Saturday, 26 June 2010
Lawatan ke Sarawak
Desa Budaya sebuah "muzium hidup" terletak di Santubong, 45 minit dari Kuching dengan kereta. Terdapat rumah dari pelbagai kumpulan etnik yang tinggal di negeri ini seperti Melayu, Cina, Iban, Orang Ulu, Bidayuh, Melanau dan Penan.
Sebahagian dari rumah ini masih memaparkan tengkorak musuh mereka. Api kecil dinyalakan di bawah tengkorak untuk mencegah korban jiwa dari menghantui mereka.
Di Rumah Panjang, ada persembahan kebudayaan yang diadakan dua kali setiap hari pada jam 11:00 dan 14:00 di mana penari disertai dengan lagu dari hutan hujan. Sungguh mempersona.
Seorang perempuan tua kelihatan menggunakan peralatan tradisional untuk membuat tenunan kain.
Tempat lain yang harus dilawati di Sarawak adalah Sanktuari Orang Utan Semenggoh, kira-kira 25km dari Kuching.
Terdapat sebuah muzium mini yang mengandungi boneka binatang dan haiwan yang diawetkan seperti embrio siamang dan anak kucing yang baru lahir.
Ladang Buaya Jong, terletak di sebuah kawasan paya yang merupakan habitat semulajadi buaya kira-kira 30km dari Kuching. Terdapat sebuah ruang pameran dengan gambar buaya Bujang Senang yang terkenal itu.
Ada juga koleksi burung hidup dan haiwan yang dibenarkan untuk berkeliaran bebas dalam kawasan terhad.
Di sepanjang perjalanan, terdapat pelbagai jenis dan warna kek lapis. Satu rasa yang luar biasa ialah kek lapis keju. Selain dari itu ada mihun belacan dan mee kolok.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment