Tuesday, 21 May 2013

Diet Yang Bermanfaat

Diet yang bermanfaat diperlukan supaya badan anda dapat berfungsi yang terbaik. Untuk mendapatkan tubuh yang sihat sambil memberi rasa kenyang anda perlu mengambil diet yang bermanfaat.


Diet yang bermanfaat boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti:

1) Diet Seimbang
Diet yang paling sesuai untuk badan anda ialah diet atau makanan seimbang. Untuk panduan, anda boleh rujuk kepada piramid makanan. Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanlah pelbagai jenis protin seperti kekacang dan daging.

Elakkan lemak trans dan lemak tepu yang berada di dalam makanan berproses. Ini bukan diet yang drastik tetapi adalah cadangan yang sihat tentang bagaimana untuk mendapat makanan yang seimbang. Ia boleh disesuaikan untuk memenuhi citarasa anda.

2) Diet Berserat Tinggi
Serat adalah kumpulan makanan yang penting yang sangat diperlukan dalam makanan yang anda. Makanan berserat tinggi membantu badan mengeluarkan toksin dari badan anda. Diet berserat tinggi mestilah diambil dari bahan-bahan semula jadi dan bukannya makanan yang diproses.

Ini termasuklah bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan seperti artichoke, buah-buahan sitrus, buah beri, bran gandum, barli, oat dan lain-lain. Gantikan tepung putih dengan tepung gandum penuh.

3) Diet Untuk Menjaga Berat Badan
Bagi anda yang ingin mengurangkan berat badan, anda perlu pelan makanan dan senaman. Anda juga perlu pastikan pengambilan makanan harian anda tidak melebihi bahagian kalori yang digunakan.

Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan, ambil protin dan kurangkan pengambilan lemak terutama lemak trans dan makanan berproses. Anda boleh berbincang tentang pelan diet, bertukar-tukar resipi dan dapatkan nasihat mengenai pilihan makanan anda. 

4) Diet Vegetarian
Mengambil diet vegetarian mungkin menjadi gaya hidup atau untuk jangka masa pendek. Kebanyakan orang yang mengamalkan diet vegetarian tidak makan daging, ayam dan ikan. Tenusu dan telur dibenarkan, bersama-sama dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Produk tenusu dan telur tinggi dalam lemak dan kolesterol oleh itu kurangkan lemak dengan tidak makan kuning telur dan pilih makanan tenusu rendah lemak bebas seperti susu skim.

Walau apa pun diet pilihan anda, biarlah ianya diet yang bermanfaat.

4 comments:

  1. Ketika bertugas di Miri dahulu mengamalkan hampir 90% diet vegetarian

    ReplyDelete
  2. aku suka makan sayur
    itu je yang aku tahu

    kadang2 makan sayur tanpa nasi
    hehe

    ReplyDelete
  3. saya saat ini sedang menjalankan diet vegetarian, benar2 baik sekali bagi kesehatan..

    ReplyDelete
  4. good advice 4 me.. :-) -apakliam

    ReplyDelete