Monday, 14 March 2016

Berziarah Kerana Allah

Perkongsian ....

GANJARAN BERZIARAH BUKAN KERANA DIJEMPUT

Seorang rakan sekolah dulu yg kini tinggal di Rawang, menziarahi saya kelmarin sekeluarga awal pagi, katanya saja berziarah mencari rakan lama. Kagum saya melihat dia dgn 4 isteri dan 24 orang anak. Tetapi yg lebih mengkagumkan saya ialah usahanya mencari rakan2 lama untuk berziarah. Teringat saya suatu hadis nabi yg saya kongsi disini untuk iktibar.

Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di kampung lain. Maka Allah Taala menghantar malaikat untuk mengintip perjalanannya. Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggui oleh malaikat itu, malaikat itu bertanya; Ke mana kamu ingin pergi? Dia berkata: Aku ingin pergi bertemu saudaraku di kampung ini. Malaikat bertanya; Adakah bagi kamu ada apa-apa tujuan daripada nikmat yang akan kamu perolehi darinya? Lelaki itu menjawab: Tidak, melainkan kerana aku menyayanginya kerana Allah Taala. Lalu malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu keranaNya” (HR Muslim)

Berziarah dengan niat ikhlas kerana menyayangi, kerana Allah akan dibalas dengan kasih sayang Allah kepada yg berziarah. Apakah kita tidak mahu disayangi oleh Allah dgn melakukan sedikit perjalanan untuk berziarah. Sedangkan setiap hari kita berulang-alik ke tempat kerja yg mungkin lebih jauh, mungkin seminggu sekali menjelajah ke pusat perniagaan, ke peranginan dll. Saya mengajak anda menambah agenda dlm kalender hidup jika tidak sekali dlm seminggu, mungkin sekali dlm sebulan untuk berziarah kawan rakan, sanak saudara bagi merebut kasih Allah. Carilah rakan yg lama tak ditemui, pupu lamai yg semakin jauh atau jiran yg telah berpindah, orang pernah berjasa kpd kita dsbnya utk diziarahi, selain berziarah ibubapa dan mentua. Lihat pula hadis berikutnya.

Dari Ali r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Apabila seseorang telah menziarahi saudara seislamya, sebenarnya dia telah berjalan-jalan memetik buahan syurga sehinggalah dia duduk. Apabila dia duduk maka rahmat menaunginya. Jika di waktu pagi maka 70, 000 malaikat berselawat (berdoa memohon ampun) untuknya sehingga waktu petang. Jika di waktu petang, maka 70,000 berselawat (berdoa memohon ampun) untuknya sehingga waktu pagi ". (HR Ibnu Majah, Abu Dawud)

Berziarah ibarat memetik buah di syurga, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!!!. Besarnya nilai ziarah. Duduk sebentar ketika berziarah menyebabkan malaikat berselawat dan memohon ampun kepada kita. Ya Allah. Besarnya ganjaran dari ziarah. Marilah kita merebut ganjaran ini dengan meletakkan satu aktiviti dlm hidup kita dengan berziarah. Jangan jumud dgn memahami ziarah tanah haram sahaja yg sangat jauh dan banyak belanjanya. Hadis ini tidak menyebut jarak jauh, tetapi menyebut menziarah saudara seagamanya, maka ziarahkan mereka yg dekat, yg setaman, sekampung, jika tidak yg lebih jauh, walau sekadar bertenggek di kerusi laman, duduk sekejap dipangkin bawah pokok, bersila bersimpuh sekejap di muka pintu, utk mendapat permohonan ampun makaikat. Hentikanlah tabiat berkurung dlm rumah, tabiat duduk sampai berakar depan tv yg tiada faedah bahkan menuai dosa, tetapi ambillah sedikit usaha untuk berkunjung kerana Allah meskipun utk beberapa minit. Tambahkan dlm kelendar agenda hidup untuk berziarah, berkunjung walau tidak sakit atau mati untuk mengharap kasih Allah dan doa malaikat.

Kemajuan hidup telah menelan kebiasaan. berkunjung dlm masyarakat melayu dulu yg jelas menepati sunnah, tetapi hari ini kita menunggu ada yg mati, ada yg jemput kenduri baru nak berkunjung. Orang dahulu berkunjung bukan kerana ada majlis, ada jemputan sahaja. Ingatlah jika dijemput baru berkunjung, tidak menyamai kedua hadis ini kerana memenuhi jemputan itu wajib, berbanding kita berziarah sukarela tanpa jemputan, adalah ikhlas kerana berziarah. Jangan makanan saja nak ikut sunnah, acara hidup juga sepatutnya menurut sunnah. Berziarahlah bukan sahaja kerana ada majlis, ada keperluan, ada jemputan. Singgahlah ke rumah kenalan bila berjalan ke suatu tempat, mungkin untuk suatu masa yg singkat.

Bila berdiri di depan Allah kelak, janganlah harap solat, puasa sebagai tukaran syurga, kerana mungkin tidak memada. Nabi sebut kita akan masuk syurga dgn kasih sayang Allah, maka satu cara mendapat kasih Allah adalah berziarah seperti disebut dlm hadis diatas. Dosa yg bertimbun yg kita bawa mungkin tidak dapat dipadam dgn amalan dan mohon ampunan kita, maka moga malaikat dapat membantu dlm memohon ampun bagi kita kerana kita berziarah rakan taulan. Banyakkan dan pelbagaikan amal soleh utk dibawa kedepan Allah, dengan mempelbagaikan amal kebajikan.

Jom lah kita berziarah!Wallahu a'lam.
abdghaniharon

Copy & Paste.
Kongsikan bersama.

No comments:

Post a Comment