Monday, 11 September 2017

ZIKIR Dan DOA Yang DISUNNAHKAN Pada Hari JUMAAT

ِ
🌿🌾السلام عليكم ورحمة الله وبر كا ته🍃🍂

Selawat dan salam buat Rasulullah SAW...
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Selamat menunaikn  ibadah Fardhu SUBUH ...Sobahul Khayr

17 Zulhijjah 1438H

🍀HADITH:-

Beberapa ZIKIR Dan DOA Yang DISUNNAHKAN Pada Hari JUMAAT:

a. MEMPERBANYAK SELAWAT dan SALAM atas Nabi Shallallahu ‘alaihi wa salam.

Dari Aus bin Aus, dia mengatakan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّ مِنْ أَفْضَلَ أَيَّامِكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ قُبِضَ، وَفِيْهِ النَّفْخَةُ، وَفِيْهِ الصَّعِقَةُ، فَأَكْثِرُوْا عَلَيَّ مِنَ الصَّلاَةِ فِيْهِ، فَإِنَّ صَلاَتَكُمْ مَعْرُوْضَةٌ عَلَيَّ، قَالُوْا: يَا رَسُوْلَ اللهِ، وَكَيْفَ تُعْرِضُ عَلَيْكَ صَلاَتَنَا وَقَدْ أَرَمْتَ؟ فَقَالَ: إِنَّ اللهَ k حَرَّمَ عَلَى اْلأَرْضِ أَنْ تَأْكُلَ أَجْسَادَ اْلأَنْبِيَاءِ.

“Sesungguhnya seutama-utama hari kalian adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan diwafatkan. Pada hari itu pula sangkakala (kedua) ditiup dan manusia dimatikan (tiupan sangkakala pertama.-ed.) pada hari itu perbanyaklah mengucap selawat atasku. Kerana sesungguhnya selawat kalian sampai kepadaku.” Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami sampai kepada engkau, padahal jasad engkau telah rosak?” Beliau bersabda, “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla mengharamkan bumi memakan (merosak) jasad para Nabi.”

Rujukan: Shahih: [Shahiih Sunan Ibni Majah (no. 889)], Sunan Abi Dawud (‘Aunul Ma’buud) (III/370 no. 1034), Sunan Ibni Majah (I/345 no. 1085), dan Sunan an-Nasa-i (III/91).

b. Membaca SURAH AL-KAHFI.

Dari Abu Sa’id al-Khudri Radhiyallahu anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِيْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ النُّوْرُ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْنِ.

“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka terdapat cahaya yang meneranginya di antara dua Jumaat.”

Rujukan: Shahih: [Irwaa’ul Ghaliil (no. 626)], Shahiihul Jaami’ush Shaghiir (no. 6470), Mustadrak al-Hakim (II/368), dan al-Baihaqi (III/249)

c. MEMPERBANYAKKAN DOA sambil mengharap waktu yang mustajab.

Dari Jabir Radhiyallahu anhu, dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda:

يَوْمُ الْجُمُعَةِ اِثْنَتَـا عَشْرَةَ سَاعَةً، لاَ يُوْجَدُ فِيْهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ k شَيْئًا إِلاَّ اَتَاهُ إِيَّاهُ، فَالْتَمِسُوْهَا آخِرَ سَـاعَةٍ بَعْدَ صَلاَةِ الْعَصْرِ.

“Hari jumaat terdiri dari dua belas waktu. Tidak ada seorang hamba muslim pun yang saat itu meminta pada Allah melainkan Allah mengabulkannya. Carilah ia (waktu yang mustajab) di akhir waktu tersebut, iaitu setelah solat ‘Asar.”

Rujukan: Shahih: Abu Dawud, an-Nasa-i, dan al-Hakim meriwayatkan lafazh ini. Dia berkata: “Shahih berdasarkan syarat Muslim [Shahih at-Targhiib (no. 705)], Shahiih Muslim (II/584 no. 853).

Wallahua'lam

Page Jalan-jalan Cari Ilmu.

|| Bercakap Yang Sia-Sia Mengeraskan Hati Kita ||

Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam berkata:

لاَ تُكْثِرُوا الكَلاَمَ بِغَيْرِ ذِكْرِ اللهِ ف… Read more                        

No comments:

Post a Comment