Wednesday 3 April 2013

Parlimen dibubarkan hari ini 3 April 2013

Parlimen sudah dibubarkan, pagi tadi saya tengok tv1, tv2 dan tv3 semua ada siaran langsung yang sama. Masa makan tengahari dalam pukul 11.30pagi saya antara dengar dan tak dengar, maklumlah kat kafe ni bising sikit. Saya makan bersama Salim, Shahrul, Rahmat dan Marhana kat 1 meja.

Dari: http://www.1malaysia.com.my/blog/ge13-a-brighter-future-for-malaysia/
Parlimen kini tidak berfungsi. Wakil rakyat tidak mempunyai jawatan. Perdana Menteri dan menteri mempunyai kuasa terhad. Tidak ada kontrak boleh di ambil untuk negara. Pilihan raya perlu diadakan dalamasa 60 hari selepas dibubarkan. Dalam tempoh 60 hari selepas tarikh mengundi, parlimen perlu dibentuk dan berfungsi semula.

Tempoh ini amat kritikal. Kini kita berada dalam tempoh transisi. Tunggu pula bilakah tarikh menngundi nanti....?
Kuasa di tangan anda untuk menentukan siapakah bakal menjadi pemimpin nanti.

Selamat Mengundi!

2 comments: