Saturday, 10 July 2010

Terapi Ulat Lalat

Terapi Ulat Lalat (Maggot Debritment Theraphy) digunakan untuk menyembuhkan luka yang susah sembuh hinggga menjadi chronic ulcer dengan nanah dan kudis yang berleluasa.

Ianya lebih berkesan dan harganya lebih murah berbanding dengan perubatan biasa (conventional).

Kaedah ini boleh digunakan untuk mengubati luka-luka teruk yang diakibatkan oleh kemalangan, kebakaran, pressure ulcers (penyakit yang bernanah/berkudis disebabkan terlalu lama baring/duduk di bahagian badan yang sama), penyakit kencing manis (diabetes) dan lain-lain.

Biasanya orang yang mengidap penyakit kencing manis akan dipotong anggota badannya terutamanya jari kaki atau lebih teruk lagi ada yang dinasihatkan doktor supaya dipotong hingga ke paras lutut.

Apa kata anda cuba terapi ini untuk mengelakkan kehilangan anggota badan yang amat berharga itu? Ulat lalat (maggot) yang telah disteril akan diletakkan di bahagian yang sakit tu dan dibalut. Sudah tentu ulat tersebut tidak akan dibiarkan merayap ke lain-lain anggota badan anda.

Selepas kira-kira 2 hari ulat itu akan dikeluarkan dan langkah ini akan diulang jika perlu sehingga luka tersebut sembuh.

Salah sebuah klinik yang mengamalkan perawatan ulat lalat ini terdapat di Gombak, Selangor, Malaysia.

No comments:

Post a Comment