Wednesday 20 April 2016

Tidak Boleh Selalu Pandang Belakang

Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.

Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang kita fikirkan dalam otak kita jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.

All The Best Team Magic of the Brain 😘🤗😉😊💥🌟🌹

2 comments:

  1. Kita melihat kebelakang untuk maju ke hadapan kerana banyak pengajaran dan pengalaman disitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak boleh selalu lihat ke belakang. Bukan tak boleh lihat ke belakang ;)

      Delete