Tuesday, 4 April 2017

Air Tangan Tinggal Solat

AIR TANGAN ORANG YANG TIDAK SOLAT.

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat
adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat
lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau
meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada
zaman Nabi Musa a.s.

Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki
yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu
terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat
anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."
Nak
dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki
tadi pun hamil dan melahirkan anak.
Apabila dah
dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar
nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan
syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad.
Kalau
umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka
tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah.

Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar,
walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu,
si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah
hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan
menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu
minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air
yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah
air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang
meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun
senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh
Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan
solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung
rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu
baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan
masakan ibu atau isteri kita.

Jadi, kepada muslimat
sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan
solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke
dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya.

Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang
dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak
gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat.

Tak tergamak kan?
Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni.

Pagi petang,
mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak
segelintir tukang masak yang tak solat.

Kita pun
makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab
tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati
dengan apa yang kita makan.

Betapa beratnya amalan
solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi
Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-
kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda
berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam),
"As-solah as Solah wa amalakat aimanukum".

Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan
dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah
tanggunganmu.."

p/s : Ambillah pengajaran dari kisah ini untuk ahli
keluarga kita bersama.

Selepas baca, mohon share..

Monday, 3 April 2017

Pembalak lawan Orang Asli

*OA Malukan Kerajaan Pas*

Pembalak lawan Orang Asli: OA berjaya.

http://m.malaysiakini.com/news/369558

Baca Kerajaan Pas Kelantan lawan OA. Kerajaan Pas Kelantan tewas, OA berjaya.

Pembalakan itu diluluskan oleh Kerajaan Negeri. OA membantah. OA minta berunding dengan Kerajaan Negeri. Layanan endah tak endah.

Kerajaan Negeri memberi amaran keras kepada OA. Kerajaan Negeri berdiri di belakang pembalak.

Pembalak meruntuhkan blokade secara kekerasan. Kerajaan Negeri tidak menegur pembalak. OA diperhina. Tiada siapa ingin mendengar musibah mereka.

OA dirikan semula blokade. Hanya pagar-pagar buluh dan kayu.

Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Hutan merobohkan blokade itu. OA ditahan dalam lokap untuk membolehkan blokade dirobohkan.

Keluar lokap, OA bangunkan semula blokade.

Pembalak memohon perintah Mahkamah.

Permohonan pembalak (dan Kerajaan Negeri berharap keputusan memihak kepada pembalak) untuk mendapat perintah Mahkamah bagi blokade dirobohkan dan balak dikeluarkan, DITOLAK oleh Mahkamah.

Bermakna, OA mempunyai hak membina blokade itu.

Secara tidak langsung, pembalakan dalam kawasan konsensi Kompleks Perkayuan Kelantan(KPK) adalah melanggar kehidupan OA.

KPK sebagai anak syarikat Kerajaan Negeri sepatutnya mendahulukan tanggung jawab sosial terhadap rakyat, nampaknya mendahulukan pembersihan balak-balak yang tersisa sebelum Kerajaan Pas tumbang PRU akan datang.

Nasib baik Kelantan mempunyai OA yang berani, cekal dan hebat. Hasrat setengah pihak meninggalkan bumi Kelantan gondol untuk mengaut apa yang ada sebelum mereka tewas digagalkan oleh OA.

Tahniah OA!

Tahniah Kerajaan Pas Kelantan dan KPK kerana terdaftar sebagai melebihkan pembalak  dari rakyatnya sendiri.

YB Dato Husam Musa
18 Rabiulakhir 1438/17 Januari 2017

Pesanan Dr. HAMID ARSHAT

PESANAN KEPADA WANITA DAN PESAKIT2 SAYA
(Oleh Dr. HAMID ARSHAT)

1. Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang bolih menebus kesihatan bila sudah dilanda penyakit kronik.

2. Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. Cari ubat dari doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan tradisional bolih dikabungkan kemudian.

3. Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan ditempat yang makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan panca indera. Jangan putus doa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.

4. Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti caragaya, budaya dan tabiat hidup kearah sihat walafiat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. Ubah minda dan ubah tabiat kepada ciri2 positif. Hapuskan kepercayaa dan amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu pengtahuan.

5. Maksud hadis - pada akhir zaman (sekarang) dua perkara menjadi punca utama bagi berbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan rohani. Memang benar.
Lain2 punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca saperti bahan2 kimia, radiasi dan pencemaran.

6. Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilehan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan karbohaidret. Juga makanan yang munkin mengandungi toksin sebab diawet, diperoses, ditambaj perisa serta disimpan dalam tin.
Jauhkan makanan2 tersebut dan juga makanan2 segera dan junk serta minuman manis dan bergas. Makan bahan2 yang mentah dan segar - bayakkan sayur2 dan buah. 70% dari makanan dari sumber tersebut.
Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan ( over cooking khususnya sayur2)

7. Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Konyah makanan perlahan2 dan berulang2 sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan. Tebaik konyah antara 15 hingga 20 kali  setiap suap makanan.

8. Mulakan makan dengan buah2an dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau bolih jangan tambah nasi; tambah lauk(perotin) dan sayur2 jika sajian pertama tidak mengeyangkan.
Waktu selingan (tea dan coffee break) makan kacang badam, peanuts , gajus atau walnut berserta kismis, keroma atau berries yang dikeringkan. Biji2 kuaci, sunflower, labu, semangka, adalah makanan sihat. Disertai air kosong atau air teh hijau.

9. Kurangkan minuman kopi kepada satu atau dua kali sahaja dalam sehari. Biasakan minum juz buah2 yang segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah juz buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong.
Mereka yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir faraj amalkan minum juz cranberry, lemon , limau nipis atau kasturi.

10. Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah bail untuk fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang. Juga satu sudu madu lebah setiap hari.

11. Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan diboktikan sebagai antikanser. Begitu juga berbagai2 pucuk daun yang mudah ditanam disekitar rumah - sambung nyawa, misai kucing, kacang botor, tujuh jarum dll- mengandungi berbagai khasiat kesihatan ; mengawal kencing manis, darah tinggi serta meningkatkan fungsi otak dan jantung.

12. Bila sudah capai umor 50 tahun iaitu umor bagi kebanyakkan wanita capai menopos atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk puaskan nafsu.
Ketandusan hormon estrogen ketika menopos bolih beri kesan negatif kepada kesihatan.
Banyak sayur2,  bijiran dan kekacang saperti soya yang mengadungi phytoestrogen dan bolih dijadikan gantian.
Jika mengalami gejala2 teruk akibat menopos sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.

13. Stress yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari berbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia bolih timbul dimana2 saja. Tetapi kita bolih tangkis, atasi dan mengurus stress supaya ia tidak menimbulkan penyakit.

14. Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah - solat fardu dan sunat, baca quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah. Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan didalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca quran setiap hari.

15. Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri. Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai ' qada' dan kadar Allah '

16. Exercise tubuh badan juga satu kaedah kurangkan stress. Pilih saja apa jenis exercise sesuai dengan caragaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh - berjalan kaki, jogging, tunggang basikal, pergi gym, treadmill, taichi, silat atau yoga.
Exercise hasilkan banyak khasiat kesihatan, menfaat dan kebaikkan bagi kehidupan sesorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin akhmar.

17. Lakukan 'deep breathing exercise' dimana2 saja, sambil duduk atau berdiri; dipejabat atau dirumah ; dipejabat khusus setelah berjam2 buat kerja atau pandang komputer.
Duduk dikursi, pusingkan menghadap kebelakang atau kesudut. Sedut nafas melalui hidung sedalam2 dan hembuskan keluar perlahan2 melalui mulut sambil baca subhanalla dan lafaz istigfar. Ulang beberapa kali selama 5 - 7 minit.
Kaedah ini bolih meningkan bekalan oksijen sambil mengurangkan kabon dioksida dari otak menjadikan kita lebih segar dan lebih tenang.

18. Amalkan memeriksa buah dada sendiri waktu mandi untuk mengesan ketulan khususnya kanser payudara. Untuk periksa payudara kanan, angkat keatas tangan kanan dan guna tangan kiri untuk periksa. Ulang sebelah kiri. Juga rasa dan periksa celah ketiak untuk kesan ketulan. Picit puting jika ada keluaran lendir atau darah. Jika ada simptom2 tersebut terus jumpa doktor.

19. Buat ujian 'pap smear' khususnya wanita yang pernah melahirkan anak, yang mengalami lelehan keputihan , perdarahan selepas persetubuhan dan perdarahan lepas menopos. Ulang ujian setiap tahun. Ini bertujuan mengesan kanser pangkal rahim. Malah lebih baik dikesan sebelum jadi kanser.

20. Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohaidret. Lakukan exercise setiap hari.

21. Jadikan tabiat berjumpa doktor jika ada sesuatu kelainan dalam edaran haid . Buat scan peranakkan khususnya jika anda mengalami senggugut, perdarahan banyak, berpanjangan dan tak tentu masa atau merasai bonggol atau tumbuhan pada perut. Sila hubungi YJN untuk dapat temu janti buat scan peranakkan.
http://www.jabalnur.net/376648669

22. Amalkan makan multivitamins (saperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C  terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian.
Makanan harian kita tidak dapat menampong keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisyu dan organ penting dalam tubuh badan.
Keperluan vitamin dan logan meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedan. Wanita juga kehilang logam iron ketika haid.

23. Supplements. Makanan2 tambahan yang mengandungi berbagai unsor saperti antioxidants, fiber, kolegen, peptides dan amino asid banyak dijual dipasaran.
Saya sendiri mengambil extra virgin olive oil, grape seeds(mengandungi resveraterol untuk jantung dan otak), royal jelly dan honey dan habbatus sauda.

24. Jangan tanya saya 'Apa pantang selepas bedah atau lepas bersalin"
Tanya saya 'Apa yang baik dimakan waktu pemulihan?'
Pertanyaan kedua lebih wajar dan positif serta proaktif.

Semoga Allah berkati hidup kita dengan keteguhan iman, kesihatan badan dan murah rezeki yang halal. Serta kejayaan dan kebahagian hidup didunia dan akhirat. Aamin.

Do’a Meminta Ketakwaan dan Sifat Qona’ah

*Do’a Meminta Ketakwaan dan Sifat Qona’ah*

Dari Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata,

أنَّ النبيَّ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ يقول :  اللَّهُمَّ إنِّي أسْألُكَ الهُدَى ، والتُّقَى ، والعَفَافَ ، والغِنَى

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa membaca do’a;

"Allahumma inni as-alukal huda wat tuqo wal ‘afaf wal ghina."

Artinya:

"Ya Allah, aku meminta pada-Mu petunjuk, ketakwaan, diberikan sifat ‘afaf dan ghina."

HR. Muslim no. 2721

Yang dimaksud dengan "al huda" adalah petunjuk dalam ilmu dan amal.

Yang dimaksud "al ‘afaf" adalah dijauhkan dari yang tidak halal dan menahan diri darinya.

Yang dimaksud "al ghina" adalah kaya hati, yaitu hati yang selalu merasa cukup dan tidak perlu pada harta yang ada di tangan orang lain.

April Fool Adalah Peringatan Kematian

SEJARAH APRIL FOOL..

Era salib. Serangan
tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.
 
Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk  Islam di Sepanyol ( yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah  sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah.  Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.
 
Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.
 
Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.
 
Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk  keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada  perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.
 
Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.
 
Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.
 
Bagi umat Islam, April Fool  merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam  merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang  meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.
 
Jadi, perhatikanlah di sekeliling anda, anak-anak anda dan diri anda sendiri daripada terkena virus jahil April Fool tanpa kita sedari. Wallahua’lam.

Jawatan Kosong Irfan Khairi Sdn Bhd

Minta bantuan anda, sekiranya anda mengenali sesiapa yang mencari pekerjaan dan boleh memenuhi jawatan di Irfan Khairi Sdn Bhd, minta anda forwardkan email ini kepada mereka.

Jawatan: Pengurusan
Umur: 20-30

Kebolehan:
* Cekap
* Pantas
* Asas Excel
* Boleh menjual
* Boleh kerja berpasukan
* Can speak English well
* Ramah

Jawatan: Jurulatih
Umur: 20-30

Kebolehan:
* Cekap
* Pantas
* Asas wordpress & Internet
* Minat mengajar
* Boleh kerja berpasukan
* Ramah

Akan diadakan sesi temuduga terbuka di pusat latihan kami pada hari Selasa 4hb April ini dari jam 9.30 pagi hingga 11.00 pagi. Di minta datang ke lokasi di bawah bersama CV/bio anda.

Irfan Khairi Sdn Bhd
16-1 Jalan PJU 7/16
Damansara Perdana,
47800 Petaling Jaya

Kematian Sebagai Pengajaran

Cukuplah Kematian Itu Menjadi Pengajaran!

KAMU MASIH BERPELUANG UNTUK MENDEKATKAN DIRI KEPADA-NYA.

Al-Hasan al-Basri berdiri di sisi kubur setelah selesai urusan pengkebumian sahabatnya.

Kemudian beliau memandang ke arah seorang lelaki yang berada di sebelahnya, lalu berkata :

Apakah pandanganmu jika mayat tersebut kembali semula ke dunia, apakah perkara yang akan dilakukan olehnya?

Lelaki itu menjawab :

Nescaya dia akan beristighfar memohon keampunan daripada Allah, mendirikan solat dan mempersiapkan dirinya dengan pelbagai amalan kebaikan.

Maka berkata al-Hasan al-Basri kepadanya :

Dia (mayat) tidak berpeluang lagi untuk melakukannya tetapi kamu masih belum kehilangan peluang tersebut.

PERINGATAN DAN MUHASABAH

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

1) Ambillah peluang beribadah kepada Allah dengan melaksanakan dengan sempurna segala ibadah fardhu dan mempertingkatkan amalan sunat khususnya kita sudah semakin hampir dengan bulan Ramadhan al-Mubarak.

2) Dekatkanlah diri dengan masjid, surau, majlis ilmu dan sahabat-sahabat yang baik dan berakhlak mulia.

3) Jauhilah segala perkara yang melalaikan dan hindarilah diri daripada bergaul dengan mereka yang jauh daripada Allah.

4) Sesungguhnya kita tidak tahu bilakah akan dipanggil kembali kepada Allah.

5) Berdoalah semoga Allah mengurniakan husnul khatimah (pengakhiran hidup yang baik) kepada kita semua.

"Ya Allah, taufiqkanlah kami untuk sentiasa memanfaatkan setiap detik hidup kami untuk mendekatkan diri kepada-Mu."

Sabtu, 4 Rejab 1438H - 1 April 2017.