SOLAT SUNAT TARAWIH & WITIR
SOLAT SUNAT TARAWIH
Hukum Solat Sunat Tarawih
Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan, sama ada secara berseorangan atau berjemaah.Sunat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat solat orang-orang Islam.
Waktu Solat Sunat Tarawih
lalah selepas menunaikan solat fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.
Rakaat Solat Sunat Tarawih
Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat sunat Tarawih sebanyak dua puluh rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar lapan rakaat sahaja.
Lafaz Niat Solat Sunat Tarawih
Ertinya: “Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat sebagai imam/makmum kerana Allah Taala.”
Bilal memberitahu (biasanya selepas rakaat ke 8 solat tarawih) tentang solat sunat Witir yang akan dikerjakan selepas ini dengan menyebut:
SOLAT SUNAT WITIR
Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan solat sunat Witir selepas solat sunat Tarawih sebanyak tiga rakaat sahaja. Sunat Witir ini ditunaikan secara berjemaah. Salam selepas dua rakaat yang pertama, diikuti satu rakaat lagi dan salam.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Akhirilah solat malammu itu dengan Solat Witir.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.)
.
Sekiranya anda rasa tidak akan terbangun untuk mengerjakan solat Tahajjud, bolehlah terus melakukan solat Witir selepas menunaikan solat Isyak.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang berasa dirinya tidak mampu untuk bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada awal malam, tetapi bagi sesiapa yang berasa dirinya mampu dan yakin akan dapat bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada akhir malam, kerana solat pada akhir malam itu akan dihadiri oleh para malaikat dan itulah yang lebih utama.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Termizi dan Ibnu Majah)
.
.
Fadhilat Solat Witir
- Orang yang mengerjakannya akan disaksikan oleh para Malaikat.
- Solat witir lebih utama dari solat-solat sunat Rawatib yang lain.
- Menurut sunnah, akan memperolehi syafaat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam di akhirat kelak.
CARA MENGERJAKAN SOLAT WITIR
1 ) Lafaz Niat Solat Sunat Witir 2 Rakaat
a. Bagi dua rakaat yang pertama:
“U-sol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
Ertinya: “Sahaja aku solat sunat Witir dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.”
2) Selepas membaca Fatihah:
- Raka’at pertama: Surah Al-A’laa
- Raka’at kedua: Surah Al-Kafiruun
3) Setelah selesai memberi salam terus bangun dan berdiri dan tunaikan solat witir 1 rakaat pula.
b. Bagi rakaat yang akhir:
4) Lafaz Niat Solat Sunat Witir 1 Rakaat
“U-sol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tan lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
Ertinya: “Sahaja aku solat sunat Witir satu rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.”
5) Selepas Al-Fatihah pada rakaat ketiga (terakhir), baca ‘Surah Mu’awwizat’ iaitu:
- Al-Ikhlas,
- Al-Falaq dan
- An-Naas.
Wirid dan Doa Selepas Solat Sunat Witir.
1) Mula-mula selepas selesai solat witir disunatkan baca zikir ini 3 kali. Tinggikan suara pada bacaan kali ketiga.
“Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam setelah salam dari solat witir berkata: Subhanallah Malikil Qudduus tiga kali dan meninggikan suaranya pada zikir yang ketiga.” (Hadis dari Ubay bin Ka’ab)
2) Kemudian baca kalimah berikut 1 kali :
3) Seterusnya bolehlah baca doa-doa berikut:
Nota: Solat witir boleh juga dilakukan 3 rakaat terus-menerus tanpa tahiyyat awal dan hanya beri salam di akhir rakaat ke 3.
Semoga perkongsian lafaz niat solat sunat tarawih dan solat sunat witir dan cara melakukan solat sunat witir memberi manfaat kepada anda semua.
Semoga perkongsian lafaz niat solat sunat tarawih dan solat sunat witir dan cara melakukan solat sunat witir memberi manfaat kepada anda semua.
No comments:
Post a Comment