Memasak makanan sendiri lebih baik untuk kesihatan daripada membelinya. |
Kesihatan berkait rapat dengan apa yang anda makan. Jika anda tidak terlalu sibuk untuk memasak, lebih baik anda lakukannya kerana:
1. Anda tahu apa yang anda makan.
2. Anda boleh mengawal berapa banyak yang anda makan.
3. Anda dapat meluangkan lebih banyak masa berkualiti dengan orang yang anda sayangi.
Tip Memasak Untuk Kesihatan Anda
• Ikan yang tulangnya boleh dimakan, soya dan sayur-sayuran berdaun hijau adalah sumber kalsium yang sihat, apabila ditambah dengan Vitamin D ia boleh meningkatkan penyerapan kalsium.
• Trim kulit dan daging luar yang berlemak. Stim, membakar, memanggang atau merebus adalah lebih baik untuk kesihatan daripada menggoreng. Kurangkan penggunaan lemak seperti mentega dan pilih versi rendah lemak atau tanpa lemak.
• Makan sekurang-kurangnya 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Ia sarat dengan serat, vitamin dan antioksidan yang bagus untuk kesihatan anda. Ia juga rendah kalori dan mengenyangkan.
• Ia adalah satu mitos kesihatan bahawa kanji adalah menggemukkan dan bahawa kita harus menghadkan pengambilan kanji apabila cuba untuk menurunkan berat badan. Malah, banyak makanan seperti roti, nasi, pasta, mi, bijirin, dan kacang mengandungi kanji yang tinggi tetapi rendah lemak dan kalori.
Jadi apa kata anda belajar memasak demi kesihatan?
Nak masak apa pun tak tahu
ReplyDeleteHuhu
tehr: Masak apa pun takper, asalkan berkhasiat ;) Betul ke?
ReplyDeleteSelain boleh jaga kesihatan, ia jugak bileh jaga kesihatan poket kita kan?? Double trible leh bijak di situ.
ReplyDeleteDgn memasak hidangan makanan kita sendiri, mmg x dpt dinafikan kita boleh kawal apa yg ingin kita makan.
Assalam..
ReplyDeleteMasak sendiri adalah pilihan terbaik tapi sekali sekala tak salah makan kat luar terutamanya time gaji..hehe...
Tak minat memasak. Lelaki tak pe kan tak belajar memasak ;p
ReplyDeleteKalau masak untuk makan seorang rasanya tidak berbaloi kos pembelian mahal lebih besar berbanding beli lauk yang sudah siap.
ReplyDelete