Showing posts with label kucing. Show all posts
Showing posts with label kucing. Show all posts

Wednesday, 21 December 2016

Beri Makan Kucing

Jenaka Ustaz Azhar .....
Kadang-kadang Allah hantar seekor kucing untuk menjadi guru dan menguji kita supaya kita muhasabah.
Jika seekor kucing datang meminta makanan, tapi kita halau dia, itu tanda kita kedekut dengan rezki yang Allah beri pada kita. Padahal kucing tu minta sedikit sahaja dari sisa makanan kita. Kita ada duit beribu-ribu, apa ruginya beli sebungkus nasi beri pada kucing. Kadang-kadang kucingbawa lari
seekor ikan kembong yang kita beli di pasar. Anggaplah itu rezeki untuk kucing tu. Tak payahlah kejar kucing tu keliling kampung! Dia bukan ambil semua, seekor saja. Lainlah kalau kucing tu bawa lari peti sejuk, boleh la kejar sebab mahal.Kita cita-cita nak syurga firdaus, tapi kita kedekut pahit.
Muhasabahlah diri kita.Jika nak jadi cepat kaya, murah rezeki,panjang umur, dan terang dalam kubur nanti, selalulah kita beri makan pada binatang. Setiap makanan kita beri makan binatang itu dikira sedekah.
( Ustaz Azhar Idrus)
Rasulullah SAW
bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah
tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."(HR. Al- Bukhari)
ㅤ  ㅤ  ❤ㅤ  ❤    ❤
ㅤ♥    Subhanallah  ♥
♥    Alhamdulillah        ♥
♥     Lailahaillallah.      ♥
ㅤ♥    Allahuakbar   ♥
ㅤ ㅤ  ❤ ㅤ  ❤     ❤
Share msg ini... kalau anda bukan dari golongan yg kedekut ..👍 👍 👍

Friday, 23 May 2014

Apa Perbezaan Pandangan Manusia Berbanding Kucing

Kucing adalah sejenis haiwan peliharaan yang comel dan manja tapi kadang-kadang agak memeningkan juga. Ini mungkin kita tak faham kenapa kelakuan begitu dilakukan oleh kucing.

Kucing mempunyai pandangan yang berbeza berbanding kita. Cuba lihat gambar-gambar di bawah:

Pokok-pokok dalam pasu dari pandangan manusia. Cantik dan kemas.

Pokok-pokok dalam pasu dari pandangan kucing. Tempat buang air.

Lipatan kain dari pandangan manusia. Ok jer.

Lipatan kain dari pandangan kucing. Wah! Tempat tidur yang mewah.


Tempat mandi dari pandangan manusia. Mmm.. Segarnya...


Tempat mandi dari pandangan kucing. Penyiksaan, tolong...


Plastik sampah-sarap dari pandangan manusia. Kotor, kena buang ni.


Plastik sampah-sarap dari pandangan kucing. Wah! Harta karun.. Nak ....!


Kotak kosong dari pandangan manusia. Hmm.. kosong dah.


Kotak kosong dari pandangan kucing. Taman permainan yang hebat. Wow!


Barang-barang permainan bersepah pada pandangan manusia. Semaknya...


Barang-barang permainan bersepah pada pandangan kucing. Tak ada apa pun, bersih jer.

(H/T: sunnyskyz.com)

Anda rasa kenalan anda pun perlu tengok pandangan manusia yang sangat berlainan dari kucing ini? Klik "like & share" di bawah sekarang.






Thursday, 22 May 2014

10 Ekor Kucing Nakal

Kucing adalah sejenis binatang kesayangan yang digemari ramai orang akan tetapi kadang-kadang kucing-kucing ini melakukan perkara yang paling tidak masuk akal yang mungkin tak boleh dibayangkan. Ada kalanya mereka melakukan sesuatu yang sangat nakal sehingga pemiliknya tidak tahan dan ada yang mengambil gambar kucing mereka dan disiarkan di internet.

Berikut lihat 10 gambar kucing yang kelakar gelagatnya dan ada pula yang agak kasar. Jom tengok gambar-gambar kucing ini.





















Anda boleh melihat lebih banyak gambar di sunnyskyz.com
Kongsikan gambar-gambar kucing ini untuk kenalan anda, sudah tentu mereka juga sukakannya. 
Klik butang "like & share" di bawah.