Thursday, 25 July 2013

Keburukan Oven Microwave Pada Kesihatan Anda

Oven microwave atau ketuhar gelombang mikro memang bagus untuk digunakan jika anda ingin membasmi kuman kain untuk mengelap pinggan anda tapi bukan untuk memanaskan atau memasak makanan anda jika anda mementingkan kesihatan elakkan oven microwave.


Oven microwave (ketuhar gelombang mikro) TIDAK sebenarnya mengancam kesihatan anda dengan ganas merosakkan molekul di dalam makanan anda selain, menjadikan sesetengah nutrien lengai, pada tahap terbaik atau paling teruk karsinogenik.

Oven microwave Memberi Ancaman Toksik Kepada Anda dan Keluarga Anda

Oven microwave menjadikan makanan anda panas dengan memanaskan air yang terdapat dalam makanan tersebut hingga menjadi wap. Ini berjaya memanaskan makanan tersebut tetapi ia juga mengubah struktur kimia makanan tersebut.

"Hot spot" dalam makanan yang dipanaskan menggunakan oven microwave adalah cukup panas untuk menyebabkan melecur atau membina "letupan wap". Jangan panaskan susu botol bayi, kerana bayi akan melecur bila minum susu dan ini biasanya berlalu tanpa dikesan.

Oven microwave juga akan menghasilkan toksin karsigenogenik dengan melarutkan plastik (terutamanya BPA yang sangat toksin) atau bekas kertas yang akan masuk ke dalam makanan anda.

Oven microwave memesongkan dan mengubah bentuk molekul makanan atau bahan lain. Satu contoh adalah darah. Darah biasanya dipanaskan (suam) sebelum dimasukkan ke dalam badan penerima. Seorang wanita telah meninggal dunia bila menerima darah yang telah di microwave pada tahun 1991 dan ini telah menyebabkan tindakan undang-undang diambil.

Kebocoran Radiasi Gelombang Mikro

Walaupun ketika oven microwave berfungsi dengan betul, tahap mikro dalam dapur anda mungkin jauh lebih tinggi berbanding mana-mana pemancar telefon bimbit. Ingat juga gelombang mikro akan bergerak melalui dinding jika oven microwave terletak berhampiran atau di dalam dinding.

Periksa kebocoran radiasi dari oven mikrowave anda sekurang-kurangnya setahun sekali dengan menggunakan alat pengesan radiasi yang berharga kira-kira RM60.00

Samada anda ingin menggunakan untuk membasmi kuman span pencuci atau apa saja kegunaan, periksa dengan kerap pintu dan engsel untuk memastikan ia ditutup dengan betul. Jika pintu oven microwave tidak dapat ditutup dengan betul, atau jika ia meleding, bengkok, atau rosak, jangan gunakan ia sama sekali!

Walaupun tiada apa-apa yang tidak kena dengan oven microwave anda, ingat bahawa berdiri 1 kaki darinya semasa ia digunakan/dijalankan boleh mendedahkan anda kepada radiasi sebanyak 400 milliGauss, dan hanya 4 milliGauss boleh menyebabkan leukemia. 

Elakkan anak-anak anda dan anda sendiri terutama jika anda hamil berdiri berhampiran oven mikrowave ketika ia digunakan. 

Mata anda sangat mudah terdedah kepada sinaran gelombang mikro, pendedahan yang kerap boleh menyebabkan katarak. Jauhkan diri anda dari oven mikrowave semasa ia digunakan.

Gelombang Mikro Mengganggu Jantung Anda

Pendedahan hanya kepada 2.4 GHz radiasi, kekuatan yang sama dikeluarkan oleh wifi router dan oven microwave boleh mengganggu jantung pada tahap non-thermal (bukan terma).

Radiasi microwave juga boleh menaikkan tahap gula dalam darah dan menyebabkan satu jenis (type) diabetes.

Nutrien atau khasiat makanan akan dirosakkan jika anda memanaskan atau memasaknya menggunakan oven microwave.


Tuesday, 16 July 2013

7 Tip Makanan Sihat

Makanan adalah salah satu faktor yang boleh menyumbang pada kesihatan badan anda selain dari tidur dan senaman. Jadi jagalah setiap hari dari segi pengambilan makanan.


Makanan anda amat penting diambil perhatian untuk mengelakkan segala kemungkinan yang tidak diingini pada kesihatan anda.

7 Tip Makanan Sihat ialah:
  1. Gunakan extra virgin olive oil. Lebih gelap warnanya lebih bagus untuk kesihatan. Ia lebih tulin dan lebih baik untuk jantung anda berbanding jenis minyak zaitun yang lain.
  2. Ambil lebih sayur-sayuran berdaun hijau. Hanya masak dengan sedikit minyak zaitun, bawang putih dan sedikit garam. anda akan mendapat sayur yang sangat sedap dan berkhasiat. Ia adalah makanan yang boleh mengenyangkan & menyihatkan.
  3. Pilih roti coklat (brown bread). Karbohidrat berproses seperti yang terdapat pada roti putih adalah amat sukar untuk badan menyerap zat makanan darinya, jadi ia hanyalah kalori kosong atau tiada zat/khasiat.
  4. Elakkan makan junk food (snek/jajan) kerana ia tidak langsung menambah tenaga atau berkhasiat. Jika anda teringin makan junk food ambil buah sebagai penggantinya.
  5. Makan snek yang sihat iaitu yang rendah kalori dan lemak, tinggi kandungan serat seperti aprikot kering, kekacang, buah-buahan, baby carrot, tomato ceri dan sebagainya. Sayur-sayuran dan buah-buahan pada amnya rendah kalori dan lemak serta tinggi kandungan seratnya. Buah-buahan mengandungi kandungan serat yang lebih tinggi berbanding sayur-sayuran.
  6. Minum banyak air pada setiap hari. Air boleh mengurangkan sembelit dan membantu dalam proses penghadhaman. Secara amnya pada hari yang panas minum 2.5 hingga 3 liter pada hari yang panas.
  7. Makan perlahan-lahan kerana otak anda akan mengambil masa 20 minit untuk memberitahu yang anda sudah kenyang dengan makanan.

Sunday, 14 July 2013

7 Kebaikan Feather Duster Dari Burung Unta

Feather duster, apa dalam bahasa melayu? Nak kata bulu ayam yang ni diperbuat dari bulu burung unta. Atau mungkin boleh dipanggil alat penyapu habuk atau lebih baik feather duster.



Feather duster atau alat penyapu habuk dari burung unta dibuat dari bulu burung unta yang halus dan lembut. Ia kelihatan mewah dan harganya pula lebih tinggi sedikit dari harga feather duster komersial yang lain. Ia mula dibuat pada tahun 1800an menggunakan bulu burung unta dari Afrika.

7 Kebaikan Feather Duster Bulu Burung Unta ialah:

1) Struktur halus bulu burung unta bersama dengan minyak semula jadi di dalam bulu burung unta ini membantu feather duster ini menarik dan memegang debu, bukannya sekadar menghamburkan semula habuk ke sekeliling rumah anda.

2) Alat penyapu habuk dari bulu burung unta juga mudah untuk dibersihkan

3) Feather duster dari bulu burung unta ini boleh bertahan selama bertahun-tahun walaupun dengan penggunaan yang kerap.

4) Barang-barang kecil. Penyapu habuk bulu burung unta boleh digunakan untuk membersihkan barang-barang perhiasan yang kecil tanpa mengangkatnya satu persatu berbanding jika anda ingin mengelapnya dengan kain lembab  yang sudah tentu akan mengambil masa yang lama.

5) Barang-barang kaca. Alat penyapu habuk bulu burung unta ini sangat lembut, ia akan membuang habuk tanpa mencalarkan kaca tingkap, cermin dan barangan perhiasan kaca di rumah. Feather duster bulu burung unta juga selamat digunakan pada barangan kristal yang halus dan lain-lain objek yang halus dan mudah calar.

6) Alat elektronik. Feather duster dari bulu burung unta juga amat berkesan untuk mengeluarkan habuk dari peralatan elektronik seperti laptop, skrin monitor, tv dan jam.

7) Perabot dan Hiasan. Anda boleh menggunakan feather duster bulu burung unta pada plaster atau patung marmar dan perabot kayu, seperti piano, meja kopi, patung dan hutches cina, tanpa perlu bimbang tentang calar. Untuk rak buku, anda boleh menggunakan bulu burung unta pada sisi, puncak dan rak, dan anda juga boleh gunakannya pada bahagian atas rak buku.

Penggunaan dan Penjagaan Penyapu Habuk Bulu Burung Unta

Alat penyapu habuk bulu burung unta adalah yang terbaik untuk digunakan, ia hanya perlu digerakkan ke kiri dan kanan dengan lembut pada. Tidak perlu menekan atau memberus dengan kuat, lagi pun ini akan membengkokkan bulu tersebut.

Apabila anda telah selesai menggunakannya, bersihkan feather duster dengan membawa ia keluar dan digoncang-goncang sahaja. Untuk pembersihan sekali-sekala yang lebih mendalam, isi sinki dengan air suam dan beberapa titik syampu.

Perlahan-lahan tenggelamkan bulu, kacau mereka di dalam air dan kemudian bilas. Tepuk-tepuk bulu burung unta hingga kering dengan tuala dan kemudian keringkan dengan pergering rambut yang suam (jangan panas) untuk betul-betul mengeringkan alat penyapu habuk bulu burung unta.

Friday, 12 July 2013

Apakah Schistosomiasis dan Cara Mengelakkanya

Schistosomiasis adalah penyakit jangkitan cacing parasit jenis Schistosomatidae dari kawasan tropika. Kira-kira 200 juta orang dari seluruh dunia telah dijangkiti schistosomiasis.


Schistosomiasis boleh menjadi teruk atau kronik. Ramai orang tidak mengalami simptom schistosomiasis kronik atau tanda-tanda ringan dan ada yang tidak mempunyai simptom langsung. Schistosomiasis kronik boleh menghasilkan simptom atau tanda-tanda penyakit berbulan-bulan atau bertahun selepas jangkitan cacing ini.

Diagnosis biasanya dibuat melalui ujian air kencing, tinja (najis) atau melalui ujian darah pesakit. Rawatan boleh dilakukan menggunakan ubat-ubatan yang dipanggil praziquantel. Pada mereka yang baru dijangkiti atau mereka yang tanpa komplikasi, ada yang boleh pulih sepenuhnya selepas rawatan.

Apakah schistosomiasis dan apa yang menyebabkannya?


Schistosomiasis juga dikenali sebagai bilharzia. Schistosomiasisis ialah penyakit tropika yang disebabkan oleh jangkitan parasit cacing dari keluarga Schistosomatidae. Parasit adalah satu haiwan yang hidup di atas atau di dalam haiwan lain dan makan dari perumahnya.

Terdapat 3 spesies cacing utama yang menyebabkan schistosomiasis pada manusia iaitu:

  1. Schistosoma haematobium
  2. Schistosoma mansoni
  3. Schistosoma japonicum

Kitaran hidup cacing schistosomiasis

  1. Telur cacing schistosomiasis keluar bersama najis atau air kencing manusia atau haiwan (beruang, kuda, lembu, burung, gajah dan lain-lain) yang telah dijangkiti. Telur akan masuk ke sistem saliran air tawar jika ia tercemar dengan kumbahan tersebut. 
  2. Sebaik masuk ke dalam air, telur schistosomiasis akan menjangkiti siput yang hidup di dalam air dan mula berkembang menjadi larva dalam siput. Siput yang dikenali 'perumah perantaraan' kerana ia diperlukan cacing untuk melengkapkan kitaran hidupnya.
  3. Larva schistosomiasis yang matang dilepaskan dari siput ke dalam air. 
  4. Larva schistosomiasis boleh berenang di sekitar dan boleh menembusi kulit manusia atau haiwan yang mandi, mengharungi atau berenang di dalam air (air sungai, parit, air banjir dan lain-lain). 
  5. Sebaik sahaja cacing schistosomiasis berjaya menembusi kulit, larva bergerak ke saluran darah di mana ia akan matang menjadi cacing dewasa. 
  6. Cacing schistosomiasis tinggal di saluran darah di usus atau pundi kencing (bergantung kepada spesies). Di sini, cacing jantan dan betina mengawan dan bertelur. 
  7. Telur ini akan keluar dari saluran darah melalui dinding pundi kencing atau usus supaya ia boleh dikeluarkan dalam air kencing atau najis. 
  8. Kitaran hidup cacing schistosomiasis kemudiannya bermula sekali lagi. Cacing boleh hidup dalam badan anda selama 3 hingga 5 tahun untuk bertelur.
Nota: Tidak semua telur dikeluarkan melalui najis atau air kencing, sebahagian darinya tinggal dalam badan dan menghasilkan simptom (gejala) penyakit ini.

Berapa lazimkah schistosomiasis dan siapa yang boleh mendapatnya?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengaggarkan terdapat kira-kira 200 juta orang dijangkiti schistosomiasis di seluruh dunia.

Anda berisiko untuk dijangkiti schistosomiasis jika anda tinggal di dalam atau pergi ke kawasan di mana schistosomiasis berlaku dan anda terkena air tawar yang mengandungi siput yang bertindak sebagai perumah perantaraan. 

Sentuhan air ini boleh berlaku melalui, sebagai contoh, berenang, berperahu, berakit, ski air, mandi, bekerja dengan peralatan pengairan, mengharungi air atau minum dari sungai atau saluran pengairan.

Kanak-kanak dan remaja yang paling kerap dijangkiti. Di sesetengah tempat di dunia yang hampir semua kanak-kanak berumur 10-19 tahun mungkin atau telah dijangkiti schistosomiasis. Jangkitan semula schistosomiasis adalah perkara biasa.

Di manakah schistosomiasis berlaku di dunia?

Tidak semua kawasan di dunia terdapat schistosomiasis. Jika  Anda mempunyai risiko dijangkiti schistosomiasis jika anda pergi atau tinggal di kawasan berikut & bersentuh dengan air yang telah tercemar di kawasan berikut:

  1. Afrika: semua kawasan air tawar di selatan dan sub-Sahara Afrika, termasuk tasik besar dan sungai-sungai serta takungan air lebih kecil air. Jangkitan juga berlaku di Lembah Sungai Nil di Mesir.
  2. Amerika Selatan: termasuk Brazil, Suriname & Venezuela.
  3. Caribbean: Antigua, Republik Dominican, Guadalupe, Martinique, Montserrat, Saint Lucia (risiko rendah).
  4. Timur Tengah: Iran, Iraq, Arab Saudi, Yemen.
  5. Selatan China
  6. Asia Tenggara: Filipina, Republik Demokratik Rakyat Laos, Kemboja, Kawasan Tengah Indonesia, Delta Mekong di Vietnam.
Nota: Air kolam renang yang berklorin dan air laut secara amnya dianggap sebagai selamat dari schistosomiasis .

Apakah tanda-tanda schistosomiasis?

Schistosomiasis boleh menjadi akut atau kronik. Dalam masa beberapa hari setelah dijangkiti, sesetengah orang boleh mendapat ruam kulit atau gatal-gatal. Ini dikenali sebagai 'swimmer's itch'.

Schistosomiasis akut

Ini juga dikenali sebagai Demam Katayama. Akut bermakna 'Permulaan secara tiba-tiba' atau 'tempoh yang singkat". Gejala pertama terjadi beberapa minggu selepas anda bersentuh dengan air yang dijangkiti. 

Tanda-tandanya termasuklah:
  1. Demam.
  2. Sakit kepala.
  3. Keletihan.
  4. Sakit sendi dan otot.
  5. Batuk.
  6. Cirit-birit berdarah.
  7. Kesakitan perut (abdomen).
Nota: Ramai orang yang dijangkiti tidak mengalami gejala schistosomiasis akut, tanda-tanda yang mereka hadapi adalah ringan tiada simptom langsung. Walau bagaimanapun, mereka akan mendapat schistosomiasis kronik.

Schistosomiasis kronik

Schistosomiasis kronik lebih biasa daripada schistosomiasis akut. Kronik bermaksud 'yang berterusan' atau 'sedang berjalan'. Jika anda mempunyai schistosomiasis kronik. Anda akan mula menunjukkan gejala atau tanda-tanda penyakit berbulan-bulan atau tahun selepas anda mula dijangkiti cacing Schistosomiasis. Ia boleh menyebabkan penyakit jangka panjang.


Tanda-tanda bergantung kepada: 
  • spesies schistosoma yang menjangkiti anda ada dan 
  • di mana spesies ini menghasilkan kebanyakan telurnya. 
  • Schistosoma mansoni dan Schistosoma japonicum bertelur di dalam saluran darah di usus. 
  • Schistosoma haematobium bertelur di dalam saluran darah di sekitar pundi kencing. 
Tanda-tanda yang dihasilkan bila sistem imun badan anda bertindak balas terhadap telur cacing yang  dihasilkan, bukan oleh cacing itu sendiri. Tindak balas ini boleh menyebabkan keradangan dan parut tisu pada organ-organ badan.

Jika telur yang dihasilkan terutamanya:
  • dalam saluran darah di usus, gejalanya ialah cirit-birit berdarah dan sakit perut perut (abdomen) iaitu kekejangan perut.
  • Jika telur yang dihasilkan dalam saluran darah di pundi kencing, gejalanya ialah kencing berdarah atau sakit ketika anda membuang air kecil.

Telur Schistosoma  yang belum dikeluarkan melalui najis atau air kencing boleh pergi ke bahagian-bahagian badan yang lain dan menyebabkan gejala. Sebagai contoh, sistem hati, paru-paru, jantung, otak atau saraf anda mungkin akan terjejas.

Gejala bergantung kepada kawasan yang terjejas seperti:

  1. Sesak nafas.
  2. Batuk.
  3. Berdebar-debar.
  4. Sakit dada.
  5. Kegagalan hati.
  6. Sawan.
  7. Kekeliruan.
  8. Lumpuh (jika melibatkan saraf tunjang).
  9. Kanak-kanak yang berulang kali dijangkiti schistosomiasis boleh mendapat anemia, kekurangan zat makanan dan masalah pembelajaran.

5 Ujian untuk mengesahkan diagnosis schistosomiasis 

Ini termasuklah:
  1. Ujian sampel air kencing dan tinja (najis): Ujian ini untuk melihat telur schistosomal dalam air kencing atau najis dengan menggunakan mikroskop.
  2. Ujian darah: untuk antibodi atau antigen darah yang boleh menunjukkan jika seseorang elah dijangkiti schistosomiasis. Ia mengambil sedikit masa untuk ujian ini menjadi positif kira-kira4-8 minggu. Ujian darah juga boleh menyemak anemia dan untuk melihat jika hati atau buah pinggang anda terjejas.
  3. X-ray dada: kadang-kadang ini boleh menunjukkan jika paru-paru terjejas.
  4. Imbasan: imbasan ultrasound hati atau jantung mungkin berguna untuk menunjukkan jika schistosomiasis telah menjejaskan organ-organ ini. Kadang-kadang imbasan CT atau MRI digunakan, terutamanya jika otak atau saraf tunjang terjejas.
  5. Kolonoskopi atau cystoscopy: kadang-kadang schistosomiasis didiagnosis selepas mengambil sampel di kolonoskopi (dilihat di dalam usus dengan teleskop) atau cystoscopy (dilihat di dalam pundi kencing dengan teleskop).

Apakah rawatan untuk schistosomiasis?

Schistosomiasis biasanya dirawat menggunakan Praziquantel. Tablet  Praziquantel diambil melalui mulut dan biasanya berkesan. Rawatan biasanya hanya 1 dos atau 2 dos yang diambil pada hari yang sama. Steroid juga kadang-kadang diberikan dalam schistosomiasis akut. Komplikasinya juga perlu dirawat. Komplikasinya adalah seperti di bawah.

8 komplikasi schistosomiasis?

Pada sesetengah orang, jika schistosomiasis tidak dirawat, atau jika jangkitan tidak disedari, komplikasi yang berlaku ialah:

  1. Kegagalan buah pinggang yang kronik.
  2. Kerosakan hati yang kronik dan limpa membesar.
  3. Keradangan kolon (usus besar).
  4. Halangan atau sekatan pada buah pinggang dan pundi kencing.
  5. Jangkitan darah yang berulang boleh berlaku, kuman (bakteria) boleh memasuki aliran darah melalui keradangan pada usus.
  6. Kegagalan jantung.
  7. Sawan.
  8. Kanser pundi kencing (risiko kanser pundi kencing meningkat sedikit jika schistosomiasis menjejaskan pundi kencing anda).

Apakah pandangan (prognosis) untuk schistosomiasis?

Hampir semua orang yang menerima rawatan untuk schistosomiasis akan beransur pulih. Ini berlaku untuk mereka yang tidak lagi dijangkiti untuk jangka masa panjang, atau untuk mereka tanpa komplikasi.

Malah jika seseorang telah mempunyai komplikasi seperti kerosakan hati, kadang-kadang boleh baik selepas rawatan. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah orang, komplikasi tidak boleh dipulihkan lagi dan boleh mengakibatkan penyakit kronik dan kadang-kadang kematian. Jika seseorang itu juga dijangkiti dengan malaria, HIV, atau hepatitis, akibatnya menjadi lebih buruk.

Bolehkah schistosomiasis dicegah?

Untuk mencegahnya orang yang tinggal atau melancong ke kawasan yang terjejas oleh schistosomiasis perlu mengelakkan pendedahan kepada air tawar yang mungkin telah tercemar.
Langkah-langkah pencegahan termasuklah:

  1. Elakkan berenang atau mengharungi air tawar (sungai, kolam, saliran air dan lain-lain).
  2. Pastikan anda hanya minum air minum air botol (memastikan bahawa botol tersebut dimeterai sebelum andabuka), penapisan air atau mendidih selama sekurang-kurangnya satu minit.
  3. Mandi dalam air yang selamat. Air mandi harus dipanaskan selama lima minit pada 150 ° F (kira-kira 66 ° C). Air disimpan di dalam tangki penyimpanan untuk sekurang-kurangnya 48 jam patut selamat untuk mandi.
  4. Pelbagai langkah sedang diambil untuk membantu mengurangkan jangkitan schistosomiasis di negara-negara yang terjejas seperti:
  • Kebersihan yang lebih baik untuk mengurangkan pencemaran kumbahan dengan saliran air tawar.
  • Langkah-langkah untuk membantu mengurangkan hubungan pekerjaan dan rekreasi dengan air yang tercemar.
  • Rawatan air untuk membantu mengurangkan bilangan 'perumah perantaraan' iaitu siput.
  • Rawatan penduduk di kawasan yang terjejas dengan ubat-ubatan untuk 'menghapuskan' jangkitan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah melancarkan strategi yang menggunakan ubat-ubatan di beberapa buah negara untuk membantu mengawal schistosomiasis.