Friday, 4 August 2017

Niat Ketika Baca Quran

Niat Baca Al-Quran

*كثير من إخواننا المسلمين لا يقرأ القرءان إلا بقصد الثواب والأجر وقصر علمه عن عظيم نفع القرءان وأنه كلما قرأ القرءان بنية نال فضلها كما قال النبي ﷺ إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل أمريء ما نوى..الحديث.*
Ramai drp kalangan saudara muslim kita ketika membaca alQuran berniat semata² untuk pahala dan masing kurang mengetahui tentang kelebihan besar alQuran, iaitu seseorang akan mendapat apa shja yang dia niatkan ketika dia membaca alQuran. Ini sebagaimana yang diberitahu oleh Saidina Rasulullah SAW : Sesungguhnya setiap amal yang dilakukan itu diukur atas niatnya dan seseorang akan mendapat (hasil amalnya) apa yang dia niatkan

*فالقرءان منهج حياة والنية تجارة العلماء فمن هذا المبدأ والمنطلق أردت أن أذكر نفسي وإخواني ببعض النوايا عند القراءة ومنها:*

AlQuran itu adalah panduan cara hidup, manakala niat itu pula adalah perniagaan para ulama utk mendapat keuntungan.

Daripada dua prinsip ini, saya ingin mengingatkan diri saya dan saudara sekalian dengan sebahagian daripada niat-niat ketika membaca alQuran, antaranya :

*1- اقرأ القرآن لأجل العلم والعمل به.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan belajar dan beramal dengannya

*2- اقرأ القرآن بقصد الهداية من الله.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan memohon hidayah daripada Allah SWT

*3- اقرأ القرآن بقصد مناجاة الله تعالى.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk bermunajat kepada Allah.

*4- اقرأ القرآن بقصد الإستشفاء به من الأمراض الظاهرة والباطنة.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan menyembuhkan penyakit zahir dan batin.

*5- اقرأ القرآن بقصد أن يخرجنى الله من الظلمات إلي النور.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan meminta kepada Allah SWT untuk mengeluarkan saya drp kegelapan (maksiat) kepada cahaya (iman)

*6- اقرأ القرآن لأنه علاج لقسوة القلب فيه طمأنينة القلب وحياة القلب وعمارة القلب.*
Saya niat baca alQuran ini kerana ia merupakan rawatan bagi hati yang keras, dengan alQuran ini hati menjadi tenang, hidup dan ma'mur (dengan iman)

*7- اقرأ القرآن بقصد أن القرآن مأدبة الله تعالى.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan (untuk menikmati) jamuan/hidangan dari Allah Taala.

*8- اقرأ القرآن حتى لا أكتب من الغافلين وأكون من الذاكرين.*
Saya niat baca alQuran ini supaya saya tidak ditulis termasuk daripada kalangan orang yang lalai; bahkan saya ingin ditulis daripada kalangan orang yang mengingati Allah.

*9- اقرأ القرآن بقصد زيادة اليقين والإيمان بالله.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk menambahkan keyakinan dan keimanan kepada Allah

*10- اقرأ القرآن بقصد الإمتثال لأمر الله تعالي بالترتيل.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan mentaati perintah Allah SWT yang menyuruh untuk membaca alQuran dengan tartil.

*11- اقرأ القرآن للثواب حتى يكون لى بكل حرف 10 حسنات والله يضاعف لمن يشاء.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan mendapat pahala sehingga dituliskan 10 ganjaran kebaikan bagi saya atas setiap satu huruf yang saya baca, sesungguhnya Allah melipatgandakan ganjaran bagi orang yang Dia mahu.

*12- اقرأ القرآن حتى أن أنال شفاعة القرآن الكريم يوم القيامة.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk mendapat syafaat alQuran pada hari kiamat kelak

*13- اقرأ القرآن بقصد إتباع وصية النبى ﷺ.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan mengikuti wasiat Nabi SAW

*14- اقرأ القرآن حتى يرفعنى الله به ويرفع به الأمة.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan semoga Allah SWT mengangkat darjat saya dengan alQuran dan mengangkat darjat umat ini dengan alQuran

*15- اقرأ القرآن حتى أرتقي في درجات الجنة وألبس تاج الوقار ويكسي والداى بحلتين لا يقوم لهما الدنيا.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk dinaikkan kedudukan saya di syurga dan dapat dipakaikan mahkota kemuliaan, dan juga utk ibubapa saya juga semoga dipakaikan dengan perhiasan yang tidak diberikan ketika di dunia

*16- اقرأ القرآن بقصد التقرب إلي الله بكلامه.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk dekatkan diri kepada Allah SWT melalui kalamNya

*17- اقرأ القرآن حتى أكون من أهل الله وخاصته.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar dimasukkan daripada kalangan ahlillah dan daripada kalangan orang-orang yg khusus

*18- اقرأ القرآن بقصد أن الماهر بالقرآن مع السفرة الكرام البررة.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan (agar digolongkan dari kalangan) orang yang mahir membaca Quran akan bersama para Malaikat yang mulia lagi taat

*19- اقرأ القرآن بقصد النجاة من النار ومن عذاب الله*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar diselamatkan daripada neraka dan azab Allah

*20- اقرأ القرآن حتى أكون في معية الله تعالي.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar hati saya dapat merasai kebersamaan Allah SWT

*21- اقرأ القرآن حتى لا أرد إل أرذل العمر.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar tidak menghinakan/mensia-siakan umur

*22- اقرأ القرآن حتى يكون حجة لى لا علىّ.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar ia menjadi saksi baik bagi saya dan tidak pula menjadi saksi buruk ke atas saya.

*23- اقرأ القرآن بقصد أن النظر في المصحف عبادة.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk melihat kepada mushaf yang mana perbuatan itu adalah satu ibadah.

*24- اقرأ القرآن حتى تنزل علىّ السكينة وتغشانى الرحمة ويذكرنى الله فيمن عنده.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar diturunkan sakinah ke atas saya, dan diliputi rahmat buat diri saya, dan disebut nama saya oleh Allah SWT kepada makhluk di sisiNya.

*25- اقرأ القرآن بقصد الحصول على الخيرية والفضل عند الله.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan mendapat kebaikan dan kelebihan di sisi Allah

*26- اقرأ القرآن حتى يكون ريحي طيب.*
Saya niat baca alQuran agar aroma (bau mulut) saya menjadi harum (dengan lantunan Quran)

*27- اقرأ القرآن حتى لا أضل في الدنيا ولا أشقي في الآخرة.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar saya tidak tersesat di dunia dan tidak ditimpa celaka di akhirat

*28- اقرأ القرآن لأن الله يجلى به الأحزان ويذهب به الهموم والغموم.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar Allah menghindarkan dirinya akan segala kesedihan, serta menghilangkan kerisauan dan kegusaran

*29- اقرأ القرآن ليكون أنيسي في قبري ونور لي علي الصراط وهادياً لي في الدنيا وسائقاً لي إلى الجنة.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar ia menjadi peneman saya di dalam kubur dan cahaya bagi saya ketika melintasi titian Sirath, dan petunjuk saya ketika di dunia, dan pemandu saya untuk ke syurga. 

*30- اقرأ القرآن ليربينى الله ويؤدبنى بالأخلاق التي تحلى بها الرسول ﷺ.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar Allah mentarbiah saya, dan mengajar adab kepada saya dengan akhlak yang dihiaskan akannya kepada Rasulullah SAW

*31- اقرأ القرآن لأشغل نفسي بالحق حتى لا تشغلني بالباطل.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan menyibukkan diri saya dengan al-Haq, sehingga tidak mampu kebatilan yang menyibukkan saya.

*32- اقرأ القرآن لمجاهدة النفس والشيطان والهوى.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk mujahadah melawan nafsu, syaitan dan keinginan kepada selain Allah.

*33- اقرأ القرآن ليجعل الله بينى وبين الكافرين حجاباً مستوراً يوم القيامة.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan memohon agar Allah memisahkan saya dengan para kafirin di akhirat kelak.

*فهيا لنكون من أهل القرآن، وهذه هي التجارة مع الله المضمونة الرابحة والتي يعطى الله عليها من فضله الكريم وعطائه الذي لا ينفد.*

Maka marilah kita menjadi ahlil Quran, yang telah dijamin keuntungannya; yang mana keuntungan itu, Allah SWT kurniakan atas sifat pemurahNya dan sesungguhnya segala pemberianNya itu tidak akan habis.

Thursday, 3 August 2017

Apa itu DIALISIS?

Apa itu DIALISIS?

Dialisis adalah sejenis rawatan yang berfungsi untuk menjalankan kerja yang dilakukan oleh buah pinggang anda,iaitu mengekalkan imbangan homeostatik cecair badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolit (seperti urea) dan galian dari darah dan menyingkirkannya bersama air sebagai kencing. Rawatan ini diperlukan apabila buah pinggang anda tidak lagi boleh menjalankan fungsi tersebut atau disebut kegagalan buah pinggang.

KEBAIKAN GUM ARABIC

➡ KEBAIKAN GUM ARABIC ⬅

Gum Arabic Terdapat Dalam Al-Quran?

Terdapat dakwaan sebahagian pendapat, Getah Arab yang disebut sebagai al-Manna ini dipercayai merujuk kepada surah al-Baqarah, ayat 57. Terdapat perkataan al-Manna yang menjadi simbol kepada penemuan kaedah penjagaan kesihatan dan dijadikan sebagai makanan tambahan supplement yang berkesan.

Maksud ayat tersebut: “Dan Kami naungi kalian dengan awan dan Kami turunkan kepada kalian manna dan salwa. Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepada kalian. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami, tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri”.


 KEBAIKAN GUM ARABIC

🌳 Sakit Buah Pinggang (sudah menjalani dialisis atau belum menjalani dialisis).
🌳 Sakit bengkak buah pinggang.
🌳 Kencing kotor.
🌳 Buasir, Cirit-birit.
🌳 Kolestrol tinggi, Sembelit.
🌳 Diabetes, Gout.
🌳 Berdiet kerana ia tinggi dengan kandungan fiber.
🌳 Batu karang, Lumpuh atau stroke.
🌳 Menguatkan Antibodi melawan pelbagai penyakit.
🌳 Tekanan darah tinggi, Kanser prostat.


☎ 011-1062 2769
.
www.wasap.my/601110622769/ArabicGum

Wednesday, 2 August 2017

Jangan Jadi Hamba Anak

*DIDIK ANAK MENJADI HAMBA AGAR IBUBAPA TDAK MELAHIRKAN TUAN*"

Acap kali kita terlihat. Si ibu bersusah payah mengemas rumah, mengemas bilik, menyapu sampah, mengemop lantai, membasuh baju, memasak, basuh pinggan dan pelbagai lagi

+ *Sedangkan si anak dara bersenang lenang di depan tv, menghadap laptop, dan bermain smartphone*

+  *Bila disuruh tolong merungut, tak reti, malas dan ada yang buat cincai2 sebab terpaksa*. 😭

+  *Tak kurang juga anak lelakinya,mana mahu nak buat kerja2 perempuan*.

Budaya *anak menjadi RAJA semakin berleluasa sekarang.*

Sebab apa?. Sebab mereka tidak dididik menjadi "hamba" sedari kecil

+ Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka

+ Mereka tidak diajar untuk memamahami bagaimana keadaannya bila ditempat ibu bapa mereka

Alasannya?

+ "Kesian anak tu kecik lagi.."
+ "Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?"
+ "Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je.."

Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk *menjadi "hamba" anak sampai ke tua.*

+ Dah kahwin beranak pinak pun bila balik kampung masih nak *menyusahkan mak pak.* Ini terjadi dalam dunia masa kini.

+ Baju laki bini anak beranak mak basuh
+ Makan laki bini anak beranak mak masak

Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja sedari kecil, mereka akan kekok untuk melakukannya bila menginjak dewasa

+ Mereka akan buat secara terpaksa

+ Mereka akan buat hanya bila disuruh kerana tiada kesedaran dalam diri mereka

Dan yang akan menjadi hambanya ialah mak pak mereka.

+ *Sementara si anak sedap menggoyang kaki*

Jadinya. Sedari umur anak 2 tahun, pupuklah mereka perlahan-lahan sesuai dengan usianya.

Bila besar mereka akan mampu berdikari

+ *Usah terlalu kasihankan anak*
+ *Jangan terlalu memanjakan anak*

+ Ajar mereka erti susah payah sejak kecil
+ Ajar mereka tentang kerja rumah
+ Ajar mereka erti kehidupan
+ Pupuk kesedaran dalam diri mereka

+ *Yang perempuan didik mereka kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah. Didik mereka tentang pentingnya kebersihan*

+ *Yang lelaki, ajar mereka buat kerja seperti mencuci kereta, mengangkat barang. Ajar mereka kerja-kerja perempuan, tak salah itu. Malah lebih baik*

Biarkan orang nak kata kita buat anak macam orang gaji atau hamba

Abaikan mulut-mulut puaka mereka-mereka yang hanya tahu mengata sedangkan mereka tidak berada di tempat kita

Sementara anak masih kecil, didiklah anak menjadi HAMBA. Agar besar nanti dia tidak menjadi RAJA

*"Ramai Sebar, Ramai Dapat Manfaat"*

Saturday, 29 July 2017

Apa itu Sakit?

*APA ITU SAKIT?*

✅~ Sakit itu "Zikrullah". Mereka yang menderitanya akan lebih sering menyebut Asma Allah dibandingkan ketika dalam sihatnya.

✅~ Sakit itu "Istighfar". Dosa-dosa akan mudah teringat, jika datang sakit. Sehingga lisan terbimbing untuk memohon ampun.

✅~ Sakit itu "Tauhid". Bukankah saat sedang hebat rasa sakit, kalimat thoyyibah yg akan terus digetarkan.

✅~ Sakit itu "Muhasabah". Kita lagi sakit akan punya lebih banyak waktu untuk merenungi diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal kembali.

✅~ Sakit itu "Jihad". Kita ketika sakit tak boleh menyerah kalah, diwajibkan terus berikhtiar, berjuang demi kesembuhan.

✅~ Bahkan sakit itu "Ilmu". Bukankah ketika sakit, kita akan memeriksa, berkonsultasi dan pada akhirnya merawat diri utk berikutnya ada ilmu untuk tidak mudah kena sakit.

✅~ Sakit itu "Nasihat". Yang sakit mengingatkan si sihat untuk jaga diri. Yang sehat menghibur yang sakit agar mau bersabar. Allah cinta dan sayang keduanya.

✅~ Sakit itu "Silaturrahim". Saat jenguk, bukankah keluarga yang jarang bertemu akhirnya datang melawat, penuh senyum dan rindu mesra? Karena itu pula sakit adalah penyambung ukhuwah.

✅~ Sakit itu "Penggugur Dosa". Barang haram tercelup di tubuh dilarutkan di dunia, Anggota badan yang sakit dibersihkan dan dicuci-Nya.

✅~ Sakit itu "Mustajab Do'a". Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang sakit lalu minta dido'akan oleh yang sakit. Maka jika melawat orang sakit selain mendoakan, mintalah untuk didoakan, kerana doa orang sakit sangat mustajab.

✅~ Sakit itu salah satu keadaan yang "Menyulitkan Syaitan". Diajak maksiat tak mampu-tak mau. Dosa.. lalu malah disesali.. kemudian diampuni.

✅~ Sakit itu membuat "Sedikit tertawa dan banyak menangis". Satu sikap ke-Insaf-an yang disukai Nabi dan para makhluk langit.

✅~ Sakit meningkatkan kualiti "Ibadah". Rukuk-Sujud lebih khusyuk, Tasbih - Istighfar lebih sering, Bermunajat - Do'a jadi lebih lama.

✅~ Sakit itu memperbaiki "Akhlak". Kesombongan terkikis, sifat tamak dipaksa tunduk, peribadi dibiasakan santun, lembut dan Tawadhu'.

✅~ Dan pada akhirnya "SAKIT" membawa kita untuk selalu ingat akan "KEMATIAN"

Semoga yang sedang sakit Allah sembuhkan Aamiin.... YA Robbal Alaamiin.

#AuraFitrah99
#QuranicHealingMalaysia

CARA UNTUK WANITA BERSEDEKAH

CARA WANITA BERSEDEKAH

Bagaimana wanita boleh bersedekah, sedangkan mereka adalah suri rumah dan mereka juga tidak punya gaji atau gaji tidak seberapa untuk disedekahkan?

Apabila seorang wanita mendengar tentang keutamaan sedekah, ada yang merasa sedih dan berandaikan dengan berkata: "Bagaimana, sedang aku tak punya duit?" Walaupun demikian, kita wanita diperintahkan untuk bersedekah.

Rasulullah SAW  bersabda:

"Wahai setiap wanita, bersedekahlah, dan perbanyaklah istighfar, sebab aku melihat perempuanlah yang ramai di dalam  neraka."

Dan sabda beliau itu menambah khuatir dan rasa takut pada diri kita.?

Sebenarnya mudah, sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah Ta'ala begitu luas dan tiada henti.
Dia menjadikan sedekah bukan hanya pada harta sahaja. Namun, setiap pintu kebaikan adalah sedekah.

Berikut contoh-contohnya:

Sedekah itu beraneka ragam:

1. Setiap tasbih dan tahmid adalah sedekah.

2. Setiap takbir dan tahlil adalah sedekah.

3. Amar ma'ruf nahi munkar anda (menganjurkan yang baik dan mencegah yang buruk) adalah sedekah.

4. Bukalah Whatsapp, FB, Instagram dll anda setiap hari, bersedekahlah dengan cara mengirim ucapan-ucapan yang baik kepada semua yang anda kenal, dan setiap kalimat yang baik adalah sedekah.

5. Senyum anda kepada suami dan anak-anak anda, serta kepada sesama kaum muslimat adalah sedekah.

6. Dua rakaat Dhuha menyamai 360 sedekah.

7. Tahanlah diri anda dari keinginan untuk berbuat buruk, itu pun sedekah.

8. Singkirkanlah setiap bentuk gangguan yang dapat mencelakakan orang dijalan, itupun sedekah.

9. Ucapkanlah salam kepada siapa saja yang anda temui, itupun sedekah.

10. Berilah makan kepada jiran atau sesiapa pun dengan makanan yang juga anda dan keluarga anda makan, itupun sedekah.

11. Berilah makan pada kucing, burung atau binatang lainnya atau manusia, itupun sedekah.

12. Muliakanlah tamu di rumah anda yang melebihi 3 hari, itupun sedekah.

13. Berusahalah menolong dan membantu orang lain, samada org Islam ataupun bkn Islam, itupun sedekah.

14. Tuntutlah ilmu agama, ajarkan dan sebarkan, baik dengan cara mendengar, membaca, atau menulis sesuai kemampuan anda, itupun sedekah.

15. Seteguk air yang anda berikan untuk orang yang haus adalah sedekah.

Milik Allah lah segala puji dan kurnia.

Kaedah Penting:

Lakukanlah secara ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan dari siapapun...

Kaum kerabat lebih utama untuk mendapat kebaikan kita (kedua orang tuamu, suami, dan anak-anakmu). Mereka yang paling utama.... yang paling dekat, kemudian yang terdekat.

Perlu diingatkan bahawa;
"Sedekah itu menghapus dosa, sebagaimana air mematikan api".

Sebarkanlah info ini, supaya menjadi sedekah untuk anda, dengan izin Allah.

Aamiin Ya Robbal 'Alamin....  (mengirimkan/menyebarkan artikel ini juga adalah sedekah).

Wallahu a'lam...

-

Thursday, 27 July 2017

Bantu Asnaf Di Masjid

COPY DARI GP SEBELAH.

Pandangan bernas dan ada betul n logiknya utk sebaran Islam :         *Masjid nilai berjuta sedang asnaf di depan mata.*

Bismillahirrahmanirrahim...
Pertama sekali, tulisan aku kali ini tidak ditujukan kepada mana-mana masjid secara khusus. Ini ialah pandangan umum aku sebagai seorang makmum dan manusia.

Sepanjang Ramadhan lepas, aku ziarah lebih 30 keluarga asnaf. Keluarga yang benar-benar hidup dalam kesempitan. Hal ini membuka mata aku untuk menulis dan memberi cadangan. Satu cadangan yang pernah aku utarakan tapi dipandang sepi suatu ketika dulu.

Kali ini, aku menulis lagi. Utarakan semula cadangan dan pandangan aku, moga-moga ada yang mempertimbangkannya.

Masjid kita punya dana. Sesetengahnya punya dana yang sangat besar sehingga lebih 20k sebulan hasil derma orang ramai. Setiap Jumaat, masjid yang besar-besar perolehi jumlah kutipan derma mencecah ribuan ringgit.

Aku cadangkan, sisih 10% sebulan dari derma orang ramai untuk beli makanan asas. Beras, sardin, susu budak, gula dan pampers. Mana-mana penduduk setempat yang kesempitan duit untuk beli makanan asas, boleh ambil di masjid.

Jangan rumitkan prosedur. Jangan tengok gaji dan kerja. Bagi saja. Miskin di bandar ni lain macam dugaannya. Kadang kita tengok orang tu pakai kereta, duduk rumah sewa, kita sangka dia ada duit. Sedangkan beras di dapur telah lama habis. Maka peninglah ketua keluarga memikirkan dengan siapa pula perlu dipinjam. Sedang hutang sudah keliling pinggang.

Orang yang terdesak ni, takkan sesekali tamak. Dia akan ambil cukup-cukup untuk kegunaan keluarganya sahaja. Kalau bulan depan dia 'lega' dia tak berbaris untuk ambil bekalan dari masjid lagi. Percayalah!

Malahan, jika dilaksanakan, perasaan malu pasti menusuk kalbu. Yang jarang-jarang ke masjid, mula mendekati masjid kerana rasa malu itu. *Kan indah cara dakwah macam ni. Bukan dengan sindiran sinis sehingga orang menjauhi masjid.*

Masjid kita, sesetengahnya dana sampai tak tahu nak buat apa. Maka ditukar pagar baru, di'upgrade' tandas-tandas, ditukar karpet baru, di upah penceramah luar yang bayarannya hingga beribu. Sedang asnaf, rumahnya hanya di depan pagar masjid. Telan air liur tengok masjid elok ditukar cat baru. Sedangkan beras secupak di dapur pun hutang dengan kedai runcit.

Tidakkah AJK masjid membuka mata? Perkara ini cukup mudah, tapi memberi manfaat kepada ramai orang.

*Mengapa kita tidak mencontohi gereja? Begitu mudah menyalur bantuan tanpa mengira bangsa dan agama. Hanya tinggalkan nama dan no phone sahaja. Ambillah duit dalam kotak itu berapa yang diperlukan. Tidak ditanya kerja, tidak ditanya mengapa. Esoknya pihak gereja call pula, tanya tentang kehidupan. Masih sempit atau sudah lega. Kalau sempit dijemput ke gereja ambil dana lagi. Mudah kan? Jangan pelik lagi kalau ada yang murtad. Itu salah satu punca.*

Melainkan dana masjid itu cukup-cukup untuk bayar bil api dan air sahaja. Itu lain cerita, ini kisah masjid yang kaya raya.

Sungguh. Aku cukup kecewa. Sangat kecewa sebenarnya melihat masjid yang gah-gah, tapi asnaf di depan mata. Rela membayar upah penceramah ternama sedang ahli kariah kesempitan dalam kehidupan harian.

Mungkin ada ajk masjid dalam friendlist aku. Mohon panjangkan cadangan aku ini. Kalau setiap kampung buat begini, alangkah bagusnya. Si fakir rasa dipeduli, masjid makin didekati.

Sila viralkan hingga sampai ke AJK Masjid/Surau, Pegawai Majlis Agama Negeri dan JAKIM.