Sunday, 25 March 2012

Michael Schumacher Posisi ke-3 di Grid Formula 1 Sepang 2012

Gambar dari: http://sports.mylaunchpad.com.my/
Michael Schumacher pertama kali mendapat posisi ke-3 di grid pada Formula 1 pada perlumbaan yang akan diadakan hari ini. Ini adalah kali pertama Michael Schumacher, juara dunia 7 kali, medapat tempat ke-3 sejak beliau kembali semula ke Formula 1 pada tahun 2010. Posisi pol Louis Hamilton dan ke-2 Jenson Button.

Pukul 12 tengahari ini akan di adakan sessi autograf dan racing pada jam 4 petang nanti. Jom kita ke Litar Sepang.......

Friday, 23 March 2012

A1 Sauce Recipe

Picture from http://www.a1sauce.com/recipes.htm
Ingredients

1/2 Cup orange juice shopping list
1/2 Cup raisins
1/4 Cup soy sauce
1/4 Cup white vinegar
2 Tbsp Dijon mustard (boleh guna mustard lain kalau tak nak dijon)
1 Tbsp Fresh or Bottled Grated orange peel
2 Tbsp Heinz ketchup
2 Tbsp Heinz Chili Sauce
How to make it

1. Bring to a boil for 2 minutes stirring.
2. Remove from heat. Allow to cool to lukewarm.
3. Put mixture in a blender till it is pureed. Pour in bottle.
4. Cap tightly and refrigerate to use within 90 days.

A1 sauce boleh dibeli siap dalam botol tapi boleh juga dibuat sendiri. Sedap dimakan bersama stik. A1 sauce ni menjadi kegemaran salah seorang kawan saya bila dia makan stik ;).

Recipe from: http://www.grouprecipes.com/64721/yummy-copycat-a1-sauce.html

Tuesday, 13 March 2012

6 Tip Untuk Mengemaskan Pejabat Anda

Pejabat yang kemas dapat meningkatkan prestasi anda.
Pejabat terutamanya di rumah kadang-kadang tu penuh dengan kertas dan lain-lain barang yang kita nak guna sampai bersepah jadinya. Cubalah cara-cara berikut untuk mengemaskan pejabat anda.
  1. Asingkan. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah kemaskan kertas-kertas dalam pejabat anda. Sebarang kertas yang telah melebihi umur 1 tahun perlu diasingkan dan simpan dalam kotak dan dilabelkan untuk disimpan atau buang sahaja (boleh juga di kitar semula kan?)
  2. Ikut Prioriti. Selepas anda buang atau failkan dokumen yang tidak berkenaan, semak balik kertas-kertas yang tinggal dan susun di atas file tray (jika belum ada beli dari kedai alat tulis yang berdekatan) mengikut yang paling penting hinggalah kepada yang kurang penting. Untuk mengelakkan ia berselerak kembali failkan segala dokumen selepas saja anda menyiapkannya.
  3. Susun Semula Pejabat Anda. Kadang-kadang kerja dipejabat akan menjadi lebih sukar kalau pejabat kita bersepah. Susun pen, pensil dan lain-lain barang yang kita perlu ada berdekatan dengan kita. Alihkan ke tempat lain fail dan lain-lain yang hanya akan menyemakkan pejabat.
  4. Awasi Jadual Anda. Gunakan kalendar meja atau kalendar dalam komputer anda untuk membantu anda organise dan up-to-date. Setkan gol setiap minggu untuk meminimakan penimbunan kertas. Adakan senarai to-do pada setiap hari, berikan sedikit kelonggaran jika ada apa-apa kejadian yang tak terduga yang boleh mengganggu tugas anda.
  5. Kurangkan Barang Peribadi. Barang peribadi memang boleh membuat kita rasa lebih selesa di pejabat, tapi jangan keterlaluan. Beberapa gambar keluarga sudah mencukupi. Semakin sedikit barang peribadi di atas meja anda semakin produktif lah kerja anda.
  6. Buat Spot Check Setiap Bulan. Untuk mengelakkan penimbunan kertas dari berulang, buang barang atau kertas yang tak diperlukan pada setiap bulan. Anda akan kagum dengan produktiviti anda sendiri.
Cubalah kemaskan pejabat anda, pejabat yang kemas akan menaikan produktiviti anda.

Thursday, 8 March 2012

10 Keburukan Akibat Dari Kekurangan Tidur.

Elakkan kekurangan tidur untuk kesihatan anda.
Kekurangan tidur adalah masalah kesihatan yang biasa berlaku kepada pekerja-pekerja shif seperti pemandu lori, bas, kapalterbang, pekerja kilang, pekerja hotel, pekerja berpakaian seragam dan sebagainya. Untuk mendapatkan tidur yang lena cuba elakkan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi.

Tidur selama 8 jam amat disyorkan untuk kesihatan anda.

Menurut kajian, kekurangan tidur boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti:-

  1. Berbanding wanita yang tidur 8 jam sehari, risiko untuk mendapat penyakit jantung meningkat dengan kekurangan tidur. 7 jam tidur risiko meningkat 10%, 6 jam tidur risiko meningkat 20%, 5 jam tidur risiko meningkat 50%.
  2. Jika terlebih tidur contohnya 9 jam risiko juga meningkat sebanyak 38%.
  3. Setiap 1 jam kekurangan tidur setiap malam akan meningkatkan deposit kalsium dalam saluran darah arteri sebanyak 16%.
  4. 27% daripada mereka yang tidur kurang dari 5 jam setiap malam menampilkan plak berlemak  (atherosclerotic plaque) pada jantung.
  5. 11% daripada mereka yang tidur 5 hingga 7 jam setiap malam menunjukkan penyekatan aliran darah.
  6. Hanya 6% daripada mereka yang tidur lebih 7 jam setiap malam mengalami penyekatan aliran darah  (atherosclerosis).
  7. Tidur dalam jangkamasa yang pendek menyebabkan degupan jantung dan tekanan darah pada kadar purata selama 24 jam yang menyebabkan sistem kardiovaskular berfungsi pada tekanan tinggi. Ini akan memberi kesan kepada kesihatan jantung dan otak. Tidur yang mencukupi perlu untuk membenarkan jantung berdegup perlahan dan tekanan darah boleh menurun pada kadar yang sewajarnya untuk jantung manusia berfungsi.
  8. 24% individu yang tidur waktu malam yang kurang dari 5 jam lebih mudah mendapat stress atau tekanan melampau berbanding hanya 12% bagi yang tidur 7 hingga 8 jam.
  9. Semakin singkat waktu tidur seseorang , semakin tinggi risiko untuk mengalami masalah obesiti.
  10. Berjaga pada waktu malam juga akan akan meningkatkan selera makan pada waktu malam dan ini akan mengundang pelbagai masalah kesihatan yang tidak diingini.
Untuk kesihatan anda cubalah elakkan masalah kurang tidur, seboleh-bolehnya carilah masa 8 jam untuk tidur yang sihat.