Thursday 12 January 2017

Cara Delete Fungsi Pay Wave Pada Kad Debit Anda

Tahukah anda, Kad debit ATM yang baru dikemaskini mempunyai ciri Pay Wave?

Dengan ciri PAY WAVE, sesiapa sahaja boleh menggunakan kad anda untuk membuat pembelian di bawah RM250 dengan hanya mengimbas pada mesin di Terminal Juruwang dengan tidak memerlukan nombor PIN. Hanya pembelian melebihi RM 250 memerlukan PIN.

Jadi jika kad ATM anda jatuh ke tangan orang yang salah seperti peragut dan lain-lain, mereka boleh menggunakan kad ATM anda untuk membeli barang-barang bawah RM250.

Berikut adalah cara untuk mengatasi risiko tersebut,
(Ini adalah untuk Maybank. Bank-bank lain juga mungkin mempunyai arahan yang sama.)

Masukkan Kad Debit anda di mesen ATM dan memasukkan PIN anda (prosedur biasa).

Pergi ke "Lain-lain Transaksi"
Klik pada "Tukar Limit"
Pergi ke "Had Pembelian"
Pilih "Tidak Membeli."
Masukkan nombor kad pengenalan anda dan mengesahkannya.
Anda akan diminta untuk mengesahkan bahawa anda telah memilih "Tidak Membeli."
Sahkan dan anda telah selesai proses ini...

Simple tapi mungkin ramai yang tak tahu 😊selamat mencuba

No comments:

Post a Comment