kita balas jahat - itu pendendam sifatnya,
org buat baik kita balas jahat - itu jahat hati dan sikapnya,
org buat jahat kita balas baik - itu sunnah Rasullulah SAW...

Selamat beramal...

Kredit:.fb hasryn hamka

Friday, 18 July 2014

Kapalterbang MAS MH17 Terhempas di Timur Ukraine

Pada 17 Julai 2014 kapalterbang jenis Boeing 777 kepunyaan penerbangan MAS MH17 telah ditembak jatuh oleh misil BUK di timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia. MH17 dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di kawasan konflik berhampiran Donetsk.
Foto: The Star

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak telah menulis di laman tweeter beliau pada Jumaat 18 Julai 2014. Beliau terkejut dengan laporan bahawa sebuah pesawat MH telah terhempas. Siasatan akan dilancarkan serta-merta di atas kejadian MH17 ini.

Dipercayai semua 298 orang penumpang dan anak kapal dalam penerbangan MH17 telah terkorban, Menteri Dalam Negeri Ukrane mengumumkan.

Sumber MAS berkata pesawat itu tidak memasuki ruang udara Rusia. Sumber menyatakan pesawat itu "ditembak jatuh" ketika ia terbang pada ketinggian 33,000 kaki.

Mas telah mengumumkan bahawa mereka terputus hubungan dengan MH17 dan kali terakhir yang diketahui masih dalam ruang udara Ukrane.

Monday, 14 July 2014

Atai Ikut Jejak Sudirman

Atai anak buah Sudirman telah memulakan langkah untuk meneruskan legasi Sudirman. Atai telah merakamkan lagu yang pernah dipopularkan oleh allahyarham Sudirman iaitu Kulit pada 22 Feb 2014 yang lepas, yang juga menandakan ulang tahun ke-22 pemergian Sudirman ke rahmatullah.

Gambar Atai dari NST
Sudirman pernah dinobatkan sebagai penyanyi No 1 Asia dengan mendendangkan lagu "One Thousand Million Smiles" di Royal Albert Hall, London.

Sejak 6 tahun yang lepas Atai telah berfikir untuk menyanyi semula seperti yang diinginkan oleh Sudirman tapi tidak mendapat masa yang sesuai sehingga tahun ini. Atai percaya kini adalah masa untuknya memberi tumpuan kepada nyanyian selepas meninggalkannya selama kira-kira 20 tahun. Atai mengaku rindu untuk menyanyi semula.

Atai telah meninggalkan bidang korporat untuk berkecimpung dalam bidang muzik. Selain menyanyi, Atai menguruskan sebuah syarikat perundingan IT dan beliau adalah pensyarah IT sambilan di Taylor Universiti, Subang Jaya. Dahulu Sudirman juga ketika menyanyi mempunyai syarikatnya sendiri yang mengeluarkan air minuman dan sebagainya.

Atai kini mempunyai 2 orang anak yang masih kecil hasil dari perkahwinannya. Atai berkata ia adalah penting untuk menjaga dirinya dan anak-anaknya yang sihat. Atai berkata: Seperti kata arwah bapa saudaranya Sudirman, penyanyi adalah seperti seorang atlet, jadi saya perlu menjaga diet saya dan bersenam selalu.


Sunday, 6 July 2014

7 Masjid Yang Cantik dan Unik di Malaysia

Malaysia mempunyai banyak masjid yang cantik dan menarik. Terdapat 7 buah masjid di Malaysia yang cantik malahan unik pula dan mempunyai kisah yang tersendiri di sebalik pembinaan masjid tersebut di Malaysia.

7 Masjid Yang Cantik dan Unik di Malaysia ialah:


1) Masjid Beijing (Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra)

Lokasi: Rantau Panjang, Kelantan

Sebuah masjid yang unik dan tak sama dengan masjid-masjid yang kebiasaannya wujud di Malaysia kerana reka bentuknya yang luarbiasa menyerupai senibina dari China. Sungguh indah seperti istana maharaja Cina dibina pada tahun 2005 untuk memperingati sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Kelantan yang ke 28 Sultan Ismail Petra.

Masjid ini digelar Masjid Beijing kerana reka bentuknya seakan-akan Masjid Niujie yang berusia 1000 tahun di Negara China. Bahagian luarnya mempunyai bumbung dan menara gaya pagoda hijau dan dengan panel merah yang mencerahkan bangunan, dalamannya pula direka mengikut elemen reka bentuk India dan Uzbek.


2) Masjid Jamek An Nur

Lokasi: Labuan.

Masjid Jamek An Nur adalah satu-satunya masjid di Malaysia yang mempunyai rekabentuk yang sangat moden (futurisctic) kelihatan seperti bulu tangkis atau kapal angkasa yang akan berlepas. Masjid Jamek An Nur juga dikenali sebagai Masjid Wilayah Persekutuan Labuan adalah mercu tanda yang terkenal di Labuan. Masjid ini telah siap dibina pada tahun 1987 dan dirasmikan oleh yang dipertuan Agong ke-8.

Masjid ini menggunakan senibina Melayu Brunei dan Turki dengan menggunakan elemen kontemprori seperti gril dan cermin transparen untuk ventilasi dan membenarkan cahaya semulajadi masuk ke bahagian dalamnya.


3) Masjid Diraja Ubudiah.

Lokasi: Kuala Kangsar, Perak

Masjid ini bermula dari sultan perak ke-28 Sultan Idris Murshidul'adzam Shah yang sakit, beliau bertekad jika baginda sembuh dari penyakitnya baginda akan membina sebuah masjid. Ditakdirkan baginda sembuh dan masjid ini pun dibina, sayangnya beliau telah mangkat setahun sebelum masjid ini siap dibina yang memakan masa pembinaan selama 4 tahun dari tahun 1913 - 1917.

Masjid ini menggunakan seni bina Indo-Saracenic, masjid yang berbentuk oktagon ini mempunyai ciri-ciri menarik iaitu kubah emas dan pintu gerbang gaya Moorish.


4) Masjid Zahir

Lokasi: Alor Star, Kedah

Kubah Masjid Zahir kelihatan hitam tetapi bila dilihat lebih dekat kubah masjid sebenarnya berwarna ruby merah gelap. Warna hitam muncul dalam cahaya yang terang, memberi Masjid Zahir penampilan yang menarik. Selalu diletakan antara 10 masjid tercantik di dunia oleh admirers of mosque architecture.

Masjid Zahir adalah salah satu masjid tertua di Malaysia terbina pada tahun 1912. Masjid ini dibina di atas tapak persemadian pahlawan-pahlawan yang gugur ketika menentang siap pada tahun 1821. Masjid Zahir mempunyai 5 menara sebagai lambang 5 rukun islam. Inspirasi seni bina dari Masjid Azizi di Langkat, Sumatera Utara, merupakan visi Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin II.




5) Masjid Negeri Sultan Abu Bakar

Lokasi: Johor Bahru, Johor

Satu lagi masjid yang tidak mengikut rekabentuk masjid konvensional yang terdapat di Malaysia kerana ia mengikut ciri-ciri menara jam British dari kurun ke-19. Banyak dipengaruhi oleh seni bina kolonial English-Victorian.

Berusia lebih 100 tahun dibina pada tahun 1892, di bawah dekri Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar. Hasilnya adalah terjemahan indah sentimen Anglophile Sultan. Merupakan bangunan sebuah monumen warisan dilindungi. Terletak di atas Bukit Kechil dengan pemandangan panorama indah bandar Johor Bahru dan Selat Tebrau.



6) Masjid Jamek Kuala Lumpur

Lokasi:  Kuala Lumpur

Terletak di persimpangan 2 sungai iaitu Sungai Gombak dan Sungai... yang pada masa dahulu dikenali sebagai muara sungai berlumpur dari mana Kuala Lumpur mendapat namanya. Masjid Jamek Kuala Lumpur merupakan antara masjid yang tertua di Malaysia dibina pada tahun 1907 dan dirasmikan 2 tahun kemudiannya oleh Sultan Selangor.

Masjid Jamek Kuala Lumpur mempunyai ciri-ciri reka bentuk seni bina masjid Neo-Moor sama dengan bangunan kolonial di utara India. Kubah-kubahnya berbentuk bawang dengan gerbang seperti ladam kuda.


7) Masjid Kampung Hulu

Lokasi: Melaka

Masjid Kampung Hulu telah dibina sejak 280 tahun lalu, oleh pendatang Cina Muslim bernama arom @ Harun. Satu lagi masjid yang unik di Malaysia kelihatan seperti Menara menyerupai pagoda, yang juga kelihatan seperti menara kubu dan rumah api.

Gaya seni bina Masjid Kampung Hulu yang unik, gabungan seni bina Sumatera, Cina, Melayu Melaka dan reka bentuk Hindu. Masjid Kampung Hulu terletak di utara Jalan Harmoni (dinamakan semula hari ini sebagai Jalan Tukang Emas).

Lawati 7 Masjid Yang Cantik dan Unik di Malaysia boleh juga bersolat sekali.

Sumber: nst

Thursday, 3 July 2014

Petani dan Keldai

Pada satu hari seekor keldai kepunyaan seorang petani jatuh ke dalam sebuah perigi. Keldai itu menangis dan menjerit dari dalam perigi. Petani berusaha dan memikirkan apa yang patut dilakukan untuk menyelamatkan keldainya tapi tidak berjaya. Akhirnya dia membuat keputusan keldai itu sudah berusia dan perigi itu perlu ditimbus.



Kemudian beliau memanggil jiran-jirannya untuk membantu beliau menimbus perigi tersebut. Mereka semua mula menimbus perigi tersebut. Bila menyedari perigi itu nak ditimbus, keldai itu menangis dengan kuat. Akan tetapi seketika kemudian dia senyap. Orang ramai berasa hairan tapi mereka terus menyodok tanah dan menimbus perigi itu.

Pada mulanya, keldai menyedari apa yang berlaku dan menangis teruk. Kemudian, untuk kekaguman semua orang, dia senyap. Selepas satu penyodok tanah, petani akhirnya memandang ke bawah dan hairan apa yang dia melihat.

Dengan setiap penyodok tanah yang mengenai belakangnya, keldai itu melakukan sesuatu yang menakjubkan. Dia akan goncang badannya dan menjatuhkan tanah dan melangkah ke atas. Setiap kali jiran petani menyodok tanah ke atas badannya, dia akan goncang badannya dan mengambil langkah ke atas. Tidak lama selepas itu, semua orang kagum, keldai berjaya naik di tepi telaga dan melangkah keluar dari perigi.

Kehidupan akan menyodok tanah kepada anda, semua jenis tanah. Helah untuk keluar dari perigi adalah untuk menggoncang dan mengambil satu langkah. Setiap satu daripada masalah kita adalah batu loncatan. Anda boleh keluar dari perigi paling dalam hanya dengan tidak berhenti menggoncang, tidak pernah berputus asa! Goncang dan mengambil satu langkah ke atas!

Ingat 5 peraturan sederhana untuk menjadi bahagia:

1. Membebaskan hati dari kebencian.
2. Membebaskan fikiran anda daripada kebimbangan.
3. Hidup mudah (Live simply).
4. Lebihkan memberi.
5. Kurang mengharap balasan.

Nikmati Kehidupan Anda & GONCANG!

Wednesday, 2 July 2014

Lelaki Tua Berkain Pelikat

Lelaki Tua Berkain Pelikat ini telah dikongsikan di facebook oleh Dato' Roslan Ab Hamid.

Gambar hiasan

Saya terjumpa lelaki tua ini selalu lepas Asar dia iktikaf di masjid.

Dia membaca al Quran. Umurnya dalam 70an. Rumahnya berdekatan masjid.

Rumah agam yang besar dan menarik.

Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan RM35juta. Pendapatan pasif kutip sewa RM70,000 sebulan. Belanja RM20,000. RM50,000 sedekah dan infaq.

Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.

Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu.

Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?

#1 – Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.

#2 – Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.

#3 – Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

#4 – Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,

“Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.

Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”

Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.

#5 – Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.Kata lelaki tua ini lagi:

#6 – Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..

#7 – Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.

#8 – Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri.Tenung mata dan baca “ayat ayat pengasih”. Hehehe. (Nota tambahan: Surah Yusuf: Ayat 4)

#9 – Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.

#10 – Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna.Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.

#11 – Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.

(Kedai mula mula di mulut sahaja.) Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong.sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.

#12 – Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri yang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.

#13 – Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar.Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu. Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.

***

(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, “baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20″. Saya buat contengan kata dia dalam kepala)

***

#14 – Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap.Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.

#15 – Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya “Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , “Dengan senyap senyap tapi cantik”. Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, “Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun”. Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.

#16 – Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.

Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.

Bacalah surah ar Rahman ayat 46, “Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga”

#17 – Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.

Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.

#18 – Anak… Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.

Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, “Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu”. Cuba anak check siapa perawinya. (nota: Hadis riwayat at Tirmizi)

#19 – Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,

“Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itu sahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula”

Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.

#20 – Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya’. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja.

Dari: The Vocket

Tuesday, 1 July 2014

Lafaz Niat Solat Sunat Tarawih dan Solat Sunat Witir

SOLAT SUNAT TARAWIH & WITIR

SOLAT SUNAT TARAWIH

Hukum Solat Sunat Tarawih
Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan, sama ada secara berseorangan atau berjemaah.Sunat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat solat orang-orang Islam.

Waktu Solat Sunat Tarawih
lalah selepas menunaikan solat fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.

Rakaat Solat Sunat Tarawih 
Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat sunat Tarawih sebanyak dua puluh rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar lapan rakaat sahaja.

Lafaz Niat Solat Sunat Tarawih 


Ertinya: “Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat sebagai imam/makmum kerana Allah Taala.”

Bilal memberitahu (biasanya selepas rakaat ke 8 solat tarawih) tentang solat sunat Witir yang akan dikerjakan selepas ini dengan menyebut:



SOLAT SUNAT WITIR

Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan solat sunat Witir selepas solat sunat Tarawih sebanyak tiga rakaat sahaja. Sunat Witir ini ditunaikan secara berjemaah. Salam selepas dua rakaat yang pertama, diikuti satu rakaat lagi dan salam.

Waktu untuk mengerjakan solat witir ialah setelah solat Isyak hingga menjelang fajar (subuh). Ia dilakukan sebagai pelengkap solat Tahajjud atau solat Tarawih iaitu sebagai penutup segala solat yang dilakukan sehingga menjelang Subuh.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Akhirilah solat malammu itu dengan Solat Witir.”   (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.)
.
Sekiranya anda rasa tidak akan terbangun untuk mengerjakan solat Tahajjud, bolehlah terus melakukan solat Witir selepas menunaikan solat Isyak.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang berasa dirinya tidak mampu untuk bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada awal malam, tetapi bagi sesiapa yang berasa dirinya mampu dan yakin akan dapat bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada akhir malam, kerana solat pada akhir malam itu akan dihadiri oleh para malaikat dan itulah yang lebih utama.”  (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Termizi dan Ibnu Majah)
.
.
 Fadhilat Solat Witir

  1. Orang yang mengerjakannya akan disaksikan oleh para Malaikat.
  2. Solat witir lebih utama dari solat-solat sunat Rawatib yang lain.
  3. Menurut sunnah, akan memperolehi syafaat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam di akhirat kelak.

CARA MENGERJAKAN SOLAT WITIR

1 ) Lafaz Niat Solat Sunat Witir 2 Rakaat

a. Bagi dua rakaat yang pertama:


“U-sol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
Ertinya: “Sahaja aku solat sunat Witir dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.” 

2) Selepas membaca Fatihah:
  • Raka’at pertama: Surah Al-A’laa
  • Raka’at kedua: Surah Al-Kafiruun
3) Setelah selesai memberi salam terus bangun dan berdiri dan tunaikan solat witir 1 rakaat pula.

b. Bagi rakaat yang akhir:

4) Lafaz Niat Solat Sunat Witir 1 Rakaat


“U-sol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tan lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
Ertinya: “Sahaja aku solat sunat Witir satu rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.” 

5) Selepas Al-Fatihah pada rakaat ketiga (terakhir), baca ‘Surah Mu’awwizat’ iaitu:
  • Al-Ikhlas, 
  • Al-Falaq dan 
  • An-Naas.

Wirid dan Doa Selepas Solat Sunat Witir.

1) Mula-mula selepas selesai solat witir disunatkan baca zikir ini 3 kali. Tinggikan suara pada bacaan kali ketiga.


“Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam setelah salam dari solat witir berkata: Subhanallah Malikil Qudduus tiga kali dan meninggikan suaranya pada zikir yang ketiga.” (Hadis dari Ubay bin Ka’ab)

2) Kemudian baca kalimah berikut 1 kali :


3) Seterusnya bolehlah baca doa-doa berikut:




Nota: Solat witir boleh juga dilakukan 3 rakaat terus-menerus tanpa tahiyyat awal dan hanya beri salam di akhir rakaat ke 3.

Semoga perkongsian lafaz niat solat sunat tarawih dan solat sunat witir dan cara melakukan solat sunat witir memberi manfaat kepada anda semua.