Thursday, 16 July 2015

Salam Aidilfitri 17 Julai 2015 ( 1 Syawal 1436)

Selamat hari raya aidil fitri 1 syawal 1436H bersamaan 15 Julai 2015.

Jika esok raya, malam ini adalah antara malam yg doa dimakbulkan Allah, dianjurkan ulama' utk berbanyak doa kepadaNya.



Selamat hari raya.
Maaf zahir dan batin atas salah &; silap saya selama ini.

Wednesday, 8 July 2015

Jualan Amal Bubur Lambuk LMKL 21 Ramadhan 1436 (8 Julai 2015)

LMKL Kuala Lumpur berhampiran KL Sentral hari ini sekali lagi mengadakan acara tahunan jualan amal bubur lambuk. Tahun iini 2015 adalah tahun ke 5 acara membuat jualan bubur lambuk diadakan di bulan Ramadhan al mubarak ini.

Seperiuk bubur lambuk yang sudah siap dimasak oleh Chef Aaron Aziz.

2 orang chef profesional memasak bubur lambuk jualan amal LMKL kali ini. Di kiri Chef Aaron Aziz dan kanan Chef Farul.

Beberapa kotak mangkuk untuk membungkus bubur lambuk LMKL 2015 telah siap menunggu untuk di isi. Hasil jualan akan didermakan ke rumah anak yatim.

Kotak-kotak untuk mengisi bubur lambuk yang telah siap ditapao. Jualan amal bubur lambuk. 1 mangkuk hanya RM2. Jualan akan disedekahkan ke Rumah Anak Yatim Nuri.

Sedang menyediakan kotak-kotak bagi mangkuk bubur lambuk LMKL 2015.

Kotak derma.
Sesiapa ingin bersedekah dipersilakan. Allah akan membalas sedekah anda berkali-kali ganda lebih besar. Alhamdulillah.

Sedang dalam persiapan. Chef Aaron Aziz dan Farul sedang tekun mengacau bubur lambuk LMKL.

Bersiap sedia, sebentar lagi acara akan bermula bersebelahan bangunan KL Sentral.

Hari ini 2 periuk besar bubur lambuk dimasak untuk tujuan jualan amal ini. Terima kasih LMKL, Kuala Lumpur.

Dah siap masak, hantar barang ke atas jap.

Lokasi: P3 berhampiran traffic light ke KL Sentral. Jom semua datang beli bubur lambuk.

Perbincangan antara chef dan ajk majlis tentang harga?




Tonton video di sini:

Jom mulakan jualan amal bubur lambuk LMKL 2015. Pembeli dari KL Sentral juga dialu-alukan, hanya perlu melintas jalan sahaja untuk ke LMKL majlis jualan amal bubur lambuk Ramadhan 2015.

Thursday, 11 June 2015

Menarik hari ini 9.6.2015

Menarik & bermanfaat



From: Harian Metro






Tuesday, 19 May 2015

Terkandas sementara di Stesen Monorel Tun Sambanthan, Kuala Lumpur

Monorel dari KL Sentral tiba-tiba berhenti & kami semua disuruh turun & menunggu tren berikut ke Titiwangsa kerana ia mengalami masalah teknikal.
Tren yang kami naiki 4 gerabak, selepas turun tren monorel yang datang hanya lah 2 gerabak. Apa lagi sesak la dan ada juga
ketinggalan kerana tak dapat naik monorel.



Tuesday, 10 March 2015

8 Jenis Makanan Untuk Cepat Panjangkan Rambut

Rambut adalah mahkota seseorang terutamanya wanita. Ada kalanya bila rambut dah dipotong pendek nak pulak cepat panjang rambut tu.


Rambut boleh dipanjangkan dengan lebih cepat antaranya dengan pengambilan makanan yang tertentu.

8 Jenis Makanan Untuk Cepat Panjangkan Rambut adalah seperti berikut:

  1. Ikan Salmon: Asid lemak Omega 3 menyihatkan kulit kepala satu faktor penting untuk memastikan rambut cepat panjang. Juga mengandungi Vitamin A & D untuk kesihatan rambut.
  2. Avokado: Kandungan lemak yang tinggi dalam avokado penting untuk memanjangkan rambut dan memberikan rambut yang bersinar. Avokado juga mengandungi asid lemak omega 3 yang penting untuk kesihatan kulit kepala. Selain dari memakannya, avokado boleh di sapu terus ke rambut & kulit kepala anda untuk merangsang penghasilan kolagen dan elastin, jenis protin yang penting untuk kulit kepala anda.
  3. Kuning Telor: Kaya dengan asid lemak omega 3 & biotin yang penting untuk rambut panjang dan sihat. Perlu diingat jangan makan terlalu banyak putih telur kerana ia menyekat penyerapan biotin anda.
  4. Badam: Juga mengandungi biotin seperti kuning telur. Selalu mengamalkan makan 1 cawan badam akan memberikan rambut panjang & tebal dengan cepat.
  5. Biji Bunga Matahari: Vitamin E yang terkandung dalam biji bunga matahari mempercepatkan rambut panjang dan sihat. Antioksidan ini juga mengurangkan rambut gugur dan menyihatkan kulit kepala.
  6. Ubi Keledek: Beta Kerotina dalam ubi keledek penting untuk penyerapan Vitamin A yang penting untuk rambut yang panjang dan kesihatan kulit kepala.
  7. Lada Benggala Kuning: Ia mengandungi 5 kali lebih banyak Vitamin C berbanding buah oren yang penting untuk rambut yang kuat dan folikel yang sihat. Ia juga mengurangkan rambut bercabang dihujung.
  8. Tiram: Mengandungi zink yang penting untuk mengelakkan keguguran rambut.
Dapatkan 8 jenis makanan ini untuk kesihatan rambut anda selain dari makanan lain yang biasa anda ambil untuk menyihatkan badan dan rambut.