Saturday 12 June 2010

Nak Buat Kek?


Kepada anda yang ingin mencuba membuat Kek Walnut dan Hazelnut yang special ini sila lihat resepi di bawah. Selamat memasak...:-)

Kek Walnut dan Hazelnut

Bahan-bahan:
525 gram mentega
75 gram gula halus
15 biji telur putih
15 biji telur kuning
375 gram gula
412.5 gram tepung
60 gram serbuk penaik
175 gram hazelnut
175 gram walnut

Cara membuatnya:
1. Sukat semua bahan mengikut resipi yang ditetapkan.
2. Masukkan mentega dan gula halus dalam mangkuk penguli dan kacau.
3. Asingkan telur putih daripada telur kuning.
4. Masukkan satu demi satu telur kuning ke dalam mangkuk dan kacau sehingga berbentuk krim.
5. Masukkan tepung dan serbuk penaik, di ikuti dengan campuran hazelnut dan walnut.
6. Pukul telur putih pada bekas berasingan sehingga ringan dan masukkan ke dalam adunan pertama.
7. .Kacau perlahan-lahan bagi megelakkan telur putih melimpah.
8. Tuangkan adunan ke dalam acuan kek berukuran 22cm x 4.5cm tinggi yang telah di alas dengan kertas minyak.
9. Bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah celcius sehingga masak.
10. Sejukkan dan keluarkan dari acuan. Potong kek kepada tiga bahagian dan sapukan krim mentega berperisa hazelnut pada lapisan tengah.

.Resepi disediakan oleh The Pan Pacific Glenmarie

No comments:

Post a Comment