Kemalangan di jalan raya adalah satu musibah yang kadang-kala tak dapat dielakkan. |
Firman Allah S.W.T.: “Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis di dalam kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Al-Hadid: 22-23)
Penawar perasaan ketika menghadapi musibah di dalam ayat tersebut ialah:
- Hendaklah selalu memperhatikan Al-Quran dan As-Sunnah.
- Selalu melihat dengan mata hati.
- Selalu memohon kepada Allah dan bertawakkal kepadaNya.
- Selalu mengingati musibah lam dan mengulangi ucapan Istirja’(kembali segala urusan kepada Allah SWT.)
- Hendaklah selalu membezakan dua jenis kenikmatan iaitu di dunia yang sementara dan di akhirat yang kekal abadi.
- Hendaklah selalu menguatkan keyakinan diri.
- Hendaklah menyedari bahawa dunia adalah tempat ujian.
- Mohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan.
- Menyedari hikmah musibah.
- Sentiasa mengubati diri dengan ajaran agama.
- Selalu berzikir kepada Allah.
- Menyedari bahawa keluh-kesah akan menambah musibah.
- Menyedari bahawa Allah tidak mengecewakan HambaNya.
- Mencontohi orang-orang yang bergembira pada waktu menerima musibah.
Dipetik dari: pusrawi.com.my
Minta jauhkan daripada musibah.
ReplyDeleteakubiomed: Amiin.
ReplyDeleteSemua yang berlaku adalah apa yang terbaik bagi kita
ReplyDeleteMoga2 kita sentiasa mendapat keampunan-Nya