SOLAT SUNAT RAWATIB
SOLAT SUNAT HAJAT
SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
SOLAT SUNAT TAHAJJUD
SOLAT SUNAT DHUHA
SOLAT SUNAT TASBIH
SOLAT SUNAT WITIR
SOLAT SUNAT ISTISQA'
SOLAT SUNAT TAUBAT
 Bagi memelihara keteguhan iman dan menghapuskan dosa, adalah digalakkan  melakukan solat sunat Awwabin/Hizful Iman sebanyak 4 rakaat (2 salam)  atau 6  rakaat ( 3 salam). Dilakukan sebelum bercakap-cakap selepas fardhu  Maghrib.
Fadhilat Solat Awwabin
Sabda  Nabi  saw yang bermaksud:
"Sesiapa yang  bersembahyang  enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu  bicara  nescaya samalah pahalanya dengan ibadat dua belas tahun.'Riwayat Ibnu  Majah, Ibn  Khuzaimah dan At-Turmuzi.
Sebelum mendirikan solat, sunat membaca doa berikut ;
 Ertinya :
Selamat datang kepada malaikat yang bertugas  malam,  selamat datang kepada dua malaikat pencatat yang mulia,  tulislah dalam  rekodkau bahawa Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan yang disembah melainkan  Allah,  dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hambaNya dan UtusanNya, Aku  bersaksi bahawa  syurga itu benar, neraka itu benar, kalam itu benar, Aku bersaksi bahawa  qiamat  itu benar dan pasti akan datang, tidak ragu-ragu lagi, Allah akan  bangkitkan  mayat dari kubur. Ya Allah simpanlah di sisiMu penyaksian ini untuk hari  yang  aku perlukan padanya.Ya Allah simpanlah dengannya amalanku, ampunlah  dengannya  dosaku, beratlah dengannya timbanganku, yang baik, dan pastikanlah  dengannya  pencapaian cita-citaku dan perkenanlah untukku Ya Allah Tuhan Yang Maha  Pemurah.
 Lafaz Niat Sembahyang Sunnat Awwabin
a) Pada dua rakaat yang pertama
  
(Sahaja Aku solat sunat Awwabinn serta memelihara iman, 2 rakaat kerana  Allah  Taala) 
Bacalah selepas membaca Al-Fatihah pada kedua-dua rakaat
           1. Surah al-Qadr    1 kali
         2. Surah al-Ikhlas    6 kali
         3. Surah al-Falaq   1 kali
         4. Surah al-Naas    1 kali
selepas itu beri salam, baca doa ini..
      
Ya Allah! Sesungguhnya Aku  menyerahkan imanku kepada peliharaan Mu, maka imanku itu,
semasa  hidupku,  semasa matiku, dan selepas matiku. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas  segala  sesuatu." 
b) Pada dua rakaat yang kedua
 
Sahaja aku  sembahyang sunnat awwabindua rakaat kerana Allah Ta'ala  
Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat yang pertama, bacalah surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas.
c) Pada dua rakaat yang ketiga
  
(Sahaja aku solat sunat awwabin serta Istikharah 2 rakaat kerana Allah  Taala)
 Selepas membaca  al-Fatihah  pada rakaat yang pertama, bacalah surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua  selepas  al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas.
  SOLAT SUNAT RAWATIB
 Solat  Sunat  Rawatib mengiringi solat fardu sebelum ataupun selepas. Tujuannya ialah  untuk  mencari keredaan Allah, di samping menampung kekurangan-kekurangan dalam  solat  fardu.
| FARDHU |          SEBELUM  |     HUKUM |          SELEPAS  |          HUKUM  |    
| Subuh | 2 rakaat | Muakkat | Tiada | Tiada | 
| Zohor @ Jumaat |     4 rakaat      2 rakaat  |     Muakkat - 2 rakaat |     4 rakaat     2 rakaat  |     Muakkat - 2 rakaat | 
| Asar | 4 rakaat | Tidak Muakkat | Tiada | sembahyang sunat diharamkan selepas fardu Asar hingga terbenam matahari) | 
| Maghrib | 2 rakaat | Tidak Muakkat | 2 rakaat | Muakkat | 
| Isyak | 2 rakaat | tidak Muakkat | 2 rakaat | Muakkat | 
Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai kelebihan Sunat Rawatib.
Rasulullah SAW bersabda,
“Sesiapa yang sembahyang sebelum Fajar dua rakaat, dan sebelum Zohor empat rakaat dan selepasnya empat rakaat pula, serta rakaat sebelum Asar, masuklah dia ke dalam syurga.” (Muttafaq ‘alaih)
  NIAT SOLAT  RAWATIB
  
 
  
 
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda: "Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."
NIAT SOLAT HAJAT
 
Selepas membaca al-Fatihah, dalam rakaat pertama hendaklah dibaca Ayat Qursi sementara pada rakaat kedua pula dibaca Surah Al-Ikhlas.
 
Apabila selesai sahaja solat, terus sujud kepada  Allah dan  membaca tasbih ini... kemudian bacalah doa @ mintalah apa yang kita  hajatkan.
"Maha Suci Allah yang bersifat dengan kemuliaan dan Dia berfirman dengannya. Maha Suci Allah yang mempunyai sifat ketinggian dan menjadi mulia dengannya. Maha Suci Allah yang meliputi ilmuNya segala sesuatu, Maha Suci Allah yang tidak ditasbih melainNya. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan kelebihan. Maha Suci Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan nikmat. Aku memohon RahmatMu dari kitabMu dan dengan namaMu yang mulia dan kehormatanMu yang tinggi dan kalimat-kalimatMu yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh sebarang kebaikan dan kejahatan bahawa Engkau Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW dan segala keluarganya.
 Solat Istikharah  dilakukan bagi mengetahui penentuan tentang kebaikan dan pekerjaan yang  akan  oleh seseorang yang dia sendiri tidak dapat pastikan. Dengan solat ini,  mudah-mudahan Allah SWT menunjukkan petandaNya, kalau baik natijahnya,  diteruskan dan kalau tidak baik, tidak akan dilaksanakan.
 
  Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah  Ta'ala  
Setelah al-Fatihah, bacalah Surah Al-Kafirun pada rakaat pertama, sementara pada rakaat kedua bacalah Surah al-Ikhlas.
Doa Solat Istikharah
 
Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 @ 4 pagi.
Di antara fadhilatnya :
1. Mendapat pengawasan Allah dan  menampakkan  kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org  mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke   atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat.
Lafaz Niat  Solat  Sunnat Tahajjud
  
Sahaja aku sembahyang sunnat tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala
  
 Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat  atau  lebih.  Maksimanya 12 rakaat.
Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw,
"Telah   berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3  hari    setiap bulan,  sembahyang dhuha 2 rakaat dan  sembahyang witir sebelum  tidur" (riwayat Bukhari & Muslim)
Drp Anas, Sabda  Nabi saw,
"Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat,  Allah  akan membuat baginya istamna di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu  Majah)
  Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha  dengan  istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas  lautan."
Rasulullah bersabda lagi,
"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan  menolak  kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha  kecuali  hanya orang-orang yang bertaubat."
  Di dalam hadis yang lain pula diterangkan  seperti  berikut:
"Bahawasanya di syurga ada pintu yang  dinamakan,  "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat)  penyeru:  manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu  kamu,  silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani
Niat Solat Dhuha
  
Selesai solat, hendaklah baca tasbih ini sebanyak 10 kali.
"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar,
tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian
sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"
Doa :
 
 
"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu,
kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit
maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir
maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu,
kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga
dan para sahabatnya serta kesejahteraan. Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."
 Solat ini disebut Solat Tasbih kerana  diucapkan  tasbih sebanyak 300 tasbih. Solat Tasbih dianjurkan kalau boleh  tiap-tiap malam,  andaikata tidak sanggup sekali seminggu, andaikata tidak sanggup,  usahakan  sekali sebulan, sekiranya tidak sanggup sekali sebulan, sekali setahun,  kalau  setahun sekali pun tidak sanggup, kerjakanlah sekali dalam seumur  hidup.
Solat Sunat Tasbih dilakukan empat rakaat dengan satu salam. Elok  dilakukan  sebelah malam, namun boleh juga di siang hari. Harus diingat, wlaupun 4  rakaat,  solat ini mengambil masa yg agak lama, kerana diselangi membaca 300 x  tasbih
Bacaan tasbih itu ialah :
  
Allah Maha Agong dan tiada daya dan tiada kekuatan (bagi kita)
melainkan dengan (bantuan) Allah yang maha tinggi dan Maha Agong."
  Solat ini dilakukan 4 rakaat, setiap satu  rakaat  kita baca 75 x tasbih. 4 rakaat menjadikannya 300 tasbih
Bacaan  tasbih  dalam satu rakaat ialah:
1. selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan  surah,  kita baca   15 kali tasbih
2. rukuk -  10 kali tasbih
3. iktidal -  10 kali tasbih
4. sujud -  10 kali tasbih
5. duduk antara 2 sujud -   10 kali tasbih
6. sujud semula -  10 kali tasbih
7. duduk sebentar sebelum  berdiri  semula/selepas tahiyat awal @ akhir -  10 kali tasbih
Jadi jumpah  tasbih dalam  satu rakaat ialah 75 tasbih . Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi  jumpah  semuanya 300 tasbih
Niat Solat Tasbih
  
Surah-surah yang sunat dibaca selepas al-Fatihah
  1.  Rakaat  pertama : Surah at-Takasur
2. Rakaat Kedua : Surah al-Asr
3.  Rakaat Ketiga  : Surah al-Kafirun
4. Rakaat Keempat : Surah al-Ikhlas
Doa Sunat Sembahyang Tasbih
 
dan jadikanlah amalan ini sepertimana amalan ahli yakin, dan jadikan aku dari golongan yang menerima nasihat,
orang-orang yang bertaubat, dan keazaman ku seperti mana orang-orang yang takut.
Dan aku bermohon seperti mana pemohon orang yang suka kepada kebaikan dan beribadah
seperti ibadat orang-orang yang warak. Dan jadikan pengetahuanku ini sebagai ahli-ahli yang berilmu
sehingga aku termasuk ke dalam golongan orang yang takut kepada Engkau. Ya Allah, aku memohon kepadaMu,
jadikan dalam diriku ini perasaan takut yang dapat menghalang aku daripada melakukan maksiat
sehinggalah aku beramal dengan penuh ketaatan kepadaMu sebagaimana amalan
yang aku merasa perlu mendapatkan keredhaanMu dan juga sehingga aku betul-betul ikhlas
dan bertawakal kepadMu dalam setiap perkara, dan aku memohon supaya menjadi orang yang baik sangka
terhadap Engkau Maha Suci Engkau Pencipta Cahaya kebenaran.
Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran, dan ampunilah kami.
Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau Maha Berkuasa."
Solat Witir adalah  salah  satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir  itu  ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan  sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
Di antara fadhilat  solat witir ialah :
1. Para malaikat turut menyaksi atas kesungguhan amalannya.
2. Lebih afdhal daripada sunat Rawatib yang lain
3. "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan  Dia  menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran."   Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.
Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
  
   "Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"
 
Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
  
  Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana  Allah  Taala"
 Zikir Selepas Solat Witir
Dibaca tiga kali sebelum membaca doa :
Doa Solat Witir
  
        "Ya Allah,  sesungguhnya  aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,
dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."
Solat Istisqa' dilakukan supaya Allah menurunkan hujan dan menghilangkan kemarau yang panjang. Ia biasanya dilakukan ketika mengalami kemarau yang panjang di mana tanaman dan binatang ternakan boleh mati kebuluran. Manusia sendiri mengalami kepayahan yang amat sangat kerana air yang terbatas.
Tindakan yang perlu dilakukan ialah :
 
2. Pada hari yang keempat, semua penduduk disuruh keluar dengan berpakaian sederhana menuju ke tanah lapang. Binatang ternakan juga perlu dibawa bersama.
3. Solat Sunat Istisqa' sebanyak 2 rakaat. Pada rakaat pertama sesudah membaca surah al-Fatihah bacalah Surah Sabbihisma Rabbikal A’la, dengan suara nyaring. Dan pada rakaat kedua pula dibaca surah Hal Ataaka Hadithul Ghasyiah.
4. Khatib membaca dua khutbah, pada khutbah yang pertama dimulai dengan membaca Istighfar 9 kali dan pada khutbah kedua pula dimulai dengan 7 kali istighfar.
NIATNYA
  
    
 
DOA SOLAT ISTISTIQA’
  
  
       “Segala puji bagi Allah pemelihara alam semesta, Allah Yang Maha Pemurah  lagi  Maha Penyayang.
Raja hari kiamat, tiada Tuhan selain Allah, Yang berbuat menurut  kehendak-Nya.
Ya Allah, Engkaulah Allah yang tiada Tuhan selain-Mu. Engkaulah Maha  Kaya,
sedangkan kami adalah papa, turunkanlah kepada kami hujan,
dan jadikanlah apa yang Engkau turunkan itu menjadi bekal sampai  beberapa lama.
  
  Ya Allah siramilah kami, Ya Allah  siramilah kami,  Ya Allah siramilah kami”
  
   
yang memberi manafaat tidak memberi mudharat segera tidak berlambat-lambat”
  
    
hidupkanlah negeriMu yang mati”
 
Solat ini dilakukan sebagai tanda kita bertaubat kepada Allah. Tiada waktu yang tertentu ditetapkan, boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja apabila seseoarng itu rasa menyesal dan ingin bertaubat kepada Allah. Seelok-eloknya setelah kita melakukan istighfar, munajat, muhasabah diri...dan bertaubat kepada Allah di tengah malam yang sunyi.. kemudian disusuli dgn solat tahajjud dsb...
Digalakkan utk dilakukan dalam bulan-bulan haram iaitu Muharram, Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat @ lebih.
Lafaz Niat
  
Sahaja Aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah SWT
 Setelah membaca surah al-Fatihah, bacalah surah  al-Kafirun di  rakaat pertama dan di rakaat kedua pula Surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali.
Doa Sujud terakhir rakaat kedua.
 Tiada Tuhan melainkan Engkau,  sesungguhnya aku  telah menzalami diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak.
Maka tiada siapa yang dapat mengampuni dosaku melainkan Engkau.
Istighfar-Istighfar
1. 100 kali
 Aku memohon keampunan Allah yang Maha  Besar,  tiada Tuhan melainkan Allah,
Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat  kepadaNya.
2. Tiada had
   
   
melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Besar.
3. Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini
  
   
Doa Taubat
 
Thanks a bunch for sharing this with all of us you really
ReplyDeleterecognise what you're speaking about! Bookmarked. Please also visit my website =). We will have a link alternate arrangement among us
My weblog :: make an app