Oven microwave (ketuhar gelombang mikro) TIDAK sebenarnya mengancam kesihatan anda dengan ganas merosakkan molekul di dalam makanan anda selain, menjadikan sesetengah nutrien lengai, pada tahap terbaik atau paling teruk karsinogenik.
Oven microwave Memberi Ancaman Toksik Kepada Anda dan Keluarga Anda
Oven microwave menjadikan makanan anda panas dengan memanaskan air yang terdapat dalam makanan tersebut hingga menjadi wap. Ini berjaya memanaskan makanan tersebut tetapi ia juga mengubah struktur kimia makanan tersebut.
"Hot spot" dalam makanan yang dipanaskan menggunakan oven microwave adalah cukup panas untuk menyebabkan melecur atau membina "letupan wap". Jangan panaskan susu botol bayi, kerana bayi akan melecur bila minum susu dan ini biasanya berlalu tanpa dikesan.
Oven microwave juga akan menghasilkan toksin karsigenogenik dengan melarutkan plastik (terutamanya BPA yang sangat toksin) atau bekas kertas yang akan masuk ke dalam makanan anda.
Oven microwave memesongkan dan mengubah bentuk molekul makanan atau bahan lain. Satu contoh adalah darah. Darah biasanya dipanaskan (suam) sebelum dimasukkan ke dalam badan penerima. Seorang wanita telah meninggal dunia bila menerima darah yang telah di microwave pada tahun 1991 dan ini telah menyebabkan tindakan undang-undang diambil.
Kebocoran Radiasi Gelombang Mikro
Walaupun ketika oven microwave berfungsi dengan betul, tahap mikro dalam dapur anda mungkin jauh lebih tinggi berbanding mana-mana pemancar telefon bimbit. Ingat juga gelombang mikro akan bergerak melalui dinding jika oven microwave terletak berhampiran atau di dalam dinding.
Periksa kebocoran radiasi dari oven mikrowave anda sekurang-kurangnya setahun sekali dengan menggunakan alat pengesan radiasi yang berharga kira-kira RM60.00
Samada anda ingin menggunakan untuk membasmi kuman span pencuci atau apa saja kegunaan, periksa dengan kerap pintu dan engsel untuk memastikan ia ditutup dengan betul. Jika pintu oven microwave tidak dapat ditutup dengan betul, atau jika ia meleding, bengkok, atau rosak, jangan gunakan ia sama sekali!
Walaupun tiada apa-apa yang tidak kena dengan oven microwave anda, ingat bahawa berdiri 1 kaki darinya semasa ia digunakan/dijalankan boleh mendedahkan anda kepada radiasi sebanyak 400 milliGauss, dan hanya 4 milliGauss boleh menyebabkan leukemia.
Elakkan anak-anak anda dan anda sendiri terutama jika anda hamil berdiri berhampiran oven mikrowave ketika ia digunakan.
Mata anda sangat mudah terdedah kepada sinaran gelombang mikro, pendedahan yang kerap boleh menyebabkan katarak. Jauhkan diri anda dari oven mikrowave semasa ia digunakan.
Gelombang Mikro Mengganggu Jantung Anda
Pendedahan hanya kepada 2.4 GHz radiasi, kekuatan yang sama dikeluarkan oleh wifi router dan oven microwave boleh mengganggu jantung pada tahap non-thermal (bukan terma).
Radiasi microwave juga boleh menaikkan tahap gula dalam darah dan menyebabkan satu jenis (type) diabetes.
Nutrien atau khasiat makanan akan dirosakkan jika anda memanaskan atau memasaknya menggunakan oven microwave.
Nasib baiklah dirumah tidak ada ketuhar gelombang.
ReplyDeleteakubiomed: Bagus tu. Saya ingat nak sambung sikit lagi pasal oven microwave ni. Ada lagi yang perlu dinyatakan ;)
DeleteOH MY! memang ada satu kat rumah. ngeri bila baca pendedahan saintifik ni. thank you dear, sangat2 penting info ni :)
ReplyDeletejemput singgah ke blog lya juga ya :)
http://www.nuruldahlya.com/
Info yg berguna. Mcmane pula dgn air fryer & convection oven? Ada kesan radiasi jugak ke.. niat hati guna utk kurangkan makanan berminyak/bergoreng..
ReplyDelete