LMKL Kuala Lumpur berhampiran KL Sentral hari ini sekali lagi mengadakan acara tahunan jualan amal bubur lambuk. Tahun iini 2015 adalah tahun ke 5 acara membuat jualan bubur lambuk diadakan di bulan Ramadhan al mubarak ini.
Seperiuk bubur lambuk yang sudah siap dimasak oleh Chef Aaron Aziz.
2 orang chef profesional memasak bubur lambuk jualan amal LMKL kali ini. Di kiri Chef Aaron Aziz dan kanan Chef Farul.
Beberapa kotak mangkuk untuk membungkus bubur lambuk LMKL 2015 telah siap menunggu untuk di isi. Hasil jualan akan didermakan ke rumah anak yatim.
Kotak-kotak untuk mengisi bubur lambuk yang telah siap ditapao. Jualan amal bubur lambuk. 1 mangkuk hanya RM2. Jualan akan disedekahkan ke Rumah Anak Yatim Nuri.
Sedang menyediakan kotak-kotak bagi mangkuk bubur lambuk LMKL 2015.
Kotak derma.
Sesiapa ingin bersedekah dipersilakan. Allah akan membalas sedekah anda berkali-kali ganda lebih besar. Alhamdulillah.
Sedang dalam persiapan. Chef Aaron Aziz dan Farul sedang tekun mengacau bubur lambuk LMKL.
Bersiap sedia, sebentar lagi acara akan bermula bersebelahan bangunan KL Sentral.
Hari ini 2 periuk besar bubur lambuk dimasak untuk tujuan jualan amal ini. Terima kasih LMKL, Kuala Lumpur.
Dah siap masak, hantar barang ke atas jap.
Lokasi: P3 berhampiran traffic light ke KL Sentral. Jom semua datang beli bubur lambuk.
Perbincangan antara chef dan ajk majlis tentang harga?
Tonton video di sini:
Jom mulakan jualan amal bubur lambuk LMKL 2015. Pembeli dari KL Sentral juga dialu-alukan, hanya perlu melintas jalan sahaja untuk ke LMKL majlis jualan amal bubur lambuk Ramadhan 2015.