Rambut boleh dipanjangkan dengan lebih cepat antaranya dengan pengambilan makanan yang tertentu.
8 Jenis Makanan Untuk Cepat Panjangkan Rambut adalah seperti berikut:
- Ikan Salmon: Asid lemak Omega 3 menyihatkan kulit kepala satu faktor penting untuk memastikan rambut cepat panjang. Juga mengandungi Vitamin A & D untuk kesihatan rambut.
- Avokado: Kandungan lemak yang tinggi dalam avokado penting untuk memanjangkan rambut dan memberikan rambut yang bersinar. Avokado juga mengandungi asid lemak omega 3 yang penting untuk kesihatan kulit kepala. Selain dari memakannya, avokado boleh di sapu terus ke rambut & kulit kepala anda untuk merangsang penghasilan kolagen dan elastin, jenis protin yang penting untuk kulit kepala anda.
- Kuning Telor: Kaya dengan asid lemak omega 3 & biotin yang penting untuk rambut panjang dan sihat. Perlu diingat jangan makan terlalu banyak putih telur kerana ia menyekat penyerapan biotin anda.
- Badam: Juga mengandungi biotin seperti kuning telur. Selalu mengamalkan makan 1 cawan badam akan memberikan rambut panjang & tebal dengan cepat.
- Biji Bunga Matahari: Vitamin E yang terkandung dalam biji bunga matahari mempercepatkan rambut panjang dan sihat. Antioksidan ini juga mengurangkan rambut gugur dan menyihatkan kulit kepala.
- Ubi Keledek: Beta Kerotina dalam ubi keledek penting untuk penyerapan Vitamin A yang penting untuk rambut yang panjang dan kesihatan kulit kepala.
- Lada Benggala Kuning: Ia mengandungi 5 kali lebih banyak Vitamin C berbanding buah oren yang penting untuk rambut yang kuat dan folikel yang sihat. Ia juga mengurangkan rambut bercabang dihujung.
- Tiram: Mengandungi zink yang penting untuk mengelakkan keguguran rambut.
Dapatkan 8 jenis makanan ini untuk kesihatan rambut anda selain dari makanan lain yang biasa anda ambil untuk menyihatkan badan dan rambut.