Friday, 11 August 2017

Cara Untuk Mencari Hanfon Yang Hilang

Pos kali ni saja untuk ingatkan kita tentang perkara remeh tapi bila dah berlaku baru menyesal tak buat. Apa patut anda buat jika hilang handset. Buat simulasi ini supaya handset anda mampu dikesan atau mampu untuk musnahkan maklumat penting seperti no account bank, alamat dsbnya dari jarak jauh.

1) Aktifkan account Google dan Account model handset kita (Samsung, Asus dsbnya)

2) Guna khidmat phone anda utk kesan handset anda, jika Samsung layari http://www.samsung.com/global/galaxy/apps/find-my-mobile/

3)Atau guna account Google untuk kesan handset anda https://myaccount.google.com/find-your-phone?pli=1

4) Jika simulasi ini berjaya dimana handset dapat ditrace maka jika berlaku kecurian handset anda dah mampu utk dikesan dan dipadam maklumat penting dari jarak jauh.

Kesilapan yang biasa kita buat adalah bila beli handset kita biarkan penjual handset setkan akaun Google dan Account lain.  Jadi bila nak gunakan khidmat find your phone tak dapat akses sbb tak tahu account.

Masa ni utk betulkan balik kesilapan tu tukar User dan password Account Google dan lain2 account handset supaya selepas ni kita mampu utk guna applikasi find my phone.

No comments:

Post a Comment