Saturday 5 December 2015

Aqidah, Iman dan Maksiat

AQIDAH ialah "pegangan atau tambatan atau ikatan atau kepercayaan" dgn hati kpd Allah dan RasulNya dan segala perkara yg ghaib yg terkandung di dalam RUKUN IMAN yg enam.

IMAN itu ada "rukun" dan rukunnya ada enam perkara. Rukun bererti asas atau intinya. Jadi bila disebut beriman mesti ada 6 rukun nya. Jika TIDAK ADA rukunnya dan pegangan padanya bererti tiadalah IMAN. Sebab itu bila dikatakan beriman bererti seseorg itu mempunyai pegangan atau kepercayaan pada "inti pati" Iman itu. Bila ia ada pegangan atau I'tiqad yg benar ia pasti akan menjadi taat dan tidak DURHAKA dan berbuat MAKSIAT kpd Allah. Punca seseorg itu menjadi pendurhaka spt makan duit rasuah, makan riba, makan suap, makan duit org ramai, makan duit persatuan dsbnya kerana ia TIDAK BERIMAN; maksudnya Iman itu ialah "percaya" & "yaqin" akan adanya "isi2" Iman dan ia tidak percaya adanya azab Allah cthnya sebab itu dia buat jahat; dan munkin juga buat maksiat dulu esok2 bila dah tua bertaubat....kalau sempat!

IMAN & MAKSIAT ini dua benda yg berbeza dan berlawanan. Iman pakaiannya atau sifatnya dari "nur" atau cahaya Allah (nurullah); manakala maksiat ini dari cahaya "zulmah" yakni cahaya kegelapan. Maka barangsiapa yg memakai pakaian Iman ia akan sentiasa berada di sisi Allah kerana itu cahaya Allah yg diredhaiNya dan dimuliai nya dan akan membawa pemakainya ke syurga Allah. 

Sebaliknya bagi yg memakai pakaian kufur dan maksiat ia adalah pakaian "ahli zulmah" yakni AHLI KEGELAPAN kerana walaupun zulmah itu juga cahaya dari Allah tetapi ia jenis cahaya yg "mazmumah" yg akan membawa "pemakainya" ke neraka azab kerana gelap dan HINANYA cahaya itu.

Maka I'tiqad atau pegangan kpd IMAN itu mestilah tepat iaitu 100% dan tidaklah boleh "zan" (banyak percaya sikit x percaya atau syak (50% - 50%) atau waham (sikit percaya banyak tak percaya). Cthnya begini bila kita beriman kpd Allah tak boleh lah kita yaqin 99% percaya adanya Allah dan 1% tak yakin adanya ALLAH dan azab siksanya di akhirat. Maka ini jadi batal aqidah walaupun 1% kerana bila tidak yaqin kpd adanya Allah dan segala isi2nya maka jadi KUFUR lah ia (makna kufur itu kafir).

Mcmana pula dikatakan beriman iaitu apabila ia yaqin adanya siksa kubur, azab neraka, adanya malaikat pencatit amal hingga ia takut berbuat maksiat krn catatan tersebut akan dibuka di akhirat kelak utk ditanya dan hukumannya jika banyak maksiat tmptnya di neraka Allah.

Maka demikianlah ringkasnya persoalan aqidah atau I'tiqad atau pegangan kerana ini perkara GHAIB yg tak nampak sebab itu ia dikatan IMAN; sebab IMAN itu benda GHAIB (tak nampak). Org yg Islam nampak dgn amal solat dan lainya tp org beriman x nampak. Sebaliknya bila seseorg itu BERIMAN pastilah ia org ISLAM. Hari ini org Melayu Islam ramai tp ramai juga yg tak beriman kerana menyembah Tuhan Aqal sebab tu kena hina dgn Allah.

Sepatutnya nak ambik Islam kena sepenuhnya mafhum firman Allah "wahai org beriman masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya (kaffah)....." jadi menjadi org Islam lagi beriman haruslah mengambil Islam sepenuhnya bermula dari Fiqahnya maupun Tauhid (keyakiannya) ataupun Tasaufnya semuanya mesti lengkap; kerana Allah telah mengingati dlm al quran "janganlah kamu MATI selagi kamu belum Islam (mati dlm keadaan Islam yg complete)" sbb kalau mati kufur azabnya selama2nya di neraka dan kekal di dlmnya selama2nya yg tak waktu akhirnya....jadi jangan ANGKUH dan SOMBONG dgn AMARAN ALLAH.  Ini bukan soal main2. Azab neraka tu mcm org yg dibakar hidup2 dgn api, bukan satu hari tp tiap2 hari yg tak henti2 sampai bila2 yg x de kesudahan.

Maka kalau nak selamat segeralah kpd Allah; merendahkan diri, kembali kpd Iman, segera bertaubat dan berbuat baik dan taat kpd perintah Allah....tinggalkan keangkuhan dan kesombongan berlagak dgn harta dunia.....memanglah sukar kerana setan ada disebelah tapi itu bukan alasan. Semangat itu ada pada diri sendiri. Soalnya NAK atau TAK NAK?

Maka Iman dan Islam bergandingan. Org yg menegakkan Islam sepenuhnya pada dirinya dan keluarga serta kehidupannya menunjukkan ia ada Iman. Tak guna jadi org Islam kalau tak beriman. Islam munkin boleh jadi keturunan mak bapanya tapi Iman tidak boleh diwarisi kpd anak cucunya kerana Iman kena cari dan diterima sbb Iman tak dtg sendiri kpd kita!

Org yg kuat Aqidahnya yakni Imannya akan kuat bekerja serta ikhlas kerana mereka yaqin adanya HARI AKHIRAT atau Hari Pembalasan yg tersangatlah DAHSYAT. Lagi kuat imannya lagi kuat usaha dan kerja buatnya kerana memgumpul dan merebut BEKALAN ke akhirat. Malas tak ada dalam KAMUS HIDUPNYA.

Org Melayu yg mengaku Islam tapi tak beriman atau imannya mcm lilin ditiup angin akan:
1. Banyak relax
2. Pemalas
3. Kaki ngelat
4. Sukakan maksiat
5. Banyak angan2 kosong (terutama nak jadi kaya, nak pakai kereta mewah dsbnya)
6. Suka bersembang kosong di café2 (selalunya projek mat jenin).
7. Suka berjaga mlm di kedai kopi tanpa hala dan tuju.
8. Suka berlepak2an.
9. Malas berusaha dan banyak tidur (tambah2 pula bila bini ada kerja).
10. Mengharapkan BRIM (mcm BRIM tu.dah jadi tuhan).
11. Tak berharap pada Allah tuhan yg memberi rezeqi.
12. Malas bekerja tp duit nak.
13. Suka berbelanja tanpa faedah
14. Suka dan kasihkan hypermarket mcm Mydin, TESCO kerana nak layan nafsi nafsi.
15. Tengok mesjid nampam mcm rmh hantu.....takut...
16. Tak suka mengaji ilmu akhirat KONONNYA dah pandai walhal berlagak saja lebih dgn memberi 1001 alasan konon banyak urusan ttp sebenarnya sekadar nak menghalalkan caranya.
17. Tidak kasih kpd Allah buktinya langsung x takut kpd Allah.....kut2 ada niat nak belajar kenal Allah ke memang x de sdgkan tiap2 hari makan rezeqi Allah.....ANGKUH & TAK SEDARKAN DIRI.
18. Tak kasihkan Nabi saw buktinya langsung x peduli nak selawat kat nabi....kut2 nak ikut sunnah nabi pun x de...taat pada Islam yg di bawa Nabi pun ala kadar saja dibuatnya....banyak main2 dan mempermain serta mempersendakan ajaran nabi saw.....INGAT! Di akhirat esok hanya Nabi Muhammad saw shj yg mampu memberi SYAFAAT utk melepaskan dari dilontar masuk ke dalam neraka Allah....di dunia ini boleh lah sombong dan berlagak!

19. Tak solat atau solat x cukup kerana malas dan rasa bangga mempersendakan ajaran Nabi saw. Sdgkan solat itu TIANG AGAMA jadi bila x solat mana ada agama; kalau ada agamapun sekadar namanya shj Islam mcm yg tertulis di dlm IC. Atau dlm hatinya esok2 dah TUA nak mati barulah  qadho solat2nya itu.
20. Suka komen org buat kebajikan dan suka hina org buat baik.................

Demikianlah sebahagian dari tanda2 org tak beriman atau yg ada sedikit iman sebab itulah Melayu hari ni layu x bermaya.....hanya tinggal nama saja Islam tp dah tak beriman. I'tiqad nya pun tah ke mana dan hampir2 tiada pegangan langsung......tapi soal dunia dialah yg terhebat......tanyalah siapa artis terhebat di Malaysia semua tahu....mana hypermarket yg jual murah semua dia tahu.....tapi tanya ttg Tuhan tak tahu nak menjawab..........

Carilah Allah tuhan yg menjadikan mu....."iqra' bismirabbikal lazi kholaq...... " Mafhum firman Allah, "bacalah (belajarlah) dgn nama tuhan mu yg menjadikan kamu...."

Semoga kamu terselamat di dunia dan di akhirat dari azab Allah.

DARI
USTAZ AHMAD TAJUDDIN
FOUNDER OF IMP
HALALAN TOYYIBBAN

#SIDRATULCOPRATION
#SIDRATULEDAR
#HALIB'S
#COCOAGOLD

No comments:

Post a Comment