Feather duster, apa dalam bahasa melayu? Nak kata bulu ayam yang ni diperbuat dari bulu burung unta. Atau mungkin boleh dipanggil alat penyapu habuk atau lebih baik feather duster.
Feather duster atau alat penyapu habuk dari burung unta dibuat dari bulu burung unta yang halus dan lembut. Ia kelihatan mewah dan harganya pula lebih tinggi sedikit dari harga feather duster komersial yang lain. Ia mula dibuat pada tahun 1800an menggunakan bulu burung unta dari Afrika.
7 Kebaikan Feather Duster Bulu Burung Unta ialah:
1) Struktur halus bulu burung unta bersama dengan minyak semula jadi di dalam bulu burung unta ini membantu feather duster ini menarik dan memegang debu, bukannya sekadar menghamburkan semula habuk ke sekeliling rumah anda.
2) Alat penyapu habuk dari bulu burung unta juga mudah untuk dibersihkan
3) Feather duster dari bulu burung unta ini boleh bertahan selama bertahun-tahun walaupun dengan penggunaan yang kerap.
4) Barang-barang kecil. Penyapu habuk bulu burung unta boleh digunakan untuk membersihkan barang-barang perhiasan yang kecil tanpa mengangkatnya satu persatu berbanding jika anda ingin mengelapnya dengan kain lembab yang sudah tentu akan mengambil masa yang lama.
5) Barang-barang kaca. Alat penyapu habuk bulu burung unta ini sangat lembut, ia akan membuang habuk tanpa mencalarkan kaca tingkap, cermin dan barangan perhiasan kaca di rumah. Feather duster bulu burung unta juga selamat digunakan pada barangan kristal yang halus dan lain-lain objek yang halus dan mudah calar.
6) Alat elektronik. Feather duster dari bulu burung unta juga amat berkesan untuk mengeluarkan habuk dari peralatan elektronik seperti laptop, skrin monitor, tv dan jam.
7) Perabot dan Hiasan. Anda boleh menggunakan feather duster bulu burung unta pada plaster atau patung marmar dan perabot kayu, seperti piano, meja kopi, patung dan hutches cina, tanpa perlu bimbang tentang calar. Untuk rak buku, anda boleh menggunakan bulu burung unta pada sisi, puncak dan rak, dan anda juga boleh gunakannya pada bahagian atas rak buku.
Penggunaan dan Penjagaan Penyapu Habuk Bulu Burung Unta
Alat penyapu habuk bulu burung unta adalah yang terbaik untuk digunakan, ia hanya perlu digerakkan ke kiri dan kanan dengan lembut pada. Tidak perlu menekan atau memberus dengan kuat, lagi pun ini akan membengkokkan bulu tersebut.
Apabila anda telah selesai menggunakannya, bersihkan feather duster dengan membawa ia keluar dan digoncang-goncang sahaja. Untuk pembersihan sekali-sekala yang lebih mendalam, isi sinki dengan air suam dan beberapa titik syampu.
Perlahan-lahan tenggelamkan bulu, kacau mereka di dalam air dan kemudian bilas. Tepuk-tepuk bulu burung unta hingga kering dengan tuala dan kemudian keringkan dengan pergering rambut yang suam (jangan panas) untuk betul-betul mengeringkan alat penyapu habuk bulu burung unta.
Rasanya dipasaran sudah hendak cari.
ReplyDeleteakubiomed: Ya, mungkin kerana harganya yang agak mahal tu menyebabkan kurang sambutan berbanding dengan feather duster yang lain ;)
Delete