Showing posts with label Pejabat. Show all posts
Showing posts with label Pejabat. Show all posts

Thursday, 19 January 2017

Doa Untuk Mengelakkan Rumah, Pejabat atau Kedai Dari Diceroboh

Pernah tak dengar pencuri pecah masuk rumah tapi tak boleh keluar, dia nampak laut... , dia nampak air...

Berenang-renang dia kat ruang tamu atau kat atas simen didapur... atau dia duduk termenung atau menangis ditengah-tengah rumah... atau dalam bilik mandi...

Jom kita pakat amalkan tips di bawah ini...
Moga kita sama-sama dirahmati Allah SWT.

👳 DOA dan AMALAN mengelakkan rumah, pejabat atau kedai anda yg ditinggalkan dari dimasuki atau dicerobohi oleh si PENCURI/PEROMPAK atau yg sama waktu dengan JIN/SYAITAN/IBLIS.

🔴 Ketika rumah, pejabat atau kedai anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah, pejabat atau kedai dan bacalah ayat-ayat DOA seperti berikut ::

1⃣ Mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH ~ (1x)
2⃣ Berselawat keatas Nabi SAW ~ (3x)
3⃣ Baca Ayatul Qursi ~ (1x)
4⃣ Baca surah Yasin (ayat ke : 9) ~ (1x)

 وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ

"Wa ja'alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun"

Bermaksud :: "Dan KAMI adakan dihadapan mereka dinding-dinding dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat".

5⃣ Lafazkan "BISMILLAHITAWAKKALTUA'LALLAH" ~ "LA HAULAWALA KHUWATA I'LLA BILLAH 'ILL 'ALIYIL 'AZIIIM" ~ (1x)

Petikan dari kuliah :: Al-Fadhil Ustadz Fadhly Syam

Semoga kita mendapat perlindungan Allah jua.
Aamiiin...

Tuesday, 13 March 2012

6 Tip Untuk Mengemaskan Pejabat Anda

Pejabat yang kemas dapat meningkatkan prestasi anda.
Pejabat terutamanya di rumah kadang-kadang tu penuh dengan kertas dan lain-lain barang yang kita nak guna sampai bersepah jadinya. Cubalah cara-cara berikut untuk mengemaskan pejabat anda.
  1. Asingkan. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah kemaskan kertas-kertas dalam pejabat anda. Sebarang kertas yang telah melebihi umur 1 tahun perlu diasingkan dan simpan dalam kotak dan dilabelkan untuk disimpan atau buang sahaja (boleh juga di kitar semula kan?)
  2. Ikut Prioriti. Selepas anda buang atau failkan dokumen yang tidak berkenaan, semak balik kertas-kertas yang tinggal dan susun di atas file tray (jika belum ada beli dari kedai alat tulis yang berdekatan) mengikut yang paling penting hinggalah kepada yang kurang penting. Untuk mengelakkan ia berselerak kembali failkan segala dokumen selepas saja anda menyiapkannya.
  3. Susun Semula Pejabat Anda. Kadang-kadang kerja dipejabat akan menjadi lebih sukar kalau pejabat kita bersepah. Susun pen, pensil dan lain-lain barang yang kita perlu ada berdekatan dengan kita. Alihkan ke tempat lain fail dan lain-lain yang hanya akan menyemakkan pejabat.
  4. Awasi Jadual Anda. Gunakan kalendar meja atau kalendar dalam komputer anda untuk membantu anda organise dan up-to-date. Setkan gol setiap minggu untuk meminimakan penimbunan kertas. Adakan senarai to-do pada setiap hari, berikan sedikit kelonggaran jika ada apa-apa kejadian yang tak terduga yang boleh mengganggu tugas anda.
  5. Kurangkan Barang Peribadi. Barang peribadi memang boleh membuat kita rasa lebih selesa di pejabat, tapi jangan keterlaluan. Beberapa gambar keluarga sudah mencukupi. Semakin sedikit barang peribadi di atas meja anda semakin produktif lah kerja anda.
  6. Buat Spot Check Setiap Bulan. Untuk mengelakkan penimbunan kertas dari berulang, buang barang atau kertas yang tak diperlukan pada setiap bulan. Anda akan kagum dengan produktiviti anda sendiri.
Cubalah kemaskan pejabat anda, pejabat yang kemas akan menaikan produktiviti anda.